Bajet 2009: Respon Awal

 

Saya telah mengamati sepintas lalu pembentangan bajet Pak Lah dan respon saya seperti berikut:

a) Bajet yang menumpukan kepada kumpulan sasaran iaitu rakyat miskin tegar dan kumpulan pertengahan yakni mereka yang berpendapatan RM35,000 setahun ke bawah.

b) Tidak dinamik kepada masyarakat pedagang dan korporat kerana cukai korporat masih tinggi iaitu 25% antara yang tertinggi di asia tenggara.

c) Insentif yang kurang dalam menarik pelaburan asing (FDI) yang menyebabkan banyak pelaburan terbantut, walaubagaimanapun kewangan islam masih mendapat tempat istimewa dalam bajet kali ini.

d) Akhirnya para pekerja swasta yang selama ini dikesampingkan dari bajet mendapat manfaat tersirat melalui elaun perjalanan dari rumah ke tempat kerja bergantung kepada usaha proaktif majikan masing-masing.

e) Agak mengecewakan permintaan kepada gaji minimum masih tidak dapat dipenuhi RM900-RM1200.

f) Ya agak mengembirakan OKU diberi perhatian serius oleh Kerajaan Barisan Nasional.

g) Sektor pengangkutan awam mendapat peratusan kek bajet yang besar dalam jangka masa panjang , memang sudah tiba masanya pengangkutan awam mendapat perhatian sewajarnya. Persoalannya kemanakah bajet yang disimpan selepas subsidi dikurangkan tempoh hari?

h) Penggunaan kereta diesel mendapat cukai jalan yang sama dengan pengguna kereta berpetrol, secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan kepada petrol, tetapi kerajaan perlu mengurangkan cukai jalan secara keseluruhannya.

i) Dalam prinsip “hadhari” alam sekitar adalah antara elemen penting, walaubagaiamanpun saya tidak mendengar suatu inisiatif pun dalam hal ini.

3 Komen

  1. sabri said,

    September 6, 2008 pada 3:55 pm

    UP! saudara jamizal,
    Saya sekarang sedang mengikuti program biasiswa di AOTS, TKC, Tokyo Jepun dari 25/8-18/9/2008. Saya baru kembali dari Universiti Kyoto, kerana mengikuti ceramah prof di sana. Website saya http://www.sabrims.com (masih 70% siap).

    Salam,
    SABRI MOHAMAD SHARIF
    Long Live Malaysia!

  2. September 9, 2008 pada 6:35 pm

    Up!Sdr Sabri,

    Anda seperti 49 MP yang ke Taiwan pada bulan Ramadhan ini.Walauapapun saya ucapkan selamat maju jaya di Jepun moga pulang sebagai tokoh negara up!

  3. sabri said,

    September 10, 2008 pada 8:44 pm

    UP! Sdr Jamizal,
    Apa pun sindiran yang dilontarkan, anda tetap sahabat saya. Apa cerita terikh keramat anda? sepi je? he he

    Apa pun, anda perlu ingat;

    ‘Segalanya Akan Berubah, Rentetan Ilmu, Iman dan Inspirasi’ (SABRI)

    Salam dari sahabat jauh,

    SABRI MOHAMAD SHARIF
    AOTS, TKC, TOKYO, JEPUN.
    http://www.sabrims.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: