Obama: Suatu Harapan yang Berani

Cuti hujung minggu saya habiskan masa membaca sebuah buku baru yang baru dibeli di Bangsar Village . Buku yang ditulis oleh Senator Barrack Obama iaitu the “Audacity of Hope”  sungguh masyuk dihadam ketika ini apatah lagi dengan kata-kata keramat seperti “politik baru”, “harapan baru” dan “politik isu” yang berkumandang di sana sini di Malaysia sekarang. Obama seperti biasa bermula dengan seorang insan biasa kulit hitam di Amerika yang ingin melihat “new America” lantaran berkecimpung dalam politik demokrasi ala Amerika. Beliau pernah tewas teruk dalam cubaan pertama untuk merebut jawatan ahli kongres demokrat sehingga beliau mencatatkan di dalam bukunya bahawa beliau tersilap mencongak keupayaannya untuk menandingi salah satu kerusi ahli kongres Demokrat waktu itu. Selepas beberapa tahun , luka kekalahan sudah pulih dan beliau tidak jemu-jemu berusaha membantu masyarakat di Illinois melalui khidmat Komuniti dan kerja hakiki beliau sebagai Peguam Hak Asasi Manusia.

Sekarang kita sudah mengetahui selepas pertarungan marathon beliau dengan Hillary Clinton bagi merebut kerusi pencalonan Presiden Amerika bagi parti Demokrat, akhirnya Obama berjaya walaupun perjalanan beliau penuh getir. Buku beliau ditulis semasa beliau bertugas sebagai Sen. Illinois. Jika diamati buku ini mungkin memberi inspirasi kepada politikus-politikus Malaysia yang “percaya” dengan politik baru dan harapan baru. Mungkin saya boleh berkongsi dengan pembaca antara catatan penting beliau dalam bab-bab penting dalam buku ini:

a) Values:-”Indeed, the value of individual freedom  is so deeply ingrained in us that we tend to take it for granted. It is easy to forget that at the time of our nation’s founding this idea was entirely radical in its implications, as radical as Martin Luther’s posting on the church door”

b) Our Constitution:- “Learn the rules…not just the rules, but the precedent as well…not many people bother to learn them these days. Everything is so rushed and by learning the rules it unlock the big kingdom”.

c) Politics:- “Today’s politician understand this. He may not lie, but he understands that there is no great reward in store for those who speak the truth, particularly when the truth may be complicated. The truth may cause consternation; the truth will be attacked; the media wont have teh patience to sort out all the facts and so the public may not know the difference between truth and falsehood.”

Kata-kata di atas adalah antara catatan penting oleh Sen. Obama di dalam buku ini. JIka dilihat kepada pemikiran beliau saya yakin beliau mampu mencipta sejarah sebagai Presiden Kulit Hitam pertama Amerika. Selamat Membaca!

Jangan Lupa Lirik Serlah Aznil Nawawi

Saya turut pening memikirkan masalah harga minyak yang cukup tinggi…tau tau sajalah jika harga minyak naik akan ada barang-barang keperluan lain yang akan turut “meletup”. Berapa pula harga roti canai dan teh tarik selepas ini? Kadang-kadang saya terfikir ada “minyak” ke dalam roti canai tu. Tak pa jangan risau kerna , kerajaan kita ni berhemah sentiasa memikirkan nasib rakyat dan segala beban kerajaan ini cukup bijak “berkongsi” beban ini dengan  rakyat.

Jgn fikirkan sangat mari kita hiburkan diri. Sekarang malam-malam minggu agak ceria sedikit kerana rancangan terbaru “Jangan Lupa Lirik” yang disiarkan di Astro Ria setiap malam Sabtu dan Ahad. Kalau dulu saya dan isteri akan berteleku di depan kaca tv menonton Akademi Fantasia (walaupun agak hambar kerana pengacaranya kurang meriah) tetapi malam minggu kami lebih ceria dengan rancangan baru Jangan Lupa Lirik dengan pengacara yang hebat Aznil Nawawi. Semua rancangan akan menjadi hebat jika Aznil menjadi pengacaranya. Jika diamat-amati bukan mudah untuk mengacarakan sebuah rancangan tv jika mereka tidak “versatile”. Aznil ialah seorang pengacara yang “versatile”, keletahnya menghiburkan. Penggunaan patah perkataan, ungkapan dan gaya bahasa membayangkan Aznil seorang pengacara yang berilmu dan membaca. Pengamatannya terhadap konsep acara tv dan interaksi dengan peserta mempesonakan.

Tahniah kepada Aznil Nawawi kerana berjaya sebagai pengacara TV yang “versatile”. Dari Rancangan untuk kanak-kanak (Tom Tom Bak), Remaja (Akademi Fantasia) dan Seni Suara (Jangan Lupa Lirik dan Pop Kuiz ) menyerlahkan beliau sebagai seorang yang “versatile” serba boleh. Tidak hanya beliau berada di dalam kelompok suasana tertentu tetapi mampu merentasi kepada ruang-ruang baru dalam bidangnya.

p/s: saya suka kepada “versatility”

Harga Minyak Naik Lagi

Esok Kerajaan akan umumkan strategi untuk mengurangkan beban subsidi Kerajaan atas harga minyak. Yang paling nyata, mulai Ogos pengguna akan dibebankan dengan harga minyak yang lebih tinggi. Jika di amat-amati, kaedah yang paling mudah untuk Kerajaan mengurangkan bebanan subsidi ialah dengan meniadakan subsidi dan harga minyak berdasarkan kepada harga pasaran semasa. Jika sekarang dengan subsidi harga minyak lebih kurang RM1.92 seliter maka tanpa subsidi kita mungkin diminta untuk mengeluar RM2.50 bagi seliter minyak.

Dengan tiada tanda-tanda harga minyak akan menurun, malah dengar ceritanya harga minyak dunia akan terus naik hingga mencecah USD150 setong, maka untuk menghapuskan subsidi mungkin langkah yang kurang bijak.

Cara yang saya amati lebih praktikal dengan hanya menjual minyak bersubsidi kepada orang yang benar-benar layak sahaja, Untuk itu , kerjasama dengan Lembaga Hasil sangat penting bagi mengenal pasti mereka yang benar “layak”. Orang yang “layak” akan diberi rebat melalui taksiran cukai pendapatan nanti. Maka nanti kita mungkin dapat melihat borang cukai yang mempunyai kolum rebat untuk jualan minyak. Walauapa pun, dengan pengumuman esok, pengguna pasti akan membayar lebih dan jika cadangan di atas dilaksanakan maka pengguna akan membeli minyak dengan harga pasaran.

Kita tunggu dan lihat keputusan kerajaan esok, dan selepas pengumuman itu tak payahlah pulak  kita pandai-pandai untuk cadangkan kepada Kerajaan menggunakan keuntungan PETRONAS untuk subsidi minyak.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.