Dakwat Kekal dibatal

Pukul 6.30 petang tadi saya terdengar radio 93.9 “sebenar dan semasa” mengumumkan bahawa SPR melalui Pengerusinya Tan Sri Rashid mengumumkan penarikan balik penggunaan dakwat kekal “indelible ink” bagi memastikan integriti pilihanraya kali ini. Alasan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a) atas alasan undang-undang;dan

b) atas alasan ketenteraman awam.

 abdul rashid abdul rahman and spr and general election 130208Ironis kerana asbab-asbab di atas tidak difikir dan dibincangkan sebelum SPR membuat pengumuman penggunaan dakwat kekal. SPR hanya sedar hal ini pada pukul 6.30 petang tadi selepas mesyuarat Suruhanjaya sebentar tadi.

Alasan undang-undang mungkin ada benarnya kerana penggunaan dakwat kekal tidak lagi diwartakan dan dipinda undang-undang pilihanraya untuk mewajibkan semua pengundi ditandakan dengan dakwat khas ini selepas mengundi.

Walaubagaimanapun, hal ini sudah di atasi dengan memberikan pilihan kepada pengundi yang keberatan untuk mengisi Borang B.

Alasan seterusnya ialah alasan ketenteraman awam, saya fikir penarikan balik saat akhir ini mungkin membawa kepada pergolakan dan pergaduhan di antara penyokong pembangkang dan kerajaan.Masing-masing akan tuduh menuduh antara satu sama lain dan jangan terkejut jika demo BERSIH kembali…fikir-fikirkanlah.

2 Komen

  1. Firdaus said,

    Mac 5, 2008 pada 2:09 pm

    Pilihanraya bukan sahaja gelanggang untuk memilih calon ataupun wakil rakyat ke parlimen mahupun dewan undangan negeri. Pilihanraya juga adalah alat yang membolehkan segala perbezaan pendapat mahupun konflik yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat dapat diselesaikan dengan cara aman. Untuk membolehkan tujuan di atas dicapai, perlu ada jaminan bahawa perjalanan sesebuah pilihanraya itu akan berlaku dalam keadaan telus serta terbuka. Telus dalam erti kata pilihanraya itu dikendalikan dalam keadaan adil saksama. terbuka dalam erti kata setiap pihak yang bertanding diberikan ruang yang saksama untuk menyatakan pandangan mereka, selagi mana ia tidak menjejaskan ketenteraman serta keselamatan masyarakat di sesebuah negara. Tanpa kedua-dua faktor tersebut, pilihanraya lazimnya akan berakhir dengan keganasan.

  2. Mac 10, 2008 pada 3:56 pm

    Firdaus,

    Saya setuju.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: