AF6 Adakah Kejutan?

 Rehat seketika dari suhu politik negara, mari kita lihat sebentar kepada kepanasan terkini dalam dunia realiti tv Akademi Fantasia 6, hiburan realiti tv yang lain dari yang lain. Maklumlah saya bukanlah “couch potatoe” yang mata terpacak di hadapan tv sambil mengunyah kuaci. Tetapi pengaruh isteri menyebabkan saya kadang-kala “mengambil tahu” realiti tv kegilaan ramai ini.

Ini kali ke-6 AF bersiaran dah mengisi hari-hari minggu kita dengan konsert kemuncaknya pada setiap malam ahad. Bila siri ke-6 sudah tentu AF juga perlu melakukan beberapa pembaharuan dan “reformasi” supaya ia tetap relevan dan diminati ramai. Tahniah kepada ASTRO kerana reformasi AF nampaknya sungguh besar daripada aspek penaja, format, pengacara dan kezutan kezutannya.

Tak pernah sebelum ini peserta-peserta akan dibawa ke kem bina semangat sebelum terjun ke “gelanggang” dengan alasan untuk bina semangat katanya. Buat pertama kali juga kita tidak lagi melihat kelibat Aznil Nawawi sebagai pengacara. Diari AF dan konsert akan di pandu oleh dua artis berlainan iaitu kak Mah dan AC Mizal. Pengkritik tetap pun dua juga Ogy dan Ning Baizura. Sengaja mereka memilih Ogy kerana komen gempak dan kadang-kala tak kena tempat. Mungkin pengkritik seperti Adlin Aman Ramlie lebih sesuai kerana kritikan “intelektualnya” dan “dual meaning”.

Jika dilihat dari aspek pelajarnya ada pelbagai rencam ,gaya dan umur. Paling senior seorang nenek berusia 44 tahun dan paling muda mungkin belasan tahun. Saya tidak tahu trend pengundi kali ini tetapi tipikal pengundi AF akan mengundi seperti corak berikut:

 a) Faizal dan Saida akan sentiasa mendapat undi tertinggi -faizal akan di ketengahkan sebagai perawak “Mawi” individu islamik, lembut dan bersopan. Saida akan dimomokkan sebagai peserta ala “marsha” akan dianggap queen di dalam akademi kali ini ditambah pula dengan glamornya sebagai kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza.

b) Rina mungkin keluar awal- biasalah orang melayu kita mungkin tidak dapat menerima seorang nenek di dalam AF 6 ini walaupun beliau berbakat.

c) ya siapa bakal jadi klon Dafi dan Adam kali ini- ya saya rasa Nubhan!tak percaya tengok trend pengundi nanti.

d) dan Nadia mirip Amelia showmanship gempak dan berdedikasi sebagai pelajar. Ingat Amelia AF4, pelajar dari Langkawi…kali ini kita ada klonnya Nadia, saya fikir beliau mampu ke akhir dengan showmanshipnya yang menggila dan kemampuan membawa lagu-lagu inggeris dengan lenggok yang betul.

 Banyak lagi trend-trend pengundi yang saya amat-amati kali ini , kalau tak percaya kita lihat konsert pertama mereka  pada malam ini dan lihat corak pengundian. Dengan melihat corak pengundian ada sudah tentu dapat meneka “logos” dan perspektif rakyat Malaysia (Melayu ,Islam) pada gaya, personaliti, nilai, moral, agama dan sosial. Percayalah AF banyak keistimewaannya.

8 Komen

  1. anuar said,

    Mac 23, 2008 pada 1:00 am

    …dan bapa Dafi pun menjadi menteri…

  2. penamaya said,

    Mac 23, 2008 pada 11:02 am

    x menyengat sgt lah.

    http://penamaya.wordpress.com

  3. Mac 23, 2008 pada 12:21 pm

    AC Mizal kurang menyengat…tetapi kita perlu bagi beliau peluang kerana kita masih terikat dekat dengan perspektif aznil nawawi.

  4. nuriman said,

    Mac 23, 2008 pada 4:32 pm

    xpernah tengok af..tp dulu ada jugak ambik tahu tentang mawi..tu pun ketika dia pputus tunang dgn ina…dan suka lagu2 nasyid yg di bawanya…….

  5. NikShikin said,

    Mac 23, 2008 pada 5:32 pm

    Saya tidak minat langsung AF.😉

  6. anjang1458 said,

    Mac 23, 2008 pada 9:26 pm

    …lagi tak terima ibu 4 orang anak,suami tak marah ke!!Tak cukup nafkah ke sampai jadi gitu. Adek dah lah artis terkenal , baru balik Haji bertudung ‘tak se umpama’…..kini kakak lontarkan tudung nya & ber stail ala remaja .mmmmmmph , keluarga 69 gila glamour , tonggeng terbalek.

  7. kipp said,

    Mac 24, 2008 pada 12:41 pm

    Secara jujur aku katakan (minta maap pada penulis) AF dari dulu hingga sekarang tiada keistimewaannya. Hanya menarik minat untuk melihat persembahan dan juga nyanyian. Malah AF kali ini secara sepintas lalu…. HANCUS… hanya memalukan diri sendiri diatas pentas.

  8. malie said,

    Mac 24, 2008 pada 4:12 pm

    hehehe…bro jamizal punlayan gak AF..betul..saya pun follow AF 3 je..cuma AF 6 ni baru start tengok balik…agak lain skit..ok la juga..ada perubahan..nak radikal berubah mana leh..agak meluat tengok peserta bernama Faizal (nak wat perubahan nyanyi nasyid dari awal sampai akhir pertandingan..uwek…)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: