Islam Kesejahteraan Untuk Semua Manusia

Islam “Rahmatan Lil Alamin” . Islam adalah rahmat untuk semua manusia. Perkataan yang mudah tetapi ramai yang masih belum faham. Perlu diingat sebagai Muslim kita amat dituntut melakukan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa, warna kulit dan agama.

Melakukan keadilan untuk semua adalah tangguungjawab seorang Muslim. Di negara Malaysia ini majoriti masyarakatnya adalah Islam. Kuasa politik masih di pegang oleh orang Islam. Perlu untuk kita memastikan semua yang berlindung di negara kita mendapatkan keadilan.

Jika seorang Muslim mampu melaksanakan keadilan dengan bijaksana maka saya pasti Islam akan dipandang lebih tinggi.

Saya tidak mahu mendengar ada di kalangan orang bukan Islam mempertikaikan seruan azan di negara ini dan menghormati syiar Islam ini kerana Agama Rasmi adalah agama rasmi negara ini dan saya yakin orang bukan Islam dapat memahami perkara ini.

Begitu juga , orang Islam perlu memastikan orang yang bukan Islam juga dapat menganut dan beribadat dengan bebas di negara ini dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Jangan di roboh tempat peribadatan mana mana agama sekali pun , kecuali selepas perbincangan dan konsultasi.

Dalam aspek ini rumah-rumah ibadat hatta masjid sekali pun tidak boleh dibina secara haram. Perlulah ianya mendapat kebenaran. Pihak berkuasa negeri perlulah mentadbir hal ini dengan adil dan memberikan penerangan sebaiknya kepada masyarakat.

Masih banyak isu lain yang lebih penting dalam membangunkan negara ini, kita sudah tidak mampu untuk membincangkan isu titik bengit terutama isu hubungan antara kaum di mana kita sudah merdeka 52 tahun. Isu bahasa, isu agama Islam sebagai agama rasmi, hak hak melayu dan bumiputera dalam perlembagaan, hak hak bukan melayu Islam semuanya sudah selesai kecuali bagi mereka yang cuba menggunakan isu kaum ini bagi menimbulkan suasana gawat kerana kuasa.

2 Komen

  1. Eppiey said,

    Oktober 17, 2009 pada 12:03 am

    assalamualaikum penulis…

    keamanan, kemajuan, kehebatan Malaysia yang kita kecapi pada masa sekarang adalah hasil daripada sikap toleransi golongan terdahulu, sanggup beralah dalam banyak perkara..saling menjaga kata-kata dan perbuatan masing-masing supaya tidak mencuit dan mengguriss hati kaum lain…

    semakin lama kita merdeka , semakin kurang sikap ini dapat dilihat, rakyat semakin terpelajar, tetapi kurang nilai nilai murni, menyuarakn pendapat tidak salah, tetapi perlu mengikut saluran yang betul, tindakan mengkritik azan dan tulisan jawi seharusnya tidak dilaung2kan, cukupalh sekadar menyuarakan pendapat di peringkat pentadbir negeri dan di perhalusi untuk di nilai bersama..

    jika dulu, politik hanya 5 tahun sekali, tetapi sekarang perbalahn berlaku setiap hari…

    seperti kata penulis, isu agama rasmi, bahasa rasmi, hak istimewa, sudah 52 tahun kita selesaikan, namun kini di ungkit kembali untuk mendapat bilangan kerusi di parlimen dan di dun…

    jangan kerana ahli politik mahukan kuasa, rakyat di hasut untuk bermaharajalela…

    keamanan negara mesti kita jaga, semoga kita boleh duduk di kedai kopi bersama2.tidak perlu duduk di meja berlainan hanya kerana berbeza fahaman politik, rakyat bergaduh pemimpin yang ungtung..perpaduan rakyat runtuh….

    semoga Malaysia kini sama seperti Malaysia 52 tahun dulu…

    dari tinta:
    eppiey

  2. afdhal said,

    November 4, 2009 pada 11:16 pm

    betul tu Islam itu tinggi… tapi saya rasa negara kita tidak meletakkan Islam sebagai paling tinggi….
    Islam itu cara hidup… tetapi sekarang Islam bagai dipisahkan dengan kehidupan… banyak benar hukum Islam tidak diterima pakai…
    Tak perlu tengok jauh2, Umat Islam yang jaga sembahyang, jaga aurat, jaga batas lelaki perempuan… boleh kira dengan jari…
    Macam mana lah agama Islam nak dipandang mulia oleh bukan Islam kalau begini… Kitajuga perlu berubah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: