Travelogue Spain: Cardiff-Bristol-Madrid

Makan Pagi di Warung Inggeris (Cardiff)

Hotel Tavelodge tempat Kami Tinggal 

Beberapa hari meluangkan masa di Cardif, kami adik beradik rasa bercadang untuk mengambil peluang sdh berada di Cardiff utk ke Spain. Memandangkan adik yang akan pulang ke Malaysia selepas mendapat segulung ijazah, inilah peluang yang dinantikan sekali seumur hidup untuk benar-benar berjalan dan ronda-ronda 360 darjah ke seluruh eropah. Kota London sudah tidak asing bagi ku kerana sudah dua tiga kali aku ke sini kerana urusan rasmi dulu atau sewaktu menghantar adik semasa dia mula mendaftar diri di university Cardiff. Maka kami merancang alangkah baiknya untuk cuba melihat-lihat negara lain selain daripada negara bekas kolonial negara kita ini.

Maka setelah berkira-kira dan berfikir dan tempat yang berbaloi untuk pergi dengan masa dan budget yang terhad (ingat pusing-pusing disini bukan murah di London RM7 = 1 pound ketika itu) maka kami memilih Madrid. Ya Madrid! Espana! Sepanyol! bolehlah tukaran wang di sana mengikut Euro , tukaran ke ringgit Malaysia agak baik berbanding di London. Adik yang ketika itu terkasima dengan cadangan kami, lantas terus ke menghubungi easy jet untuk membuat tempahan penerbangan terus dari Bristol ke Madrid. Ya untuk pengetahuan, lapangan terbang terdekat dari Cardiff ialah di Bristol . Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit menggunakan jalan darat. Kami merancag menggunakan perkhidmatan teksi saja ke sana.

Esoknya setelah tiga tiket diperolehi dari Easy Jet maka kami bersiap sedia mengemas barang dari hotel di Cardiff. Ya lupa nak beritahu bahawa rombongan kami terdiri daripada 4 orang . Adik aku yang memang di Cardiff, Adik aku yang datang ke sini juga untuk libor yang kini bertugas di Port Dickson, my uncle seorang usahawan di Kedah (kadang-kadang merangkap financier kami sepanjang perjalanan he he)

Pagi ini kami bangun awal dan segera bingkas bangun mengisi perut di sebuah warung Inggeris di seberang jalan hotel kami tinggal. Biasalah kami memesan makanan Inggeris bersama omellete. Kena betul-betul isi perut kerana dijangka hari ini kami akan banyak berjalan dan berlari. Berjalan mengejar teksi dan berlari menaiki kapal terbang. Berselera kami makan , maklumlah hari ini sajalah kami benar-benar berbelanja untuk makanan kerana beberapa hari sebelum ini kami hanya memasak Brahim, Maggi dan beberapa makanan segera yang lain kerana berjimat kononnya. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi disini. Biasalah di sini 9.00 pagi menurut adik aku masih terlalu awal kebanyakan penduduk masih lagi tidur. Pukul 9.30 a.m sebelum kami meninggalkan Cardif ke Madrid…adik aku mengambil peluang mengajak kami mengambil peluang terakhirnya pusing-pusing di sekitar Cardiff. Ya kami nak melawat Cardiff Stadium dan beberapa Garrison , kota purba di Cardif….

3 Komen

  1. Zul said,

    November 5, 2007 pada 12:19 pm

    Ini amat menarik.Aku menunggu dengan penuh sabar bahagian seterusnya.Juga gambar-gambar menarik di sana.

  2. rastom said,

    November 19, 2007 pada 8:54 pm

    Syabas! Sekurang kurang boleh numpang numpang rasa merantau dengan membaca. Terima kasih!

  3. leokid said,

    November 20, 2007 pada 1:41 am

    sy bercadang nk ke espana juga cuti winter ini. mahu melihat peninggalan andalusia di granada dan cordoba.

    mohon update perjalanan tuan di madrid. moga dapat tips mengembara di bumi Sepanyol itu.🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: