Wacana Islam Liberal

Sudah terlalu lama saya ingin menyinggung serba sedikit mengenai wacana Islam Liberal ini. Saya terpanggil mencoretkan sedikit buah fikit saya mengenai pekara ini setelah beberapa ornag kenalan terutama dari Singapura mecadangkan saya untuk memberi buah fikir akan hal ini. Bagi saya Islam Liberal ini adalah berpunca dari satu faham pereneliasime yang mengatakan semua agama itu sama. Walaupun orang yg berfahaman Islam Liberal ini mungkin tidak secara terus terang mengakui mereka mempunyai faham sedemikian tetapi kebanyakkannya bersetuju bahawa semua agama itu adalah sama dan sesiapa yang berbuat kebaikan tanpa mengira agama layak dibalas syurga dan kebaikan di akhirat nanti.

Faham ini berteraskan falsafah Rene Descartes yang mengutarakan konsep “I think therefore I am” yang bermaksud kebenaran itu adakah bergantung kepada apa yang saya fikirkan.Kebenaran itu adalah hak mutlak seseorang individu dan dia berhak menentukan suatu perkara itu benar atau tidak. Dalam kata lain , kebenaran itu bersifat nisbi dan subjektif tidak ada satu “benchmark”yang boleh digariskan untuk menentukan sesuatu itu benar atau tidak.

Bagi golongan faham Islam Liberal ini mereka ialah golongan atas pagar yang masih mengakui Islam dan syariatnya tetapi berada di dalam keadaan dilema kerana turut juga tertarik dan terpikat untuk mengatakan bahawa setiap kebenaran itu bersifat subjektif dan seseorang individu berhak untuk menentukan kebenarannya sendiri berdasarkan pengetahuan dan pemikirannya.

Saya menganggap orang faham Islam Liberal terperangkan di antara penganut Islam dan syariatnya yang benar patuh dan faham falsafah “I think therefore I am” yang cukup menarik dan “appealling” untuk dimanisfestasikan dalam keadaan zaman yang edan dan mencabar terhadap Islam.

Faham seperti ini bukan sahaja berlaku sekarang tetapi sudah diperdebatkan sejak dulu lagi semenjak dari Zaman Greek di mana golongan Sofis yang hartawan dan berpengaruh sentiasa mempengaruhi masyarakat Greek dgn pidati mereka yang berapi tentang tiadanya ultimate truth ata kebenaran yang hakiki. Kebenaran adalah bersifat subjektif dan bergantung kepada individu untuk menafsirkannya. Maka untuk menentang pemikiran itu maka timbullah tiga ahli falsafah agung Greek (the three gangs)  Socrates, Plato dan Arsitotle yang menempelak pemikiran tersebut dan berhujah secara dialektika dan penulisan yang megatakan ada kebenaran yanghakiki (ultimate truth). Socrates misalnya sanggup mati untuk berjuang bagi menmepelak pemikiran songsang seperti ini.

Di zaman edan ini kita perlu Socrates baru untuk menempelak pemikiran faham liberal ini. Jika tidak pun saya harap umat Islam perlu sedar bahaya pemikiran ini dan sentiasa berhati-hati dengan daya penarik yang ada dalam faham ini.

4 Komen

  1. adit said,

    November 13, 2007 pada 4:13 pm

    Thank you for the “I think, therefore I am” notion… now I know what it actually means😉

  2. November 13, 2007 pada 9:34 pm

    Kepada Sdr. Adit,

    Terima kasih kerna sudi singgah jika ada kelapangan kita mungkin boleh ngobrol lagi tentang hal ini, kepada rakan rakan di luar sana saya ingin dengan pendapat anda semua.

  3. Zul said,

    November 14, 2007 pada 9:45 am

    Salam hormat kpd sahabatku Jamizal,
    Kenapa kamu suka guna perkataan ngoborol?ha ha.

  4. Disember 28, 2007 pada 1:38 am

    Islam Liberal didukung oleh Al Baqarah (2) ayat 148.

    Untuk jelanya pembahasan kami telah menerbitkan buku panduan terhadap kitab-kitab suci agama-agama berjudul:

    “BHINNEKA CATUR SILA TUNGGAL IKA”
    berikut 4 macam lampiran acuan:
    “SKEMA TUNGGAL ILMU LADUNI TEMPAT ACUAN AYAT KITAB SUCI TENTANG KESATUAN AGAMA (GLOBALISASI)”
    hasil karya tulis ilmiah otodidak penelitian terhadap isi kitab-kitab suci agama-agama selama 25 tahun oleh:
    “SOEGANA GANDAKOESOEMA”
    dengan penerbit:
    GOD-A CENTRE”
    dan mendapat sambutan hangat tertulis dari:
    “DEPARTEMEN AGAMA REPUBLIK INDONESIA” DitJen Bimas Buddha, umat Kristiani dan tokoh Islam Pakistan.

    Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: