Pusing-Pusing Hujung Minggu

Digantung Kemas "Untuk Pencerahan"Digantung Kemas

Macam biasa bila tiba sahaja hujung minggu , banyak aktiviti-aktiviti sampingan yang akan aku lakukan. 5 hari kerja dipejabat digunakan waktu itu sungguh-sungguh melangsaikan kerja-kerja hakiki. Hujung minggu ialah hari rehat, hari senggang dan hari appresiasi kepada seni dan budaya bagi aku. Petang tadi pusing-pusing sekitar wangsa maju. Lihat-lihat kiri kanan depan belakang kononnya hendak mencari sebuah basikal mountain bike. Dengar kata ada mountain bike jual murah di satu simpang depan PETRONAS mampir kepada simpang masuk wangsa melawati. Terus sahaja ke sana kerana sebelum ini sudah pusing-pusing mencari mana tahu harganya kali ini benar-benar murah dengan spefikasi yang dikehendaki. Prasyaratnya “gear” basikal mesti keluaran SHIMANO, brek cakera dan penyerap hentakan depan dan belakang. Ikut belanjawan poket tidak mahu lebih daripada satu ribu ringgit. Pusing sekitar kedai emm tiada yang menarik hati …tak mengapa beli sahaja di Bangsar minggu hadapan bila gajinya masuk. Di Bangsar semuanya ada , kedainya agak profesional di mata. Semua barangan berkaitan basikal ada dari penutup kepala sehinggalah kepada rantai basikal dan barang-barang ganti seperti rangka tayar dll.

Setelah bosan terus sahaja ke sebuah kedai India Muslim di belakangnya …nikmati apa lagi nasi kandar dan segelas teh ais. Eh, Imuda pun minum disini. Pelawak terkenal dan bagi aku hormati sangat dengan karya seninya seperti melukis. AKu meminati imuda bukan kerana lakonan atau pengacaraan tetapi lebih kepada bakat melukisnya.

Dah ingat pasal lukisan, terus sahaja aku terpandang sebuah kedai lukisan di sebelah kedai India Muslim, terus masuk dan lihat-lihat lukisan bersesuaian untuk dipamer di dinding rumah. KOnsepnya? Ya mestilah suasana “renaissance” zaman pencerahan di mana manusia berfikir secara rasional untuk kemajuan. Pandang punya pandang ada satu lukisan yang menarik hati! Tanpa fikir panjang terus sahaja beli bawa masuk ke kereta dan terus pandu pulang. Ya Lukisan. Seni budaya jangan dilupa . Petang Ahad ini aku lebih appresiasi kepada seni lukisan. Manusia menyuarakan apa yang terkandung dalam kotak fikir melalui lukisan. Jika dulu tiada fotografi maka lukisan menjadi tempat manusia meluahkan perasaan dan kekalutan..eh kekalutan. Takkan tak tahu pada masa itu di Itali , ramai tokoh tkoh hebat seperi Machievalli dan Francis Bacon yang sentiasa kalut berfikir mencorak keadaan masyarakat pada masa tersebut. Ya..lukisan berlatarbelakangkan kota semasa zaman pencerahan menjadi pilihan hati. Memang hari ini hari apresiasi seni ku.

3 Komen

  1. November 17, 2008 pada 8:19 am

    Berapa harganya? Berapa pula nilainya?

  2. November 17, 2008 pada 9:14 pm

    Harga? Rahsia…

  3. November 22, 2008 pada 1:29 am

    Assalamualakum jamizal…em awak perasan tak masa depan the mall pada hari selasa lepas..ada kereta hon dekat hang…itu aku le…ezli..em masa tu nak g persidangan kat regency hotel pasal agribazaar.com…em nak tengok produk terbaru lawatla laman blog ; http://www.mhp2020.blogspot.com…salam...


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: