Tahniah BPR!

Go to fullsize imageThe Star pagi ini melaporkan tindakan pendakwaan akan diambil ke atas beberapa pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan  dan Kementerian Wanita yang terlibat dalam penyelewangan wang rakyat seperti yang dilaporkan dalam Auditor’s General Report. Saya mengucapkan tahniah kepada BPR kerana ini lah pertama kali hasil laporan A-G Report diambil tindakan sewajarnya oleh Kerajaan. Diharapkan semua penyelewengan yang dilaporkan disiasat oleh Kerajaan supaya laporan tersebut lebih bernilai dan dipandang tinggi oleh masyarakat jika sebelum ini ianya hanya dibakulsampahkan tanpa mendapat tindakan lanjut dari Kerajaan.

Saya ada sedikit keyakinan dengan tindakan ini tapi jgnlah hanya hangat-hangat tahi ayam patut diteruskan lagi selepas ini membanteras rasuah ke akar umbi. Tahniah sekali lagi, sedikit sebanyak saya rasa sedikit gumbira kerana sudah bersedih sekian lama.

10 Komen

  1. Zul said,

    Oktober 24, 2007 pada 10:37 am

    Jat,apa jadi kepada blog lama?

  2. Zul said,

    Oktober 24, 2007 pada 10:39 am

    Aku rasa kau patut cerita banyak pengalaman ke Sepanyol dulu.Banyak gambar yang kau ambil menarik.

  3. Zul said,

    Oktober 24, 2007 pada 10:40 am

    Ha ha ha.Dua komen di atas tiada kena mengena dengan entri kau.Sebabnya aku rasa kes di atas ni jadi kambing hitam sahaja.
    Pilihan raya sudah dekat.

  4. Affuan said,

    Oktober 24, 2007 pada 5:31 pm

    Jangan pula itu adalah sketsa politik bagi menambat undi. Harap2 la tidak begitu.. Heh Heh..😀

  5. Oktober 24, 2007 pada 8:31 pm

    Zoy,

    Terima Kasih kerna sudi singgah, from now on this is my actual blog. The other blog cease to be in operation. Hah nasib baik hang ingatkan aku tentang pengembaraan di Spain dulu. Ya aku akan mulakan balik memandangkan ingatan ke sana dulu masih fresh dalam kepala nie. Cuma masalahnya aku tak berapa mahir lagi uploadkan gambarnya di dalam wordpress nie, unless hang boleh bantu.

  6. white rose said,

    Oktober 24, 2007 pada 8:37 pm

    Setelah membaca ucapan tahniah ni, saya teruja hendak membuat hujahan balasan. Janganlah harapnya jadi hangat2 tahi ayam je usaha BPR ni yek..Tapi if byk sgt tangkapan dan kes rasuah dibawa ke Mahkamah beban yg ditanggung oleh DPP lg berat la nampaknya. Tak tido malam la DPP2 ni wat kerja…Cian kt DPP. Salam sayang dari White Rose

  7. Pak Uda said,

    Oktober 24, 2007 pada 11:08 pm

    BPR dah mula tunjuk taring… namun aku masih belum yakin…. ikan bilis dikejar habis-habisan… ikan jerung & dugong dibiar lepas bebas… sukar nak dibuktikan selalunya… teringat aku pada kes Zulkifli…

    Harap2 bukan gimik pilihanraya aje lah ye, kununnye Pak Lah buat kerja…

    Ini bukti rasuah dah mengakar umbi dalam kerajaan, dalam masyarakat, dalam negara tercinta… alahai Malaysia…

    jangan sampai Tuhan turunkan bala…sebab noda & dosa rasuah berleluasa…

  8. rastom said,

    Oktober 24, 2007 pada 11:34 pm

    Sdr jamizalzainol,

    Pernah ke Spain? Bagus juga kalau titipkan unsur unsur semacam travelogue di Spain di dalam blog, pasti menarik pengalaman di sana. Berkenaan BPR dan “sekonyong konyong gejolak kerja keras” saya terus jadi skeptik. Bukan kerana apa tetapi melihat kepada organ termulia kerajaan yang kita awali dengan gelaran hormat “Yang Arif” pun terpalit noda atau seakan kelihatan terpalit, maka apa lagi organ organ lazimnya yang biasa-biasa, yang terpaksa tunduk bila menghadiri kamar-kamar Yang Arif tersebut.

  9. Zul said,

    Oktober 25, 2007 pada 9:51 am

    Saya sependapat dgn Pak Rastom.
    Kpd empunya blog Jamizal atau lebih mesra kami panggil Jatt,kau tulis lah semula cerita di Sepanyol tu.Bukan semua orang ada peluang ke sana.Pengalaman itu amat berharga untuk dibiarkan begitu sahaja di dalam ingatan kau sendiri.
    Mana tahu ada hati yang tersentuh.Aku belum kau tulis lagi dah berminat nak baca.ha ha

  10. Zul said,

    Oktober 26, 2007 pada 9:54 am

    Pak Uda,
    Itu dugong jangan masuk dlm cerita ni.Sebab dugong dah pupus kat perairan Malaysia.Jerung banyak dan makin besar.Jadi raksasa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: