Dari Mauritania Ke Melaka

Saya baru sahaja pulang dari Mauritania kerana tuntutan tugas. Saya anggap misi saya ke sana berjaya dan sedikit sebanyak membantu rakan-rakan di sana meneruskan operasi dengan baik. Mauritania sebuah negara yang senyap, tiada siapa mungkin mengenali Mauritania lebih dari Maghribi. Sebenarnnya negara Afrika Barat ini tidaklah seperti yang digambarkan dengan keganasan. Maklumlah beberapa hari sebelum saya tiba ke sana berita CNN menyiarkan berita pembunuhan sebuah keluarga pelancong Perancis di utara Mauritania. Negara ini digambarkan sebagai lubuk terbaru Al-Qaeda.

Saya perhatikan masyarakat di sana baik hati dan senang untuk berbicara mereka juga rakyat yang bijak tetapi kurang pendedahan. Boleh dimajukan jika kita ikhlas dan mereka bekerja dengan rakin dan setia. Di sana ada dua kelompok terbesar iaitu Arab Barbar dan orang kulit hitam Afrika yang datang dari bayak pelosok negara Afrika ke sini . Golongan “black” ini dianggap sebagai penduduk kelas dua dan banyak menjadi buruh di sini. Arab seperti biasa dianggap sebagai tuan dan golongan kaya di sini. Jika melancong pun mereka tidak membeli belah di sini , saya rasa tiada masalah bagi golongan Arab ini terbang ulang alik ke Paris atau tidak pun ke Casablanca.

Jika dilihat dari kemudahan asas dan kemajuan di ibu negerinya Nouakchott memanglah tiada apa -apa yang boleh dibanggakan , banyak perkara asas yang masih bellum selesai. Jalan-jalannya masih banyak yang belum diturap , debu di sana sini, pengemis pengemis bergelandangan di tepi dan di tengah jalan! menurut tukang pandu kami kebanyakkan pengemis pengemis ini bukanlah rakyat tempatan, tetapi perlarian yang datang dari negara-negara jiran yang lebih miskin dan dilanda perang saudara seperti Sierra Leon, Mali ataupun Chad.

Walauapa pun saya optimistik rakyat Mauritania jika dibentuk dan merasa sedikit kekayaan negara mereka dengan minyak mereka boleh maju!

Selepas dua hari pulang saya ke Melaka pula. Melaka bukanlah negeri asing kepada saya kerana selama 10 tahun saya tinggal di sana semasa di sekolah menengah di Batu Berendam. Saya fikir sudah lebih 6 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke sini. Memang benar Melaka sudah banyak berubah dan kemajuan pesat di sni amat membanggakan. Jalan-jalan raya baru berkualiti tinggi, bangunan dan kompleks baru tumbuh bagai cendawan. Memang benar Melaka diuruskan dengan baik dan sentiasa kelihatan bersih. Inilah negeri pertama orang melayu yang saya amat banggakan negerinya tersusun dan menampakkan ciri-ciri negeri maju. Bunga bungaan ditepi jalan dihias indah dan di susun dengan baik. Tiada vandalisme setakat ini. Sungai di Kg Morten masih indah tiada sampah di arus sungai. Tempat-tempat makan tumbuh bagai cendawan dan tempat makan kegemaran saya kepala ikan di semabok masih ada dan tengahari ini saya ingin ke sana… Melaka engkau sungguh bertuah kerana mempunyai pimpinan negeri yang baik. Tahniah Melaka!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: