Selepas Martin Luther ada Obama

Sebelum ini saya tidak ambil pusing sangat dengan pemilihan presiden Amerika. Paling akhir yang saya ingat 3-4 tahun lepas semasa saya di New York ada menonton televisyen US yang secara ulang dan terus terusan menyiarkan debat dan pidato Kerry dan Bush. Itu dulu , kerana tidak ambil pusing sebab mereka pada mata saya kurang karisma.

Tetapi kali ini Obama agak sedikit berlainan macam ada aura, pidatonya tidaklah berapi tetapi memukau dengan cara, polisi dan bahasa yang digunakan. Go fo Change! Let’s unite ialah antara “buzz word” yang beliau warwarkan sepanjan kempen. Memang sesuai reformasi yang beliau nak lakukan sebab sebelum ini belum pernah orang kulit hitam menjadi Presiden. Orang kulit hitam di Amerika , wujud hasil daripada dunia barat terutama British dan Sepanyol yang menjajah New World ini dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk membuka  tanah. Maka perhambaan dijadikan cara untuk memanipulasi orang-orang tempatan seperti Indian dan Aztec untuk memenuhi keperluan nafsu serakah orang-orang eropah yang menjajah. Tidak cukup dengan itu mereka diambil secara pukal da n beramai-ramai dari Afrika dan di bawa ke Amerika sekarang untuk di perhambakan.

Teringat saya kepada Martin Luther King pemimpin agama karismatik kulit hitam yang juga pernah menyeru kepada perubahan di tanah amerika ini. Beliau menyeru kepda “social equality” Cara dan gaya Obama dan King saling tidak tumpah. Orang kulit hitam akhirnya perlu bersyukur dan perku sokong kuat OBama kerana selepas King akhirnya pemimpin karismatik yang ditunngu selama ini telah tiba, itulah Obama!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: