Jangan Lupa Lirik Serlah Aznil Nawawi

Saya turut pening memikirkan masalah harga minyak yang cukup tinggi…tau tau sajalah jika harga minyak naik akan ada barang-barang keperluan lain yang akan turut “meletup”. Berapa pula harga roti canai dan teh tarik selepas ini? Kadang-kadang saya terfikir ada “minyak” ke dalam roti canai tu. Tak pa jangan risau kerna , kerajaan kita ni berhemah sentiasa memikirkan nasib rakyat dan segala beban kerajaan ini cukup bijak “berkongsi” beban ini denganĀ  rakyat.

Jgn fikirkan sangat mari kita hiburkan diri. Sekarang malam-malam minggu agak ceria sedikit kerana rancangan terbaru “Jangan Lupa Lirik” yang disiarkan di Astro Ria setiap malam Sabtu dan Ahad. Kalau dulu saya dan isteri akan berteleku di depan kaca tv menonton Akademi Fantasia (walaupun agak hambar kerana pengacaranya kurang meriah) tetapi malam minggu kami lebih ceria dengan rancangan baru Jangan Lupa Lirik dengan pengacara yang hebat Aznil Nawawi. Semua rancangan akan menjadi hebat jika Aznil menjadi pengacaranya. Jika diamat-amati bukan mudah untuk mengacarakan sebuah rancangan tv jika mereka tidak “versatile”. Aznil ialah seorang pengacara yang “versatile”, keletahnya menghiburkan. Penggunaan patah perkataan, ungkapan dan gaya bahasa membayangkan Aznil seorang pengacara yang berilmu dan membaca. Pengamatannya terhadap konsep acara tv dan interaksi dengan peserta mempesonakan.

Tahniah kepada Aznil Nawawi kerana berjaya sebagai pengacara TV yang “versatile”. Dari Rancangan untuk kanak-kanak (Tom Tom Bak), Remaja (Akademi Fantasia) dan Seni Suara (Jangan Lupa Lirik dan Pop Kuiz ) menyerlahkan beliau sebagai seorang yang “versatile” serba boleh. Tidak hanya beliau berada di dalam kelompok suasana tertentu tetapi mampu merentasi kepada ruang-ruang baru dalam bidangnya.

p/s: saya suka kepada “versatility”

8 komen

  1. along berkata,

    Jun 20, 2008 pada 10:10 am

    mcm mana nk masuk dlm rancangan jangan lupa lirik…..

  2. nina berkata,

    Jun 23, 2008 pada 9:25 am

    mcm mana nk masuk dlm rancangan jangan lupa lirik ini yer

  3. zainuddin bin zaidi berkata,

    Ogos 18, 2008 pada 1:49 am

    saya ingin memasuki jangan lupa lirik bagai mana saya tiggal di penang georgetown tolong berikan alamat dimana tempat untuk saya uji bakat jangan lupa lirik untuk saya uji bakat saya nanti hp,019-4733661/04-2835269 e,mail zzxz30@gmail.com/zxzz70@yahoo.com

  4. anne berkata,

    November 7, 2008 pada 1:14 pm

    akum,, mcm mn sy nk sertai jgn lupa lirik nie?? tolong la sgt2.. sy nk sgt masuk.. tq

  5. noraslinda daud berkata,

    Julai 20, 2009 pada 12:58 pm

    mcm mn nak mawuk dlm rancangan janganlupa lirik …..

    utk musim seterusnya.. tq

  6. fiza berkata,

    Ogos 6, 2009 pada 9:08 pm

    hurm,sye suke tgk rncngn jgn lupa lirik…
    macam mane nak masuk rancangan jgn lupa lirik?

  7. puteri berkata,

    Ogos 22, 2009 pada 9:57 pm

    salam…sy pun nak tahu gak,mcm mana nak masuk rancangan nie…

  8. ally berkata,

    Ogos 28, 2009 pada 10:44 am

    saya nak sangat sertai rancangan jangan lupa lirik ni…. geram sangat sangat nak join… gtau la camna nak join…. emel la kalau tahu… ally_patrick@yahoo.com


Kirim Komen