Yang Mara dan Yang Kecundang

Tahniah kepada pasangan beregu negara Tan Boon Heong-Koo Kien Kiat yang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Akhir Badmiton Terbuka Denmark dengan mengenepikan jagoan Indonesia Markis Kidol dengan mudah. Selepas prestasi hambar sebelum ini kerana dikatakan mempunyai masalah peribadi sesama mereka. Kedua pasangan muda negara ini bingkas bangun setelah dikritik oleh jurulatih beregu negara Rexy Mainacky sebagai besar kepala. Saya melihat kejayaan mereka bukan hanya disebabkan bakat tetapi kaedah kejurulatihan yang digunakan oleh Rexy. Cara Rexy yang ala Misbun ini tegas, no nonsense person sebenarnya banyak meningkatkan prestasi beregu negara kita. Saya tak nafikan disebabkan sumbangan beliau beliau layak diberikan taraf PR oleh Kerajaan. Maklumlah selepas Razif Jailani dan beregu veteran Choon Tang Fook Lee Wan Wah kita memerlukan pemain pelapis yang handal dan jagoan. Akhirnya kita berjaya melahirkan Koo Kien Keat -Tan Boon Heong yang setakat blog ini ditulis masih lagi oemain nombor satu dunia.

Ini yang mara bagaimana pula dengan Nicol yang terus kecundang. Selepas gagal untuk mencipta hatrik pada Terbuka British, Nicol dikejutkan lagi dengan tewanya beliau di pusingan pertama pada Kejohanan Dunia. Mungkin Nicol sudah merasakan tiada apa lagi yang perlu beliau capai kerana boleh dikatakan semua kejohanan sudah digapainya. tetapi beliau masih muda dan perlu untuk Nicol untuk bertahan di no wahid dengan lebih lama lagi supaya Nicol tidak dicop sebagai jagoan sebentar sahaja seperti Hafiz Hashim yang terus dan terus tenggelam selepas mengapai juara kejohanan seluruh England. Ini yang harus dielakkan oleh Nicol kerana pelaburan MSN kepada beliau bukan sedikit.

Malam ini didoakan Koo Kien Kiat dan tan Boon Heong dapat mencipata kejaayan sekali lagi dengan menewaskan beregu Denmark. Malaysia Boleh!

1 Komen

  1. khairulnizambakeri said,

    Oktober 31, 2007 pada 7:09 pm

    Nicol memang comel!
    Hee.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: