Antara Ektremisme dan Kesederhanaan

Sudah agak lama saya tidak “update” blog ini. Bukan kerana saya sudah jemu dan malas untuk mencoret,tetapi sekarang sedang sibuk menghabiskan dua buah buku yang baru dibeli . Akhir-akhir ini saya semakin memahami mengapa suatu ketika dulu para cerdik pandai mengatakan , perjuangan yang sebenar di dunia ini ialah mendepani pertembungan idea yang semakin rencam , dua buah buku ini yang saya kira terletal dalam kategori “HOCKS” HIgher Order Structural Knowledge dan berkuasa tinggi iaitu:

a) Karya Khaled abou el Fadl : The Great Theft wrestling Islam from extremist; dan

b) Karya Schoun: The Sufisme: Veil and Quintessence

Karya El-Fadl mendalami pertembungan pemikiran dan idea diantara puritan Islam seperti Wahabi, Salafi, Sufisme dan Tasauf, golongan tengah yang percaya kepada kesederhanaan dan golongan Liberal yang percaya bahawa kebebasan individu adalah “awla” dan berada mendapat teratas dalam kehidupan dunia.

Pada hemat saya bersederhana dalam dunia pemikiran dan idea adalah yang terbaik. Buku ini mengutarakan tokoh-okoh sederhana masa kini seperti Muhammad Al-Ghazali dan Yusuf Qardhawi dan jika di Malaysia gerakan Islam seperti ABIM dan PKPIM. Golongan sederhana sekarang sudah mula terpinggir di Malaysia dan ektremisme semakin menular.

Cuba lihat disekelling kita fahaman sufisme di kalangan golongan muda terutama yang berteluku di Bangsar.Dan golongan Wahabi yang mendapat tempat di media-media utama seberanya suatu cabaran alam pemikiran yang memerlukan golongan sederhana untuk memahaminya.

Baru-baru ini beberapa rakan melontarkan idea Jamaludin Ar-Rumi dan Ibn Arabi. Maka keluarlah dari lidah mereka beberapa buzz word seperi wehdatul wujud, kesatuan Agama, kontekstual, teks dan sebagainya. Untuk memahami pemikiran ini maka saya terus sahaja menghadam karya Schuon yang terkenal sebagai pengamal falsafah perenialism dan relativiti.

Setelah saya membaca buku karya Schuon , saya masih belum yakin dengan idea golongan ini. Karya mereka bertambah  kacau bilau dan tiada nexus bagi menyelesaikan permasalahan umat walaupun sudah ada divine text di depan mata yakni al-quran.

Saya lebih menghargai ahli falsafah antikuiti seperi Socrates, Plato dan Aristotle yang berjaya menmbuktikan kewujudan tuhan, konsep kebahagian, dan kebenaran hakiki tanpa adanya wahyu. Mereka ini lebih perlu dihargai daripada golongan ahli falsafah lain yang masih lagi mabuk walaupun adanya teks di hadapan mata.

Kepada anda yang belum membaca buku-buku diatas selamat membaca dan selamat datang ke dunia pemikiran berkuasa tinggi!

Slogan Membantutkan Pemikiran

Sekali lagi Prof Ungku Aziz dengan selambanya semasa diterumah oleh TV3 semalam mengulangi pendirian beliau tentang perlunya pendidikan di Malaysia dinilai semula tentang keberkesananya menghasilkan manusia yang “berpendidikan”. Beliau menyatakan pendidikan adalan penyerapan maklumat dan ilmu mengikut peringkat umur. Misalnya pada pra-sekolah murid di ajar ini “Pokok” dan dalam Bahasa Inggeris disebut “Tree”. Di peringkat sekolah rendah maklumat ini akan dikembangkan lagi dengan memberitahu murid “pokok biasanya berwarna hijau” atau dalam Bahasa Inggeris “Tree is usually green in colour”. Di peringkat sekolah menengah murid akan di kembangkan lagi pengetahuannya untuk mengatakan pokok berwarna hijau kerana kandungan klorofil di dalam daunnya. Begitulah seterusnya isu Pokok ini kan terus dikembangkan mengikut peringkat umur dan pengajian. Pendek kata, ilmu-ilmu asas perlu diajar terlebih dahulu dengan berkesan mengikut peringkat yang sepatutnya bagi meastikan seseorang murid itu faham apa yang diajarkan. Jangan jadi seperti burung “kakaktua” seperti kata Khoo Khay Kim semalam. Pendidikan hari ini lebih menuntut pelajar untuk menghafal dan meluahkan kembali di dalam peperiksaan.

Dan menurutnya Prof Ungku Aziz kurangkan slogan itu dan ini kerana slogan tidak mengajak rakyat berfikir dan menyoal malah untuk menurut slogan tersebut tanpa memahami ertinya. Apatah lagi slogan itu selalunya aakan membantutkan minda!

Newer entries »