
Maka betullah bahawa politik ialah seni serba mungkin. Mana mungkin bahawa suatu hari nanti Ezam yang gaya pidatonya mirip mantan boss beliau Anwar Ibrahim akan kembali kepada UMNO. Arakian, dikhabarkan berita ini akan diterangkan oleh beliau setibanya beliau di Kuala Lumpur minggu hadapan. Beliau sekarang berada di London. Jika benar telahan media bahawa beliau akan kembali kepada UMNO , parti yang paling beliau kritik sejak 10 tahun lepas, maka saya akan terus sahaja membuat kesimpulan seperti berikut:
1) Dalam politik kuasa adalah segala-segalanya. Rakan hanya menjadi rakan apabila diperlukan, untuk kuasa rakan boleh menjadi musuh;
2) Ezam bagi ahli UMNO akan dianggap sebagai talam dua muka kerana tergamak menghunus keris menikam rakannya kembali;
3) Ezam bagi rakan-rakannya di dalam KeADILan akan dianggap sebagai “traitor” kepada perjuangan yang didokonginya selama ini;
4) Mengambil kira risiko di atas, Ezam hanya akan masuk UMNO jika ditawarkan jawatan tinggi dalam kerajaan , saya fikir paling kurang pun mestilah Timbalan Menteri;
5) Sudah tentu sebagai balasan kepada perkara di atas , UMNO menuntut Ezam mendedahkan berapa kotak mancis yang beliau ada bagi mendedahkan segala kelemahan Parti Keadilan Rakyat atau lebih tepat mantan boss beliau Anwar Ibrahim;[ingat lagi tentang beberapa kotak dokumen dahulu]
6) Tamatnya panggilan “wira” dan “pemimpin wibawa” dan “pejuang rakyat” yang sentiasa menjadi miliknya sebelum ini.
Episod ini mendedahkan kepada kita akan beberapa watak desperado dalam kancah politik negara. Biarkah masa, keadaan menentukan episod politik seterusnya…


white rose berkata,
Mei 22, 2008 pada 10:09 pm
saya tertarik dengan rumusan anda. Andalah wira saya…he he just joke… em bagi saya si Ezam itu sudah tidak tahu hala tuju..Nak balik ke pangkal PKR seolah2 menjilat ludah sendiri. Dia pulang ke pangkuan UMNO pun sebagai alat untuk mrndedahkan rahsia2 PKR yang kononnya dia tahu. Tun Mahathir pun dah keluar UMNO. Peliknya, si Ezam masuk UMNO. Memang lawak. kah kah kah
azam berkata,
Mei 23, 2008 pada 3:30 am
Kalaulah benar ezam masuk umno ini satu pertanda bahawa anwar ibrahim akan menyusul kemudian. Ini akan mengesahkan bahawa memang ada konspirasi antara abdullah ahmad badawi, khairy dan anwar. Dan umno dilacurkan, ahli umno ditipu dan rakyat diperbodohkan. Masa akan menentukannya. Tunggu dan lihat!
Anuar Manshor berkata,
Mei 23, 2008 pada 7:21 pm
Keadaan ini saya tidak kecewa. Malah menjadi bahan lawak semasa di warung. Paling mengecewakan apabila Malaysia kalah 12-4 kepada Singapura. Mula-mula kalah 3-2 kepada China. Asyik kalah sahaja!