Perlu Faham Isu

Hasutan

Sudah lama saya tidak berblog , kerana tuntutan tugas. Mutakhir banyak sekali isu-isu yang terpampang di dada akhbar dan yang paling panas berkenaan isu Karpal Singh yang dikatakan “menderhaka” terhadap Sultan Perak kerana menyatakan Tuanku tidak mempunyai kuasa di dalam urusan perlantikan semula pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Kalau tidak silap saya beliau menyatakan “pada pandangan saya…”. Bagi saya itu adalah pandangan beliau dan tidak pula berbentuk hasutan. Bagi saya hasutan terjadi apabila seseorang itu mempengaruhi pemikiran orang ramai sama ada dalam bentuk tulisan , ucapan bagi mempertikaikan beberapa perkara pokok yang sudah termaktub dalam Perlembagaan antaranya:

a) Kedaulatan raja-raja Melayu;

b) Kedudukan istimewa orang Melayu;

c) agama Islam sebagai Agama Persekutuan; dan

d) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Kenyataan Karpal ialah pandangan peribadi beliau mengenai konsep Raja Berpelembagaan yang difahaminya dan tidaklah sampai mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Walauapapun buat YB Karpal , jika perlu tidak perlulah bersuara berkenaan perkara-perkara “kelabu” seperti ini kerana sebab mulut badan binasa.

Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia?

Ini satu lagi isu yang agak hangat dibincangkan akhir-akhir ini, berkenaan betapa yakinnya Datuk Seri Anwar untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dalam masa terdekat. Khabarnya 17 ahli dewan rakyat Barisan Nasional akan pindah parti hari Rabu ini. Entah benar atau tidak kita tunggu sahaja episod seterusnya. Bagi saya terpulanglah untuk ahli dewan rakyat untuk memilih parti mana yang mereka inginkan kerana ini adalah hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan hak berpersatuan (freedom of association) cuma tidaklah adil kerana rakyat sudah memilih mereka sewaktu mereka mewakili parti-parti tertentu. Mungkin ada baiknya undang-undang anti lompat parti yang akan digubal ini tidak menghalang mereka berbuat demikian tetapi pilihanraya semula hendaklah diadakan. Barulah adil kepada rakyat memilih untuk membuat keputusan semula.

Piala Thomas

Agak gembira walaupun berada di perantauan sekarang ini Malaysia berjaya menumpaskan England 5-0 dan pasukan piala Uber juga tidak kurang hebatnya dan menang penuh bergaya semalam. Saya hanya pulang ke Malaysia pada 16hb nanti dan khabarnya waktu itu sudah berlangsungnya pusingan separuh akhir. Harapan untuk melihat Malaysia ke akhir paling kurang …jika benar hari minggu saya pada minggu hadapan mungkin di hadapan kaca tv bagi menyokong pasukan kesayangan.

2 Komen

  1. malie said,

    Mei 13, 2008 pada 3:12 pm

    salam.lama x jumpa bro jamizal…hehe..bila leh lepak2 n minum2?nak gak minta buah pikiran ‘tok guru’ masa kat uia…skang i’m working for bro sayed munawar (RTM).Content Advisor.Program talkshow yang ada di RTM (selamat Pagi Malaysia, HOT, Blog, Bersemuka Bersama Media, Bersama Menteri)..mana la tau ada mende yang mnaik utk diskas..

  2. Mei 15, 2008 pada 8:52 pm

    Malie,

    Wah, kerja dengan Syed Munawar bagus tu, boleh berguru banyak dengan beliau terutama kepetahannya berhujah..ya boleh sahaja kita ketemu nanti , insyallah. Sekarang saya masih diluar negara. Akan hubungi selepas tiba. Apa nombor contactnya?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: