Slogan Membantutkan Pemikiran

Sekali lagi Prof Ungku Aziz dengan selambanya semasa diterumah oleh TV3 semalam mengulangi pendirian beliau tentang perlunya pendidikan di Malaysia dinilai semula tentang keberkesananya menghasilkan manusia yang “berpendidikan”. Beliau menyatakan pendidikan adalan penyerapan maklumat dan ilmu mengikut peringkat umur. Misalnya pada pra-sekolah murid di ajar ini “Pokok” dan dalam Bahasa Inggeris disebut “Tree”. Di peringkat sekolah rendah maklumat ini akan dikembangkan lagi dengan memberitahu murid “pokok biasanya berwarna hijau” atau dalam Bahasa Inggeris “Tree is usually green in colour”. Di peringkat sekolah menengah murid akan di kembangkan lagi pengetahuannya untuk mengatakan pokok berwarna hijau kerana kandungan klorofil di dalam daunnya. Begitulah seterusnya isu Pokok ini kan terus dikembangkan mengikut peringkat umur dan pengajian. Pendek kata, ilmu-ilmu asas perlu diajar terlebih dahulu dengan berkesan mengikut peringkat yang sepatutnya bagi meastikan seseorang murid itu faham apa yang diajarkan. Jangan jadi seperti burung “kakaktua” seperti kata Khoo Khay Kim semalam. Pendidikan hari ini lebih menuntut pelajar untuk menghafal dan meluahkan kembali di dalam peperiksaan.

Dan menurutnya Prof Ungku Aziz kurangkan slogan itu dan ini kerana slogan tidak mengajak rakyat berfikir dan menyoal malah untuk menurut slogan tersebut tanpa memahami ertinya. Apatah lagi slogan itu selalunya aakan membantutkan minda!

1 Komen

  1. khairulnizambakeri said,

    Januari 9, 2008 pada 3:49 pm

    Itulah yang Ayahanda Lah kita suka buat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: