Pilihanraya Umum 8 Mac?

Sengaja saya menjadi tukang tilik kali ini kerana pilihanraya di Malaysia sudah menjadi permainan teka-teki. Tarikh pilihanraya adalah kuasa mutlak Perdana Menteri, tidak seperti negara yang amalkan demokrasi di tempat lain di mana tarikh pilihanraya telah ditetapkan sebelumnya. Misalnya di Amerika Syarikat tarikh pilihanraya adalah hujung tahun ini, dimulakan dengan primary caucuses diikuti pula selepas itu dengan election caucuses. Apabila ditanya oleh pemberita PM secara sinis dan jenaka akan menjawab dengan sinikal “saya dah dekat nak umumkan”, dekat itu bila?

Pada hemat saya, pilihanraya tahun ini akan diadakan pada 8 Mac nanti kerana dua sebab. Pertama bulan February akan digunakan sepenuhnya oleh BN untuk memperkukuhkan jentera parti dan menyelesaikan calon-calon. Kedua, 8 Mac jatuh pada hari Sabtu dan cuti sekolah, cukup sesuai untuk mengundi kerana hari cuti dan senggang bagi rakyat Malaysia.

Ketiga ini mungkin agak keterlaluan kerana no 8 dan 3 ialah nombor kegemaran pak lah. Pilihanraya yang lepas dilaksanakan pada 3.3 no pendaftaran kereta pak lah 13. Apa kata anda?Anda ada teori sendiri?

1 Komen

  1. mka said,

    Februari 4, 2008 pada 9:35 am

    Kalau 8 Mac, kasihan “saudara” kita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: