Pengantar: Travelogue Spain

Sebahagian gambar menarik disini:

Keindahan Taman Al-Hambra

Di Hadapan Pintu Masuk La Hambra

Ramai sahabat-sahabat yang mencadangkan untuk saya merakamkan kisah-kisah dan pengalaman saya selama dua minggu di London, Spain dan Gibraltar. Saya ibaratkan perjalanan saya ke sana pada bulan Ogos tahun lepas 2007 adalah secara kebetulan sahaja. Maklumlah niat awal hanyalah untuk menziarahi adik yang pada masa itu akan menerima sekeping ijazahnya di Cardiff. Tapi entah bagaimana terdetik pula untuk ke tanah Isabella dan Aragorn (Spain). Pengembaraan saya tempoh hari menarik dalam erti kata ianya tidak dirancang dan keduanya “budget travel” maklumlah eksekutif cabuk seperti aku mungkin tidak mampu untuk bermewah mewah semasa di sana. Sudah setahun berlalu , mngkin kah saya dapat imaginasi kembali ingatan dan kisah-kisah disana memandangkan sudah setahun peristiwa pengambaraan itu berlalu. Mungkin tuhan tahu bahawa suatu hari nanti saya akan menukilkan sesuatu, maka banyak catatan, tiket, kertas coreng, tisu bercatatan, dan hardrive laptop yang saya sempatkan coretkan sesuatu semasa berada di sana. Mungkin catatan-catatan ringkas ini dapat saya berkongsi rasa dan pengamatan saya semasa di sana. Pengalaman saya diserang monyet perang di atas bukit Gibraltar, Pengalaman sesat di Granada, Berada di hotel murah di Madrid, Memandu Pacuan 4 Roda dari Madrid ke Malaga, Melihat kemalangan dasyat di lebuhraya Madrid-Malaga, Suasana Damai Ajjezira, Disoal siasat Imigresen di London dan Madrid, Terjumpa SB Malaysia di Sri Lanka, Kenangan Indah di Masjid Cordoba, Istana Nasrid dan Taman Bunganya yang Indah, dan banyak lagi catatan-catatan menarik yang akan saya muatkan.

Catatan-catatan ini hanyalah atas dasar pengalaman saya, apa yang saya pandang, dengar dan lihat sepanjang dua minggu tersebut. Setakat boleh saya cuba padamkan catatan-catatan ini dari  maklumat luar saya dapati dari sumber luar supaya catatan ini lebih asli, tulen dan benar-benar bersifat pengamatan sendiri terhadap keadaan sekeliling. Moga rakan-rakan diluar sana dapat sama berkongsi rasa dengan perjalanan kecil amat-amati di negara orang…

3 Komen

  1. Zul said,

    Oktober 31, 2007 pada 12:29 pm

    Jatt,,kalau boleh perincikan perbelanjaan kau di sana.Mana tahu aku boleh gunakan sebagai panduan kalau mahu ke sana.
    Bila mahu cerita ni? Cepat lah!…
    tolong!

  2. Zul said,

    Oktober 31, 2007 pada 12:30 pm

    Cepatlah cerita.Banyak peminat blog kau yang tanya ni.he he

  3. Oktober 31, 2007 pada 8:04 pm

    Untuk pengetahuan sdr zoy adalah antara peminat Spain he he selain daripada seniman muda “pakcik”.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: