Pertahan Perlembagaan Maknanya Pertahan Melayu

Saya agak gelihati melihat gelagat beberapa orang tokoh melayu yang berdegang-degang menyuarakan ketuanan Melayu. Selepas rakyat bersuara melalui peti undi tempoh hari tanpa mengira kaum dan agama, beberapa kelompok yang kononnya cintakan ketuanan Melayu mengadakan rapat dan pertemuan itu dan ini bagi membincangkan masalah Melayu. Bagi mereka melayu sudah terpinggir kerana gasirnya kerusi Barisan Nasional di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri. Bagi mereka ketuanan Melayu diukur melalui berapa banyak kerusi yang pemimpin Melayu pegang di Parlimen mahupun DUN.

Sebenarnya, paradigma itu silap dan terpesong. Ketuanan Melayu bermaksud kembali mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan perlu direkayasa dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Merekayasa Perlembagaan bermakna mendaulat Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan hak-hak istimewa “bumiputera”, kebebasan suruhanjaya SPR dan Kehakiman dan menghormati hak asasi manusia dan institusi diraja.

Pakatan Rakyat di dalam manifesto mereka mewar-war perlunya rakyat mendaulatkan balik Perlembagaan. Setelah 50 tahun beberapa pencabulan Perlembagaan telah pun dilihat secara jelas antara lain:

a) Krisis kehakiman 1988 di mana Ketua Hakim Negara telah dipecat kerana tiadanya persefahaman dengan Eksekutif;

b) Krisis keyakinan rakyat terhadap kebebasan SPR bagi memandu pilihanraya negara ini dengan masih wujudnya beberapa perkara yang menimbulkan perbahasan seperti keperluan undi pos;

c) tiada lagi bantuan pelajaran biasiswa kepada Bumiputera ke pelajaran tinggi, kini semua hanyalah pinjaman seperti PTPTN di mana pelajar telah diajar berhutang sebaik sahaja mereka selesai pengajian;

d) Tanah rizab melayu sudah terhakis memandangkan kerajaan negeri terdahulu sudah mula menukar tanah-tanah rizab kepada tauke-tauke bagi pembangunan yang sedikit nikmatnya pada orang melayu;

e) terhakisnya kedaulatan agama Islam, ingat lagi kes the Zouq di mana pegawai agama di persalahkan kerana mengadakan pemeriksaan keatas pusat hiburan dan mendakwa umat Islam yang mabuk yang diperuntukkan dibawah Enakmen Undang-undang Islam; dan

f) Bagaimana konflik di antara pemerintah dengan Istana di dalam kes perlantikan MB di Perlis dan Terengganu melambangkan terhakisnya hormat terhadap institusi diraja.

Nota-nota di atas ialah sekian banyak pencabulan Perlembagaan yang dilakukan dan lantaran itu ketuanan Melayu semakin disanggah. Disarankan kumpulan-kumpulan cinta Melayu ini memikirkan perkara pokok yang lebih penting daripada mengadakan rapat-rapat dan perkompolan yang mendedangkan slogan semangat-semangatan yang tiada langsung faedahnya pada orang Melayu!.

 

RIGHTS ENTERPRISE

 Go to fullsize image

Semalam sehari suntuk saya menghabiskan masa dengan seorang teman lama, seorang peguam hak asasi manusia. Kami lepak-lepak di Amcorp Mall dan biasalah mamat ini ulat buku dan baru sahaja pulang dari Washington menghabiskan fellowship Humphrey juga di dalam bidang hak asasi.

Pendek kata kami banyak bermuzakarah tentang teori-teori kenegaraan dan bagaimana sepatutnya kebebasan asasi di perlindung dan dipromosikan tanpa menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara. Isu-isu berikut kami bincang dan pecah kepala untuk mendapatkan kesimpulannya:

1) Adakah hak kebebasan mutlak? (abosute freedom)

2) Bagaimana mengimbangkan antara hak asasi dan keselamatan negara.

3) Konsep “minimal state”.

4) Kebebasan sebagai agen pembangunan.

Perkara keempat ialah perkara paling filsafat sekali yang saya masih buntu. Teman saya itu terus memberikan buku karya pemenang hadiah nobel Amartya Sen “Freedom as Development” untuk saya hadam.

Kami bersetuju untuk menyampaikan tentang peri pentingnya kebebasan asasi manusia dalam menuju pembangunan yang mapan , menolak tirani pemerintah yang menekan rakyat.

Maka , petang itu lahirkah RIGHT enterprise yang menjadi wadah kepada matlamat tersebut. Saya telah dilantik menjadi fellownya. Untuk tahun dengan lebih lanjut sila layari www.rightsenterprise.com.

Penggunaan Nama Allah

Disebabkan polemik tentang penggunaan nama “Allah” saya turunkan disini surat dari Persatuan Peguam Syarie kepada YAB Perdana Menteri untuk tatapan semua. Mungkin surat ini serba sedikit dapat membantu kita membuat pendirian berkenaan isu ini.

“Tarikh: 2 Januari 2008

Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA

Assalamualaikum wrmth wbrkth

YAB Datuk Seri ,

BANTAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN “ALLAH” OLEH PENGANUT AGAMA BUKAN ISLAM.

Kami menarik perhatian YAB terhadap perkara di atas, laporan akhbar
dalam
The Star bertarikh 31 Disember 2007 dan Permohonan Bagi Semakan
Kehakiman No R2-25-407-07 yang difailkan oleh Jerry W.A. Dusing @ Jerry
W.
Patel & Sidang Injil Borneo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan
Undangan
Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat
undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan
orang
Islam. Berikutan itu kesemua negeri-negeri di Malaysia kecuali Wilayah
Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telahpun menggubal dan
meluluskan undang-undang berkenaan. YAB sendiri telah menggesa
keempat-empat negeri tersebut di atas berbuat sedemikian dan ianya
telahpun dipersetujui oleh negeri-negeri berkenaan. Namun perkara
tersebut
masih lagi belum menjadi realiti . Tiada penjelasan langsung tentang
kelewatan ini.

Bagi negeri-negeri yang telahpun mempunyai undang-undang tersebut, telah
diperuntukkan adalah menjadi suatu kesalahan menggunakan istilah-istilah
tertentu (termasuk menggunakan perkataan ‘Allah’) bagi kegunaan agama
selain agama Islam.

Walaupun dari sudut penggunaan Bahasa Arab perkataan Allah itu merujuk
kepada Yang Maha Pencipta, tetapi apabila ia disekutukan dengan
perkara-perkara syirik, umat Islam di Malaysia tidak dapat menerimanya.
Apatah lagi, umat Melayu/Islam sudahpun berada dalam keadaan keliru
tentang
agama mereka atas pelbagai faktor, dan sekiranya perkara ini dibenarkan
maka
umat Melayu/Islam akan bertambah-tambah keliru.

Perkataan “Allah” adalah berasal dari bahasa Arab. Sekiranya pihak
Gereja
ingin mengajar kanak-kanak Kristian yang berbahasa Malaysia, kenapa
mereka
tidak menggunakan perkataan Bahasa Malaysia iaitu Tuhan. Kenapakah untuk
istilah ini diambil dalam Bahasa Arab. Sedangkan di Malaysia perkataan
itu
telah sebati bermaksud Allah azzajawalla. Lebih dahsyat lagi beberapa
perkataan lain juga seperti “Baitullah”, “Kaabah” dan “Solat” juga
hendak
digunakan bagi merujuk kepada agama Kristian.

Jelaslah maksud yang tersirat disebalik permohonan mereka ini adalah
untuk
mengelirukan umat Islam yang telah lama menjadi sasaran Kristianisasi
selama
ini. Situasi di Indonesia adalah contoh terbaik bagaimana umat Islam
begitu
mudah di Kristiankan kerana segala perkataan yang berunsur Islam itu
telah
diserapkan ke dalam agama Kristian.

PGSM juga ingin merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keputusan
Kerajaan memperbaharui permit Herald -The Catholic Weekly dalam seksyen
Bahasa Malaysia. Sekiranya tujuannya untuk menyebarkan agama Kristian
kepada
orang bukan Islam kenapakah tidak hanya dibenarkan dibuat di dalam
bahasa
ibunda masing-masing. Ini adalah kerana mengikut Perlembagaan orang
Melayu
adalah orang Islam.

PGSM menuntut agar Kerajaan bertegas melarang sebarang bentuk percubaan
menggugat aqidah orang Islam di Malaysia dan mempertahankan kedaulatan
Islam. Islam adalah jatidiri orang Melayu dan sama sekali tidak boleh
diasingkan dari kehidupan harian.

Oleh yang demikian sebarang keputusan hendaklah juga mengambil kira
kedudukan undang-undang, sensitiviti masyarakat arus perdana Islam dan
juga
apa yang telah sekian lama diamalkan.

Sekian. Wassalam.

“MELETAKKAN HAK KEPADA YANG BERHAK”

Yang benar,

Haji Zainul Rijal Abu Bakar, AMN”

Presiden

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Kedaulatan Negara

Saya sedang meneliti transkrip hujahan lisan kes Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura. Sebagai pengamal undang-undanh penting untuk saya meneliti sendiri hujahan kedua-dua buah negara bagi mendapat gambaran sebenar kes ini. Biasanya keputusan kes biasanya akan diketahui sepeas enam bulan perbicaraan tamat. Antara hujah menarik yang setakat ini saya dapati ialah hujahan Singapura berkenaan konsep kedaulatan atau “sovereignty”. Singapura berhujah kedaulatan bermaksud kekuasaan ke atas rakyat “subject” sesebuah negara dan bukanlah kekuasaan pada wilayah. Parafraf di bawah menerangkan dengan lebih lanjut hujahan mereka:What it means is that the only reliable way to determine whether a particular territory belonged to a ruler is to find out whether the inhabitants pledged allegiance to that ruler. In her Counter-Memorial, Singapore has referred to two such instances directly applicable to Johor. The first is a letter written to the Government of India by the Resident of Singapore, John Crawfurd, regarding the claim of the Temenggong, the local ruler of mainland Johor, to certain islands. Even though other rulers did not dispute the Temenggong’s claim, Crawfurd explained that the claim was “more satisfactorily ascertained by the voluntary and cheerful allegiance yielded to him by the inhabitants”73. In 1849, a British official called Thomson ⎯ the same Thomson who supervised the construction of Horsburgh lighthouse ⎯ undertook a survey of the east coast of Pahang, Johor and adjacent islands. He found that the ownership of some of these islands was uncertain, and that he was only able to determine whether they belonged to Pahang or Johor by asking the inhabitants whom they owed allegiance to.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes ini layarilah www.icj.org. Maka, anda semua dapat menilai sendiri kekuatan kes Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh.

ISA: Apa Kata Anda

 

Mutakhir ini banyak pihak membicarakan penggunaan ISA keatas 5 orang pemimpin HINDRAF termasuk mereka yang menjadi pengamal undang. Perlu diingat di dunia ini hanya ada dua buah negara yang masih “menyimpan ISA” sebagai undang penahanan tanpa bicara iaitu Malaysia dan Singapura. India pada hemat saya juga mempunyai undang-undang mirip ISA tetapi sudah dihapuskan tidak silap saya 2 atau 3 tahun lepas.

Amerika yang kononnya di dakwa oleh Malaysia mempunyai undang-undang mirip ISA iaitu Patriot Act sebenarnya tidak benar! Walaupun Patriot Act ialah juga undang-undang penahanan tanpa bicara tetapi skop aplikasinya ialah pada “immigrants” orang luar dari Amerika. Ia bukan bertujuan untuk menahan “citizen” rakyat Amerika sendiri.

Perlu kita ada perspektif yang betul kerana ISA di Malaysia adalah skop dan applikasinya pada “any person” iaitu sesiapa sahaja yang dirasakan melakukan perkara-perkara yang “prejudicial to the security of the country”.

Memanglah saya tiada masalah untuk tidak menyokong kerajaan untuk menahan 5 pemimpin HINDRAF ini kerana pada hemat saya tindak tanduk mereka memanglah agak keterlaluan terutama apabila mengatakan Malaysia mengamalkan “ethnic cleansing” terhadap orang India di Malaysia. Sepatutnya kemarahan mereka ditujukan kepada Emperor orang INdia sendiri iatu Samy Vellu yang gagal menaiktarafkan kehidupan mereka. Minta Samy Vellu undur! JIka mereka menuntut Samy Vellu Undur! saya yakin Keraajan tidak meng ISAkan mereka malah akan tersensum sinis kerana Kerajaan boleh meminta Samy Vellu menyelesaikan perkara ini sendiri kerana isu ini melibatkan kaum-kaumnya.

Dari dulu lagi saya tidak minta ISA ini dihapuskan kerana sebagai sebuah negara berbilang kaum , agama , bangsa keadaan di Malaysia sangat “fragile” dan rakyatnya rata-rata masih belum matang untuk berbicara tentang perkara-perkara sensitif dengan terbuka. Walaupn begitu masih ada beberapa peruntukan di dalam ISA yang boleh diperbaiki dalammemnuhi tuntutan hak asasi manusia.

Saya masih berpegang dengan prinsip ini bahawa ISA masih perlu dikekalkan dengan sedikit modifikasi.!

Ingin tahu tentang Patriot Act klik disini http://en.wikipedia.org/wiki/USA_PATRIOT_Act

Juga ada saya singkap juga apa kata Dr Rais Yatim tentang ISA yang saya kira cukup baik untuk ditatapi. Sila lihat artikel tersebut di heading atas sekali di bawah tajuk blog ini.

MaleK Husin Menang RM2.5juta

Tiada apa yang lebih menggembirakan pagi ini apabila buat julung-julung kalinya mahkamah telah secara telus mempertikaikan keputusan kerajaan menahan sdr. Malek di bawah ISA. Menurut hakim Y.A Hishamuddin Yunus , polis telah berniat jahat dalam menahan beliau dan soalan-soalan yang dikemukakan semasa tahanan beliau adalah bersifat politik dan lebih berniat mencungkil maklumat-maklumat berkaitan politik. Saya arif sekali Y.A Hishamuddin mungkin tidak akan dinaikkan pangkat dalam perkhidmatannya tetapi keputusan beliau perlu dilihat dengan objektif sekali. Selepas kes Ezam, Y.A Hishamuddin sekali lagi dengan berani mengatakan ISA ialah undang-undang zalim dan menempelak sikap polis terhadap tahanan ISA. Walaubagaimanapun, saya masih menunggu keputusan bertulis pada kes ini dan ingin meneliti secara terperinci butiran penghakimannya sebelum membuat komen lanjut.Y.A Hismamudin telah membuat keputusan keputusan menahan Malek adalah salah dan beliau diberikan pampasan sebanyal RM2.5juta!

Paling ingin saya tunggu dan lihat ialah sikap Jab. Peguam Negara samaada mereka akan merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap kes ini sebelum sdr Malek dapat menikmati RM2.5juta tersebut.

Tahniah Y.A Hishamuddin!