YB Fong Po Kuan: Merajuk?

 

Ada sedikit perbezaan ahli politik ini dengan ahli politik yang saya lihat di Parlimen. Beliau muda dan hujahnya tajam dan berani. Sering diperlekeh oleh beberapa ahli Parlimen senja mungkin kerana beliau muda. Ingat lagi dengan isu “bocor”? Saudari Fong adalah ahli parlimen yang ditertawakan sebagai “bocor” oleh ahli Parlimen senja tersebut. Selama dua penggal beliau di Parlimen saya akui beliau ialah seorang ahli parlimen yang berwarna-warni kerana apa isu yang tidak disentuhnya. Isu hak asasi wanita, kebebasan berhimpun, rasuah dan integriti.

Beliau muda dan saya kira berpotensi jika disuburkan dan dibimbing. Oleh itu agak mengejutkan jika beliau tiba-tiba sahaja mengumumkan undur diri disaat DAP akan menharungi pilihanraya umum sekali lagi yang saya fikir kemungkinan pakatan parti “bukan kerajaan” mampu menambah kerusi walaupun tidak berjaya menafikan monopoli 2/3 BN.

Biasanya sidang akhbar untuk umumkan tidak dicalonkan untuk bertanding agak jarang sekali berlaku. Biasanya orang politik memanggil sidang akhbar jika ingin keluar parti. Tetapi kes Saudari Fong agak sedikit pelik kerana beliau tiba-tiba sahaja mengumumkan tidak mahu bertanding melalui sidang akhbar yang rata-rata semua orang politik faham apa implikasi sidang akhbar jika diadakan. Sidang akhbar oleh ahli politik parti bukan kerajaan biasanya cukup mudah dimanipulasikan.

Oleh itu sidang akhbar kali ini oleh beliau agak pelik. Adakah beliau sudah merajuk? Atau benarkah DAP menghadapi perpecahan di Perak atau kerana beliau sudah kahwin atau ada pita-pita tertentu yang akan didedahkan. Ini semua menimbulkan persoalan-persoalan mujarad di dalam kepala saya.

Walauapapun pun itulah lumrah politik. Ibarat seperti masuk lubang buaya. Samaada kita menjadi buaya atau dimakan buaya. Walauapapun perkembangan terbaru ini diharapkan tidak mengecewakan ahli politik muda kita yang lain untuk terus mencorakkan masyarakat! Saya teringat kata-kata Prof Dr Syed Hussain Al-Atas atas 5 individu yang mencorakkan masyarakat 5P: Prophet,Poet,Philosopher,Publicist dan Politician.

Jika ada ingin menyumbang kepada masyarakat pilihlah salah satu dari di atas kecuali Prophet jika anda tidak mahu dituduh sebagai Ayah Pin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: