Nik Aziz Kata Kerajaan Sekular Akan Lenyap

Agak tertarik melihat komentar Datuk Nik Aziz Nik Mat di tv semalam. Tidak semena-mena dengan sinis dan bersahaja beliau mengatakan kerajaan BN sekular memang akan lenyap. Walaupun kenyataannya itu mungkin agak keterlaluan tapi dengan episod-episod baru yang melanda kerajaan BN akhir-akhir ini kenyataan itu mungkin ada benarnya. Perletakan jawatan Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Khir Toyo menambah parah UMNO apabila dua hulubalang telah meninggalkan “medan perang” belum sempat panglima utama merawat kembali pasukannya.

Alasan Datuk Radzi bahawa beliau tidak dapat bekerja dengan efisien tanpa jawatan dalam kabinet bolehlah dianggap sebagai alasan “merajuk” dan kecewa dengan pemimpin nombor wahid sekarang. Di katakan kabinet yang dinamik itu sebenarnya masih dipengaruhi oleh “menantu”.

Datuk Seri Khir Toyo yang belum lagi menjadi ketua pembangkang sudah pun mengalah dan meletak jawatan pengerusi BN Selangor atas rasa tanggungjawab. Bila masa pula pemimpin UMNO selalu rasa tanggungjawab atas kelemahan mereka?

Jika trend ini diambil kira maka pemimpin-pemimpin UMNO di Perak dan Kedah juga harus mengambil sikap yang sama dengan meletak jawatan.

Berbalik kepada Nik Aziz sejarah politik negara sentiasa merekodkan persaingan di antara PAS dan UMNO dua buah parti politik terbesar orang Melayu. PAS berjuang menegakkan sebuah negara Islam manakala UMNO adalah parti bersifat nasionalis dan kemelayuan.

UMNO dianggap sekular oleh PAS kerana PAS beranggapan hanya partinya yang membawa ISLAM manakala parti yang lain daripada PAS dianggap sebagai sekular. UMNO mungkin sekular kerana tidak menobatkan secara terang perjuangannya terhadap ISLAM berbanding PAS, tetapi beberapa polisi-polisi kerajaan seperti Islam Hadhari dan penerapan nilai-nilai Islam mungkin boleh dianggap sebagai polisi parti yang membawa Islam ke dalam gelanggang masyarakat dengan “bil-hikmah”.

Walauapa pun tidak ada pihak yang sekular disini, masing-masing ada pendekatan sendiri dalam dakwah dan pembawaan masing-masing. Tsunami politik baru-baru ini ialah tunjuk rasa rakyat yang meluat dengan pemerintah yang sudah tidak menghormati rakyat dan berada begitu selesa sehingga mengecilkan pendirian rakyat terbanyak. Hasilnya BN kehilangan banyak undi dan 5 buah negeri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: