Video Lingam: Anwar Perlu Dedah Bahagian Ke-2

 

Sedang saya menikmati teh tarik dan roti canai kuah banjir sebentar tadi di Restoran Jalal, mata saya tertumpu kepada muka hadapan Utusan Malaysia mengenai Anwar Ibrahim akan disoal siasat sekali lagi oleh BPR mengenai isu Video Lingam esok (Isnin). Antara perkara yang akan didesak oleh BPR esok ialah meminta memaksa Anwar Ibrahim mendedahkan Bahagian ke-2 video berkenaan. Mungkin Anwar akan terus bertegas untuk Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebelum pendedahan dibuat memandangkan ada beberapa individu akan dikaitkan di bahagian berkenaan. Bagi saya tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi, Anwar perlu dedahkan bahagian ke-2 tersebut supaya rakyat Malaysia dapat mengetahui individu-individu yang terlibat. Inilah masanya supaya pendakwaan dapat dijalankan dan individu-individu yang terlibat disoalsiasat oleh pihak berkuasa negara ini. Walaupun Anwar menafikan bahawa pita itu disunting tetapi pendedahan awal mengatakan ada bahagian ke-2 menyebabkan BPR beranggapan bahawa pita itu tidak lengkap dan dianggap sebagai satu suntigan kerana ia telah dibahagikan kepada dua bahagian secara sengaja (deliberately done). Saya merasakan Anwar tidak perlu takut untuk mendedahkannya kerana rakyat Malaysia juga patut tahu secara telus berkenaan pita tersebut unless jika Anwar merasakan masanya tidak sesuai kerana tarikh pilihanraya masih jadi tandatanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: