Obama: Suatu Harapan yang Berani

Cuti hujung minggu saya habiskan masa membaca sebuah buku baru yang baru dibeli di Bangsar Village . Buku yang ditulis oleh Senator Barrack Obama iaitu the “Audacity of Hope”  sungguh masyuk dihadam ketika ini apatah lagi dengan kata-kata keramat seperti “politik baru”, “harapan baru” dan “politik isu” yang berkumandang di sana sini di Malaysia sekarang. Obama seperti biasa bermula dengan seorang insan biasa kulit hitam di Amerika yang ingin melihat “new America” lantaran berkecimpung dalam politik demokrasi ala Amerika. Beliau pernah tewas teruk dalam cubaan pertama untuk merebut jawatan ahli kongres demokrat sehingga beliau mencatatkan di dalam bukunya bahawa beliau tersilap mencongak keupayaannya untuk menandingi salah satu kerusi ahli kongres Demokrat waktu itu. Selepas beberapa tahun , luka kekalahan sudah pulih dan beliau tidak jemu-jemu berusaha membantu masyarakat di Illinois melalui khidmat Komuniti dan kerja hakiki beliau sebagai Peguam Hak Asasi Manusia.

Sekarang kita sudah mengetahui selepas pertarungan marathon beliau dengan Hillary Clinton bagi merebut kerusi pencalonan Presiden Amerika bagi parti Demokrat, akhirnya Obama berjaya walaupun perjalanan beliau penuh getir. Buku beliau ditulis semasa beliau bertugas sebagai Sen. Illinois. Jika diamati buku ini mungkin memberi inspirasi kepada politikus-politikus Malaysia yang “percaya” dengan politik baru dan harapan baru. Mungkin saya boleh berkongsi dengan pembaca antara catatan penting beliau dalam bab-bab penting dalam buku ini:

a) Values:-“Indeed, the value of individual freedom  is so deeply ingrained in us that we tend to take it for granted. It is easy to forget that at the time of our nation’s founding this idea was entirely radical in its implications, as radical as Martin Luther’s posting on the church door”

b) Our Constitution:- “Learn the rules…not just the rules, but the precedent as well…not many people bother to learn them these days. Everything is so rushed and by learning the rules it unlock the big kingdom”.

c) Politics:- “Today’s politician understand this. He may not lie, but he understands that there is no great reward in store for those who speak the truth, particularly when the truth may be complicated. The truth may cause consternation; the truth will be attacked; the media wont have teh patience to sort out all the facts and so the public may not know the difference between truth and falsehood.”

Kata-kata di atas adalah antara catatan penting oleh Sen. Obama di dalam buku ini. JIka dilihat kepada pemikiran beliau saya yakin beliau mampu mencipta sejarah sebagai Presiden Kulit Hitam pertama Amerika. Selamat Membaca!

2 Komen

  1. isunik said,

    Jun 8, 2008 pada 4:07 pm

    Salam,

    Itu harapan kebebasan yang mungkin boleh diterjemahkan di AS. Saya tidak pasti, penduduk negara ini, sudah bersedia untuk itu. Kita lihat saja kekecohan yang berlaku dibeberapa negeri yang dipimpin oleh Pakatan, semasa pemilihan menteri besar dan perlantikan ke dewan negeri.

    Tapi saya fikir, sausana politik dinegara ini, samada kita suka atau tidak, akan bergerak kearah itu – kebebesan individu. Cuma saya khuatir, sesetengah orang masih berharap dan berpegang pada prinsip lama, dan tidak melakukan apa-apa untuk membuat perubahan pada diri sendiri. Sudahnya mereka akan terus bergantung harap, sedang orang lain terus kehadapan dan merebut berbagai peluang yang terbuka.

  2. KNB said,

    Julai 28, 2008 pada 11:46 am

    “Israel’s safety will still be top priority.”
    Now that’s a worrying statement from the allegedly pro-change future Mr. President.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: