Dr. Asyraf & Yusmadi Yusof untuk Pilihanraya Umum 2008

Nampaknya sehingga post ini ditulis, boleh dikatakan semua calon telah ditentukan di parlimen atau adun mana mereka bertanding bagi pilihanraya 2008 kali ini. Baik parti kerajaan atau parti bukan kerajaan , halangan awal penetapan calon sudah selesai kecuali kedudukan calon BN di Perlis yang masih bergelut. Kem Shahidan dan Radzi Sheikh Ahmad masing-masing menunjuk taring untuk berkuasa di Perlis dan tidak mahu mengalah. Sehingga hari ini senarai calon BN Perlis masih belum diumumkan.

Apa yang menarik bagi saya pada pilihanraya kali ini ialah penglibatan calon-calon muda. Dua orang calon muda yang saya kenali secara peribadi ialah Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang akan bertanding di Parlimen Tumpat dan Sdr. Yusmadi Yusof , calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau.

Secara peribadi kedua-dua tokoh ini layak untuk diketengahkan sebagai calon muda, cuma pada hemat saya mungkin nasib politik mereka berbeza. Peluang Asyraf di Kelantan nampak lebih berpeluang memandangkan gelombang BN di Kelantan sekarang. Walauapapun, laluannya masih berliku, jika calon Pas di Parlimen Tumpat ialah Dato’ Kamaruddin Jaafar,seorang “brother” Asyraf yang dihormati dalam gerakan Islam. Cuma apa yang dikesalkan, di Tumpat jika benar Dato’ Kamarudin Jaafar dicalonkan disitu, maka saya anggap ia adalah satu ‘kerugian’ kepada gerakan Islam. Memandangkan kedua-dua tokoh ini ialah pengerak gerakan Islam di negara ini. Dato’ KJ dan Asyraf pernah dan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (“ABIM”).

Persoalan saya sekarang ialah di mana “meeting of mind” di kalangan penggerak Islam ini yang selalu diwarwarkan. Kesanggupan Asyraf menentang “brother”nya menimbulkan pelbagai persoalan kepada keikhlasannya dalam perjuangan. Ini ibarat seperti “mengajar anak ketam berjalan”. Walauapapun saya ucapkan selamat berjaya kepada Asyraf dan Dato’ Kamarudin Jaafar.

Bagi Sdr. Yusmadi Yusoff yang saya anggap sebagai “Obama Malaysia” memandangkan cara kempennya mirip bakal Presiden Amerika Syarikat itu ialah anak jati Balik Pulau. Sila lihat halaman sesawangnya http://www.yusmadi.com .Anak muda penuh idealisme dijangka mendapat tantangan sengit dari calon “heavyweight UMNO” Dato’ Noresah ahli majlis tertinggi UMNO. Dengan jentera dan kewangan besar parti pemerintah Yusmadi mungkin melalui laluan sukar. Walauapapun saya yakin Yusmadi mampu mengurangkan undi majoriti parti pemerintah di situ.

Walauapapun Yusmadi dan Asyraf ialah dua tokoh muda dari Universiti Islam Antarabangsa yang penuh idealisme dan terdorong untuk terjun ke  bidang politik bagi sumbangan kepada masyarakat. Kita doakan supaya mereka berjaya dan istiqamah dalam perjuangan mereka. Terjun ke dalam bidang politik menurut Dr. Chandra seperti masuk ke lubang buaya sama ada di baham buaya atau kita menjadi buaya.

39 Komen

  1. ikah said,

    Februari 24, 2008 pada 5:44 pm

    salam…mungkin anda yg tidak memahami politik…semua adalah lawan..

  2. Ila said,

    Februari 25, 2008 pada 10:08 am

    Saya bersetuju dengan penulis dalam persoalan tentang keikhlasan perjuangan Dr Asyraf Wajdi dalam perjuangan ini. Sekiranya permulaan langkah beliau ini sudah mula dipersoalkan…bagaimana dengan langkah baru di masa akan datang? Has been knowing personally, I agree fully with the writer.

  3. Februari 25, 2008 pada 10:25 am

    Saya tidak pasti samaada beliau cuba mempraktikkan apa yang Dr Syed Hussain Al-Atas huraikan tentang kepimpinan intelektual dalam masyarakat. Adakah memimpin masyarakat hanya melalui politik berpartai seperti di Malaysia? Atau adakah intelektual perlu berada di luar dan berada di atas politik? Saya mengambil beberapa intelektual yang terjun ke bidang politik tetapi menarik diri kemudiannya atau tergugur. Dr Syed Hussain Al Atas sendiri yang pernah memimpin GERAKAN di Pulau PInang hanya selama 3 tahun. Dr. Chandra Muzaffar pernah bersama PKR 2 setengan tahun. Dr Mashitah Ibrahim bertahan hanya sepenggal. Dr Amran Kasimin pun bertahan hanya sepenggal. Berapa lama pula Dr. Asyraf boleh bertahan?

  4. Zul said,

    Februari 26, 2008 pada 11:09 am

    En Jamizal yg bijaksana,
    saya merasa gembira Dr Mashitah tidak dicalonkan di dalam pilihanraya kali ini.Ini kerana saya merasakan jiwa dan peribadi beliau bukan di dalam politik kepartian. Saya berpendapat adalah lebih sesuai beliau menjadi profesor di UIAM selain berdakwah dan menghasilkan buku-buku.
    Kepada kawan sekampus Asyraf Wajdi,selamat datang ke dunia penuh penipuan!

  5. Ila said,

    Februari 26, 2008 pada 12:04 pm

    Saudara Zul seperti ada cerita yang tersirat bagi personaliti-personaliti ini. Bolehkah saya bertanya, mengapa ucapan selamat itu ditujukan kepada kawan sekampus Asyraf Wajdi? Namun saya setuju…dunia politik secara hakikatnya adalah dunia yang penuh dengan penipuan. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah wacana penglibatan politik personaliti ini yang pernah melaungkan semangat jihad dan mengembangkan payung dakwah Islamiah. Dr Mashitah Ibrahim dan Dr Asyraf Wajdi mungkin lebih arif tentang tindakan mereka. Apa yang paling ditakuti oleh ummah ialah…mempolitikkan agama. Satu tindakan yang sangat merbahaya kepada generasi akan datang. Wallahuaklam….

  6. Zul said,

    Februari 26, 2008 pada 1:34 pm

    Ila,
    Maksud saya adakah Dr Asraf Wajdi akan dapat mengekalkan peribadi dan pendiriannya selama ini. Saya spt saudara Jamizal mengharapkan mereka istiqamah di dlm perjuangan.
    Ramalan saya dia akan kalah.
    Kita tunggu 8 Mac nanti.

  7. Februari 26, 2008 pada 6:35 pm

    Maaf,

    Saya juga harap beliau tidak menggunakan agama dalam perjuangan politiknya dan setuju dengan Zul.

  8. rashidah said,

    Februari 27, 2008 pada 2:28 pm

    pada pendapat saya, dunia politik tadak patut disalhkan kerana ia hanya dunia ciptaan manusia..hanya perlu di salahkan adalah orang yang bergiat dalam politik..konsepnya sama sepeti organisasi..jika berlaku apa-apa kepada organisasi yang perlu di amati semula adalah pihak pengurusannya..begitu juga dengan dunia politik..memang tidak di nafikan dunia sekarang penuh dengan penipuan dan dunia politik ciptaan manusia ini semakin kotor dan makin di cemari.memang bagus sepatutnya ada pro dan pembangkang untuk saling tegur menegur dan memeperbaiki diri..tetapi jika dilihat pada senario politik di malaysia, ini tidak berlaku.realitinya mereke sering fitnah menfitnah, saling slah menyalahi, saling tuduh menuduh dang sewaktu dengan nya..
    persolan yang sering timbul di benak pemikiran saya adalah..mengapa bangsa melayu utu sendiri tidak boleh bersatu.mengapa perlu ada pertelagahan???adadkah kerana budaya melayu itu sendiri yang tidak boleh tengok orang lain senang @ PHD(perasaan hasad dengki) atau kuasa, kedudukan yang sering diagung-agungkan yang dikejar walhal di akhirat kelak amalan,sedekah dan ilmu yang dihisap di akhirat kelak bukan nya pangkat, darjat atau harta…
    tepuk dada tanya hati dan pikir sebaik-baiknya…

  9. Februari 27, 2008 pada 8:13 pm

    Rashidah,

    Kadang-kala saya terfikir adakah demokrasi hanya boleh ditegakkan melalui politik kepartian? British memerintah kita dulu melalui divide and rule. Sekarang setelah 50 tahun merdeka kita sekali lagi dipecah dan perintah melalui politik kepartian…fikir-fikirkanlah.

  10. Ila said,

    Februari 28, 2008 pada 4:11 pm

    Saya memandang kewujudan politik ini sebagai satu senario yang sihat. Yang sebenarnya, ia sihat..cuma disalahgunakan pada tahap-tahap tertentu. Tanpa politik, Malaysia mungkin masih belum merdeka. Saya bukanlah mengagungkan siapa-siapa, cuma ingin menyelitkan satu contoh bahawa politik ini adalah salah satu platform dan medium untuk masyarakat bersatu, untuk berkongsi usaha, impian dan jiwa. Ini adalah lumrah bagi manusia. Dan bersama peredaran zaman, perkongsian ini semua berkembang menjadi bermacam-macam wadah dan mewujudkan berbagai-bagai idealisme lalu seterusnya mewujudkan cabang-cabang sosio masyarakat yang berbeza. Oleh itu, saya kurang setuju bila Sdra Jamizal mengutarakan bahawa parti politik ini adalah salah satu jenis pemerintahan. Bukan apa, saya cuma ingin melatih diri sendiri agar dapat memaksimumkan optimism pemikiran Melayu. Jangan marah yer….

  11. Februari 28, 2008 pada 10:32 pm

    Ila,

    Saya cuma terfikir begitu kerana politik kepartian bisa saja membawa perpecahan sesama umat…saya cuma tertanya di dalam dhamir saya ada atau tidak demokrasi yang tidak berpaksi kepada politik kepartian?

  12. mka said,

    Mac 3, 2008 pada 11:16 am

    Rasa-rasanya macam akan wujud Anwar Jr.

  13. Mac 3, 2008 pada 11:19 am

    Sengau dia je kot, kepimpinan belum tau…

  14. fadhlina sidek said,

    Mac 3, 2008 pada 2:53 pm

    Salam,
    hangat sungguh debat politik berkaitan Dr. Asyraf..tiada apa yang suprise..malah sesuatu yang boleh dijangka dan dibaca. Cuma ada beberapa prinsip jemaah yang tergadai dan amat dikesali malah terkilan..bagi saya gelanggang politik bukan untuk golongan ahli akademik..ia sangat menghina intelligent, moral dan maruah!apapun semuanya bisa dalam politik..bentangkan segala prinsip mulia kononya mahu membersihkan dari dalam (ala fatwa Al-fadhil Anwarulkeadilan),menyumbang untuk masyarakat, perancangan tuhan, etc..ya..politik tetap politik..

  15. Mac 3, 2008 pada 9:32 pm

    Kak Fadh,

    Syukran jazilan kerna sudi singgah, saya masih teringat sepotong ayat al-quran “kabura maqtan aindallah hi antiquluna ma la tafa’lun”.

  16. Azuan Effendy Zaira said,

    Mac 4, 2008 pada 10:28 am

    Salam,
    Tahniah dan syabas Sdr Jamizal kerana membuka ruang yang begitu kondusif kepada teman-teman semua untuk bertukar fikiran dan pandangan. Kali ini kita berbicara soal masa depan dan justifikasi politik Dr Asyraf, mungkin akan datang saudara pula yang akan menjadi tumpuan perbincangan..Manalah tahu itjtihad saudara pula untuk menceburi bidang politik.haha.Saya secara peribadi merasakan kemunculan Dr Asyraf di dalam politik kepartaian bukanlah sesuatu yang memeranjat/ mengejutkan.Saya berkongsi pandangan dengan Kak Fadh mengenai hal ini..Sememangnya beliau mempunyai rencah dan ‘cutting’ yang cenderung ke arah itu..Apatah lagi lahir dari keluarga yang sememangnya aktif di dalam politik. Tindakan Dr Asyraf adalah tindakan ‘seize the moment’ yakni mengambil kesempatan apabila tiba masa yang sesuai..Untuk menjadi calon parti BN tidaklah semudah partai-partai opposisi. Lazimnya seseorang itu perlu bertapak dari bawah, dan kalau sampai ke puncak pun belum tentu boleh dipilih sebagai calon. Dr Asyraf mendapat kesempatan itu dengan jalan yang mudah..Sdr Jamizal, saya tidak fikir perpecahan Melayu berada di tahap yang sangat kritikal. Saya percaya calon2 hanya berlainan parti, berbeda pandangan dan haluan. Sejarah membuktikan Melayu sentiasa bersatu pabila berhadapan musuh yg satu. Peristiwa penentangan terhadap Malayan Union dan Tragedi 13 Mei merupakan antara contoh terbaik. Saya tidak langsung khuatir politik di Malaysia boleh memecah belahkan umat. Apapun Dr Asyraf dan calon2 yg mempunyai fikrah jamaah yang jelas harus buktikan kata-kata Marquis de sade ini tidak berasas ” In an age that is utterly corrupt, the best policy is to do as the others do”

  17. Mac 4, 2008 pada 9:57 pm

    Sdr Azuan,

    Mengambil kata-kata Marquis de sade, saya tidak mahu melihat bekas tokoh PKPIM ini termasuk dalam golongan yang dinyatakan Marquis. Tokoh ini “above politic”…

  18. Firdaus said,

    Mac 5, 2008 pada 2:25 pm

    Adakah kemasukan tokoh-tokoh akademik ke arena politik kepartaian, mengambarkan bahawa golongan ini mula mendapat perhatian di kalangan parti-parti politik di negara ini? Secara peribadi saya menilai golongan-golongan ini adalah aset kepada parti-parti politik ini, kerana ia seoalah-olah dapat memberikan “legitimacy ataupun justifikasi” terhadap parti politik itu di mata masyarakat. Akan tetapi saya khuatir fenomena sebagini akan menghakis penghayatan budaya ilmu terutama sekali di peringkat universiti. Saya bimbang ahli-ahli akademik di masa akan datang akan terdorong untuk bersikap partisan ketika mengendalikan syarahan, membentangkan kertas kerja mahupun penulisan makalah, tanpa mengambil sikap neutral dalam setiap penyelidikan yang dijalankan (penyelidikan dijalankan untuk menjustifikasikan tindakan sesebuah parti politik sebagai contohnya). Respon untuk persoalan ini amat dihargai.

  19. Amanul Khairi Shah said,

    Mac 5, 2008 pada 9:45 pm

    Isu Dr Asyraf Wajdi bertanding tiket UMNO…?

    Apa hujah yang nak dibawa? yang nampak hanya isu2 ekonomi yang diperjuangkan oleh Wadi….

    Adakah Wadi mahu memperjuangkan aspek ekonomi sahaja untuk warga Tumpat?

    dikatakan Annuar Musa dan Hishammudin Hussein datang ‘melamar’ Wadi untuk jadi calon….mmm,mungkinkah Wadi akan menjadi Dr Mashitah/Dr Amran kasimin yang kedua?hanya masa menentukan….

  20. amanul said,

    Mac 5, 2008 pada 10:28 pm

    kenyataan terbaru Wadi…

    “”Saya berdakwah untuk menyedarkan masyarakat bahawa dalam berpolitik, kita perlu mengikut asas yang ditentukan Islam. Dalam Pas, banyak tokoh agama, tetapi mereka guna agama untuk kepentingan parti dan kuasa,” katanya”

    http://isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=374

  21. abufawwaz said,

    Mac 6, 2008 pada 2:54 pm

    mengapa perlu melawan pemimpin yang menjadikan islam kehidupannya? apakah tujuan pembabitannya? mahu memperjuangkan isu ekonomi semata-mata? sedang pimpinan diatas tidak menonjolkan kehidupan yang islamik.
    adalah satu kerugian buat dr asraf (walau apa pun ijtihadnya) menentang seorang tuan guru. Jangan kita politikkan agama tapi agamakan politik (politik bukan hanya dalam konteks mengundi/demokrasi).

  22. Mac 7, 2008 pada 9:11 am

    Salam,

    Alhamdulillah, kerana kita yang di luar gelanggang politik masih dapat berdiskusi secara ilmiah. Lontaran idea rakan2 di sini masih mencerminkan kita pernah di bawah satu madrasah usrah yang sama pada suatu ketika dulu termasuklah tokoh akademik sedang bertanding. Penamaan calon sudah pun berlaku. Yang tinggal lagi, kita yang tidak bertanding ini perlu meneruskan semangat untuk menjadikan institusi pendidikan sebuah institusi yang rendang pohonnya untuk pencedok ilmu berteduh. Mari berusaha untuk membersihkannya daripada menjadi ‘fund-raiser’ gerakan mendhu’afa’ rakyat kepada gerakan penawar hidayah!

  23. fadhlina sidek said,

    Mac 7, 2008 pada 12:14 pm

    hahaha..marah sungguh abufawwaz..doakan saja kekalahan beliau! Tapi kekalahannya sudah ada ganjarannya sebagai Rektor Universiti di Kelantan..isu ekonomi bukan isu rakyat kelantan..tidak hairan kalau beliau gagal memahami isu di Kelantan kerana beliau hanya calon parachute, bapanya adalah liabiliti kepada beliau..ini mungkin ijtihad politiknya yang paling bijak bagiinya, tetapi satu kerugian bagi ahli akademik.Percaturan beliau silap apabila rela dipilih untuk menentang Al-Fadhil Dato’ KJ dan bergelanggang di pentas Tok Guru.. this might be the dirtiest atrocious election in history. Media arus perdana makin songsang, institusi maklumat sahih tiada keyakinan di hati rakyat! Wake up bloggers!Yakinlah dengan kuasa rakyat. Buktikan dengan undian kalian!

  24. Mac 7, 2008 pada 12:18 pm

    Emm..patutla sungguh mudah meninggalkan UIA kerana dijanjikan habuan lebih besar di “Serambi Mekah”. Kawe heran mengapa demo nak lawan kawe kalau MCA tu takpo lah jugak ini sama -sama Islam. Apa salahnya ada satu negeri diperintah oleh org melayu Islam kita jugak. Mengapa nak jejek dan jelek sgt dengan Islam.
    Mengapa perlu khianat dan hasad dengan sesama org kita

  25. fadhlina sidek said,

    Mac 7, 2008 pada 12:29 pm

    La demo buleh kecek kelate ko..hebat demo..Come on, that’s politic..samada anda dikambinghitamkan atau org lain akan mengkambinghitamkan anda…i did my survey, so far, luar biasa sokongan dan gelombang non muslim dalam pilihanraya kali ini, India menolak MIC, Cina bersama DAP, Melayu muda berani bersama PAS dan PKR, ada yang masih mencongak tapi rata-rata setakat jam 12 tadi sudah jelas siapa yang harus dipilih! Cuma sebang-sembang dengan rakan dari Indonesia, menyatakan suasana dewan parlimen indonesia kini lebih berubah kerana ramai ahli akademk bergelar dr dan prof memilih untuk menyertai partai kerana elaun bulanan 80 juta rupiah berbanding menjadi prof atau ahli akademik di universiti hanya 3juta rupiah. Fenomena partai lokal juga dikatakan akan merubah indonesia. apapun kita tunggu perubahan Malaysia besok..worst come to worst, jika pembangkan mampu swing..dharurat kawan! nanti balik sembahyang jumaat, jgn lupa singgah kedai beli beras, susu anak, pampers anak, sardin etc..buat bekalan dharurat..wallahua’lam

  26. Ila said,

    Mac 7, 2008 pada 3:31 pm

    Sekian lama saya tidak menjenguk laman web Sdra Jamizal ini, sudah banyak rupanya yang dibincangkan. Apa khabar Sr. Fadhlina? Terasa kembali semula ke zaman dulu-dulu. Anyway, nothing’s much to say. I just want to wish everybody : Selamat Mengundi. Berhati-hatilah dengan pilihan anda. Kita doakan yang terbaik untuk Malaysia kali ini. Terima kasih juga atas inisiatif Sr. Fadhlina kerana menerokai pilihan kaum-kaum lain. Fenomena politik kali ini agak agresif berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Semakin ramai yang berani untuk mengorek apa sebenarnya jenis pemerintah yang sedia ada dan apa yang diperlukan untuk masa akan datang.
    Apa-apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kepada Sdra Jamizal kerana menyediakan satu platform untuk kita berdiskusi dengan penuh tatasusila seolah-olah kita juga tidak kalahnya dari segi intelektual. Semoga sdra/sdri sekalian akan terus maju di masa akan datang. Wassalam.

  27. Song_Kapit said,

    Mac 7, 2008 pada 4:36 pm

    Kesian asyraf, fadhlina sidek sebut dia dijanjikan dengan itu dan ini, jemizal sebut asyraf akan lawan org melayu Islam (kenapa, dia bukan melayu dan islam?) dan Asyraf minat betul dengan “habuan” dan juga jemizal sebut kecenderungan asyraf “Mengapa nak jejek dan jelek sgt dengan Islam” dan “Mengapa perlu khianat dan hasad dengan sesama org kita”.

    Berat tuduhan-tuduhan ini. kalau nak sebut2 dan tuduh bukan-bukan ini. Kalau tak sure, lepas election tanyala sendiri

    1. Betul asyraf ? bagi saya gelanggang politik bukan untuk golongan ahli akademik..ia sangat menghina intelligent, moral dan maruah! (Fadhlina)
    2. Betul kah Asyraf ? this might be the dirtiest atrocious election in history.? (Fadlina)
    3. Asyraf akan jadi Rektor Universiti Kelantan ke ? (Fadlina)
    4. Betulkah asyraf dijanjikan habuan lebih besar di “Serambi Mekah”.? (Jemizal)
    5. Asyraf, saya doakan saja kekalahan asyraf! (Fadlina)
    6. Asyraf, tidak memahami isu di Kelantan kerana asyraf hanya calon parachute dan betulkah ayah asyraf adalah liabiliti kepada asyraf. (Fadlina)
    7. Asyraf Mengapa nak jejek dan jelek sgt dengan Islam.Mengapa perlu khianat dan hasad dengan sesama org kita? (Jamizal).

    Ini semua orang yang dekat dengan dia, boleh tanya sendiri, apa sebenarnya, mengapa, betul ke, kalau nak main tuduh je, sama la kita dengan orang lain. nak komen pun mungkin pasal polisi., ke, dan sebagainya. Kalau org lain bagi komen seperti tuduh dapat habuan, tidak apalah. tapi kalau nama seperti Fadlina bin Datuk Siddiq dan Jemizal zainol , emmm, hilangla hormat kami selama ni.

    • Eppiey said,

      Oktober 16, 2009 pada 11:45 pm

      salam..sebagai anak jati kelantan dan tumpat khususnya..saya melihat asyraf wajdi sebagai a promising young politician…beliau seorang yang mempunyai peribadi yang bagus, dan mampu memberi ceramh seperti calon pas cuma bezanya dia umno…asyraf mungkin kalah baru barunnih, tetapi peluang dia masih cerah di masa depan, dia pandai membalas hujah dengan hujah yang bermakna dan menepati fakta…secara umum, semua lapisan masyarakat suka pada asyraf…insyaAllah dia akan lebih hebat di masa depan,

  28. Mac 8, 2008 pada 8:26 am

    Salam

    Apakah benar itu habuan kekalahan? Jika ia terjadi, sekalilagi institusi pendidikan terpalit dengan debu2 partisan! Ini lagi parah, bakal memperkosa kesucian institusi pendidikan tersebut malah menggoda keteduhan tempat warisan para anbiya’! Sebelum saya berundur, nah sama-sama kita merenung sajak Rendra.

    Sangat tepat ungkapan Rendra dalam puisinya (Rendra, 1993:35-36):


    Hidup tanpa pilihan
    menjadi rakyat Sang Adipati
    bagaikan hidup tanpa kesadaran
    sebab kesadaran dianggap tantangan kekuasaan
    hidup tanpa daya

    sebab daya ditindih ketakutan
    setiap hari seperti mati berulangkali
    setiap saat berharap menjadi semut
    agar bisa tidak kelihatan
    sekarang setelah mati
    baru aku menyadari
    bahwa ketakutan membantu penindasan
    dan sikap tidak berdaya
    menyuburkan keadilan

    Pikiran dan batin
    Tidak berani angkat suara
    Karena tidak punya kata-kata

    Apa kata baca sikit sajak ini pulak?

    *NOSTALGIA DI HUJUNG SENJA

    Kutatap, kujabat, kudakap erat
    Tubuh-tubuh berbalut kulit mengeriput
    Memutih dari rambut ke janggut
    Dapat kurasakan hangatnya setiakawan
    Tiga dekad sepakat setekad
    Bersama terhumban di padang karang
    Tersadai diamuk badai

    Ku tatap wajah-wajah teman lama
    Ketika mata pudar berkisar mengitar dari meja ke meja
    Terasa ada yang tiada
    Kutanyakan khabar rakan-rakan seangkatan yang tak kelihatan
    Si Suto dan Si Noyo, Si Awang dan Si Ujang
    Si Dali dan Si Mamat

    Katanya
    Si Suto hilang tak tahu rimbanya
    Si Noyo ghaib entah di mana nisannya

    Si Awang sibuk mendulang wang
    Mahu jadi jutawan gedongan
    Pemilik dagangan bergudang-gudang

    Si Mamat tak sempat
    Terlalu penat kerja kuat, mahu jadi Yang Berhormat
    Sudah empat kali lompat
    Belum juga dapat

    Mana Si Ujang
    Yang dulu memencak-mencak membela keadilan?
    Katanya: Si Ujang tak dapat datang
    Kini dia berada di seberang
    Jalan-jalan cari makan

    Bagaimana dengan Si Embong?
    Katanya, dia masih berkabung
    Menangisi isterinya, Dewi Demokrati
    Yang baru mati
    Dibelasah hantu pangkah

    Apa khabar Si Fatah?
    Alhamdulillah, dia tidak berubah
    Masih betah berusrah
    Pejam dalam al-Fatihah
    Celik kembali dengan wa’l-‘asri

    Mana Si Dali
    Orang kuat yang dulu mendapat pingat
    Wira Sakti, Panglima Besi
    Katanya, Si Dali uzur lagi
    Kencing manis, darah tinggi
    Saban minggu ke KBMC

    Mana Si Wira?
    Aku rindu bicaranya yang selalu menggetar jiwa
    Katanya: setelah bersengketa dengan Mamak Bendahara
    Si Wira pergi bertapa
    di Gua Panjaraga
    berguru di Hulu Sungai Bambu
    Nanti Wira kan kembali
    Dan pasti lebih sakti lagi …..

    II

    Detik-detik nostalgik
    Memecah tawa-tangis printis
    Yang lama membeku terbuku
    Dalam kelu lidah sejarah

    Kutatap wajah-wajah layu
    Teman-teman lamaku: mahaguru dan KSU
    Pembesar bergelar, figure tersohor
    Ingin rasanya aku bertanya
    Masihkah kau ingat asal-usulmu?

    Anak kampung paling hulu
    Merangkak ke gedung ilmu bernama M.U
    Diiringi doa orang tua yang bangga
    Dibebani harapan warga desa yang sengsara

    Mahasiswa pemimpin hari muka
    Cendekia dalam pustaka pujangga
    Dewasa dalam gelora demo di jalan raya
    Akdemia, semangat agama merbah anak desa
    Menjadi “ elemen yang sedar dari masyarakat”
    Jurubicara umat, penyuara aspirasi rakyat
    Kau bangkit bersama mahasiswa menggugat
    Pengkhianat dan penjilat
    Masih terasa perihnya prasangka, pedihnya telinga
    Dituduh penderhaka
    Anak muda tak kenang jasa
    Mempersenda “Bapak Merdeka”

    Peduli apa kata derhaka yang sudah lama hilang bisa
    Sejak ternodanya makna
    Menjadi senjata penguasa menindas jelata

    Membangkang bukan menanggang
    Mendebat bukan menjebat

    Ingin rasanya kupinjam suara raksasa
    Mendeklarasi derhaka versi kita
    Derhaka kita jihad mulia
    Dari setia menjadi hamba, biar derhaka demi merdeka
    Dari setia seperti Haman, biar derhaka sebagai Musa

    Kutatap wajah-wajah istiqamah
    Tak tergoyah dek duit berkampit
    Tak patah dek kenyit dan gamit si genit

    Meski di sini banyak dera dan deritanya
    Kita tetap setia
    Warga bertaqwa bahagia di bumi derita
    Tetapi mewah dengan barakah, meriah dengan ukhuwwah

    Dari pita nostalgia memori pagi
    Kini kita tiba di senja penuh hiba
    Ketika ufuk senja memerah
    Tanda mendekatnya saat berpisah
    Aku resah dalam gelabah muhasabah
    Setitik jasa, selaut dosa

    Seakan kulihat malaikat mencatat
    Kalimat-kalimat sinis menghiris
    Dasar si dungu tak tahu malu
    Modal amal sekepal, mengharap untung segunung

    Usia senja, menjadi pesara
    Bukan masa lega merdeka
    Puas melepas, menghempas tugas yang digalas
    Ia adalah masa cedera yang cemas
    Sisa-sisa nafas di simpangan arah
    Husnu’l-khatimah-su’u ‘l-khatimah

    Hari kita semakin senja
    Segudang agenda tak terlaksana
    Mengharap pewaris setia
    Penerus cita-cita, penebus kecewa
    Tapi, di mana mereka?

    Ya Tuhan,
    Dengarkan pinta hamba di hujung senja
    Seperti dullu Kau perkenan do’a Zakariya
    Pengabdi tua meminta putera
    Lalu Kau kurniakan Yahya
    Sayyida, hasura, nabiyya

    Ya Tuhan,
    Berkenan kiranya mencurah kurnia
    Seribu Yahya, sepetah Harun, segagah Musa
    Menyanggah bedebah media pendusta
    Mendaulat agama, memperkasa bangsa

    Ibn Fadzil
    DAR AL_HIKMAH 16042004

    * Sajak ini telah dibacakan di Malam Kenangan Seperjuangan di Hotel Equatorial Resort, Bangi.

    COPYRIGHT RESERVED @KDH

  29. Mac 8, 2008 pada 11:00 pm

    Salam sujud syukur dari Dublin! (11 mlm waktu Malaysia, 8 Mac 2008)

  30. fadhlina sidek said,

    Mac 10, 2008 pada 9:53 am

    Salam,
    salam buat ila (ila mana ni yer) dan Song_Kapit yang saya kira mungkin pernah bersua suatu waktu dahulu..mungkin?Faktor umur semakin melumpuhkan ingatan saya tetapi semnagat dan prinsip tidak ada bedanya sehingga hari ini! Betul tak Mazita? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membuat panggilan telefon dari dublin semata-mata untuk berkongsi maklumat wave tsunami yang berlaku dalam negara. Buat Song_Kapit, terim akasih di atas keprihatinan anda. Banyak perkara yang anda harus teladani dan pelajari jika mahu menjadi pengkritik bebas dan bermaklumat. Harap anda terus ikuti tulisan jamizal berkaitan prinsip dan pebincangan khalayak lain berkaitan isu ini.jawapan saya untuk semua jawapan anda telah terjawab dengan penafian 2/3 BN di Parlimen dan kekalahan BN di Kelantan. Untuk adinda mazita, aku kini sedang memulakan hidupku sebagai warga rakyat negeri barisan alternatif, 100 hari diberikan kpd mereka untuk laksanakan tugas awal..tunggu laporan subversif kami rakyat negeri selangor di bawah panji alternatif!

  31. Mac 10, 2008 pada 3:07 pm

    Salam Kak Fad,ila di Dublin dan Ita,

    Terima kasih kerna memugar perbicangan telus dan bernas di siber ruang ini. Perlu diingat 100 hari pertama ialah ruang masa paling getir bagi semua kerajaan negeri baru bagi melaksanakan janji-janji di dalam manifesto masing-masing. Oh ya ada sesiapa yang lahir di Pulau Pinang dan berpendapatan bulanan kurang dari RM6000. Isyallah anda akan diberikan habuan RM6000 seorang oleh kerajaan baru DAP di Pulau Pinang.

  32. che mad said,

    Mac 11, 2008 pada 10:13 am

    ranck sungguh perbincangan di sini. Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen kudus. sprt kata kak fadh, saya adalah antara orang yang mendoakan kekalahan a.wadi, bukan kerana benci tapi kerana sayang. saya percaya a.wadi yang kalah lebih mulia dari yb a.wadi yang akan bergelumang dengan shabat umnonyadan parti umno yang dipertikai akhlak dan kradibilitinya. hikmah disebalik kekalahan.

  33. fadhlina sidek said,

    Mac 12, 2008 pada 10:11 am

    salam che mad, ahlan wasahlan ke gelanggang mengasah minda dan memulih aqal!kredit untuk Jamizal kerana berjaya menyediakan sebuah gelanggang untuk khalayak mencurah ide dan berdebat dengan isi yang lahir dari dhamir yang merdeka! Teruskan diskusi che mad..kami menanti lontaran anda!

  34. Faisalludin Moht. Yusuff @ Wak said,

    Mac 18, 2008 pada 7:01 pm

    Assalamualaikum semua dan terutama sedare moderator,

    Secara tak sengaja saya memasuki ruang ini bilamana cuba mendapatkan feedback ‘warga maya’ berkenaan sahabat-sahabat kita yang terlibat dengan PRU 12 baru-baru ini.

    Disebabkan kesuntukan masa dan keinginan untuk menyatakan sesuatu….saya mengajak sahabatku sekelian agar rakan-rakan kita di dalam medan politik sentiasa mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah S.W.T.

    Ingatlah mereka bukan semata-mata mahu terlibat dengan politik tanpa alasan dan ijtihad yang tidak kukuh, bahkan ianya juga adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

    Bagi yang menang kita doakan mereka dapat menjalankan tugas dengan amanah, bagi yang tewas bukan bermakna tewas selama-lamanya.

    Faisalludin Moht. Yusuff @ Wak
    Pusat Bandar Damansara
    017-3408121

    #p/s: teringat kempen pilihanraya kampus UIA bilamana sedare moderator menjadi salah seorang calon.

  35. che mad said,

    Mac 21, 2008 pada 10:00 am

    Salam,akhi wak. dengar kata anta berkempen di tumpat? apa analisis dan kesimpulan anta dari kempen dan keputusan di tumpat? kaget dengan perubahan anta, dari seorang timbalan amir yang kudus menjadi politikus yang hebat….

  36. Faisalludin Moht. Yusuff @ Wak said,

    Mac 21, 2008 pada 12:50 pm

    Waalaikum salam che mad,

    Boleh tahu che mad ni nama penuhnya apa. Memang saya ke tumpat tolong Abg wadi tempohari. Tapi tak lah boleh tolong sangat sebab orang kelantan hanya suka orang tempatan tambah-tambah saya nie jawa pulak lagi susah nak cakap kelate (fadhlina tahula). Jadi tolong sikit-sikit aje atas dasar kawan yang mengenali beliau semenjak di UIA. Tambahan masa kempen tempohari, saya byk habis kan masa di Bagan Datoh, tempat asal saya.

    Saya ingat apa yang berlaku pada pilihanraya yang lalu tak perlulah nak saya komen atau ulas dgn lebih lanjut, semua orang ada pandangan masing-masing dan ada pengajaran yang perlu dijadikan iktibar.

    Apa yang penting bagi saya dan kita semua (sebagai generasi muda dan penentu masa hadapan)…kita hendaklah cuba bersatu dan bersetuju dalam perkara yang melibatkan ‘kepentingan agama dan bangsa’ walau dalam wadah apa sekalipun kita berada (berparti @ tidak berparti). Kita hendaklah belajar dgn bangsa lain di negara ini terutama org cina yang bersatu hati dalam perkara yang melibatkan kepentingan orang cina walaupun mereka dari sudut politiknya berasal dari MCA, DAP dsb.

    Samada kita dlm UMNO, PAS, PKR atau berkecuali, kita boleh berbeza pendapat dlm apa perkara sekalipun (yang mana memang tidak boleh dielakkan sejak dulu kala lagi hatta dalam sebuah hubungan suami isteri) tapi jgnlah jadikan perbezaan pendapat tersebut sebagai alasan utk kita bercakaran sesama sendiri dan memutuskan silaturrahim. Politik tetap politik, tapi jangan jadikan politik melebihi segala-galanya termasuk menyamakan atau melebihkan kedudukannya dgn agama islam.

    # p/s: sedare moderator…bila kita boleh minum sama sama.

  37. che mad said,

    Mac 21, 2008 pada 5:04 pm

    Saya adalah rakyat pkpim semasa akhi memimpin di uia. saya bersetuju dengan pendapat akhi dengan sedikit tambahan bahawa persatuan yang dibina hendaklah atas dasar islam. bersekutu dengan perasuah, penzalim dsb akan menjadikan kita mendapat sahamnya. Ingat tak akhi pada hadith yg akhi bacakan dalam usrah dulu. marilah kita berkawan dgn penjual minyak wangi….

  38. Mac 21, 2008 pada 10:59 pm

    Sdr Faisal,

    Terima kasih kerana sudi singgah, mudah-mudahan pojok kecil seperti ini menjadi lapangan untuk kita bertukar-tukar fikiran. Boleh kita minum-minum nanti saya cadangkan mee rebus uncle don di harta mas apa macam?


Tinggalkan Jawapan kepada Faisalludin Moht. Yusuff @ Wak Batal balasan