Musnahnya Padang Pahlawan

 

Dek kerana pembangunan yang pesat di Melaka, padang pahlawan yang menyimpan seribu satu sejarah kemerdekaan negara telah di”godam” dengan pembangunan melampau. Jika 5 tahun lepas saya di sini padang pahlawan masih gah dengan rumpunan hijau tanda pengisytiharan kemerdekaan diumum buat pertama kalinya di Tanah Melayu, tetapi saat ini jika anda kesini rumpunan hijau dan pokek rendang yang menglilingi padang ini sudah sirna kerna godam pembangunan melampau.

Saya yang kini sedang menghirup kopi susu di atas “Dataran Pahlawan” (dulu padang pahlawan) merasa kecewa dengan musnahnya padang pahlawan. Jika dulu dipadang ini anda boleh melihat pelancong menaiki kereta lembu sekarang ianya sudah berubah sama sekali dengan para pelancong lebih banyak melihat-lihat gerai-gerai pekedai cina ala hong kong dan beberapa galeri butik melayu. Ibrat tak ubah seperti Berjaya Times Square di KL dan butik butik mewah di sepanjang Bukit Bintang.

Ini petunjuk nyata bahawa pembangunan boleh di bawa oleh mana-mana saja pemimpin jika mereka berminat dan pandai berniaga. Membangunkan negara adalah mudah jika negeri atau negara itu memang sedia kaya seperti Malaysia. Hasil minyak kita melimpah ruah cukup untuk setiap individu rakyat. Saya yakin jika hasil minyak ini di urus dengan lebih baik maka setiap individu masyarakat malaysia taraf hidupnya lebih baik, tiada lagi kemiskinan tegar, sudah lama kita nikmati gaji minimum dan kesihatan , pendidikan percuma.

Tetapi pembangunan yang mapan, estetik dan berbudaya tidak ramai pemimpin yang mampu menghadamnya. Kita memerlukan pemimpin yang mampu membawa pembangunan yang mapan (sustainable development) tidak menolak inti sejarah dan mengambil kira faktor budaya dan seni. Musnahnya padang pahlawan ialah indikasi penting bahawa kita sudah ketandusan pemimpin yang berciri di atas. Tiada lagi pembangunan hadhari yang kita harapkan selain dari pada slogan semata-mata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: