Mama Rina Makcik yang Hot

Mama Rina

Semalam Mama Rina membuat persembahan pertamanya, beliau menjadi peserta pertama membuat persembahan dan persembahannya bolehlah dikatakan sederhana sahaja walaupun showmanshipnya agak gempak. Paling menarik ialah beliau peserta pertama yang layak digelar makcik di akademi kali ini.

Bolehkah rakyat Malaysia menerima kewujudan “Tina Turner” Malaysia ini. Kita tunggu dan lihat , undi sms setakat ini beliau masih berada di kedudukan di tangga kedua terbawah. Di Malaysia semuanya boleh…

AF6 Adakah Kejutan?

 Rehat seketika dari suhu politik negara, mari kita lihat sebentar kepada kepanasan terkini dalam dunia realiti tv Akademi Fantasia 6, hiburan realiti tv yang lain dari yang lain. Maklumlah saya bukanlah “couch potatoe” yang mata terpacak di hadapan tv sambil mengunyah kuaci. Tetapi pengaruh isteri menyebabkan saya kadang-kala “mengambil tahu” realiti tv kegilaan ramai ini.

Ini kali ke-6 AF bersiaran dah mengisi hari-hari minggu kita dengan konsert kemuncaknya pada setiap malam ahad. Bila siri ke-6 sudah tentu AF juga perlu melakukan beberapa pembaharuan dan “reformasi” supaya ia tetap relevan dan diminati ramai. Tahniah kepada ASTRO kerana reformasi AF nampaknya sungguh besar daripada aspek penaja, format, pengacara dan kezutan kezutannya.

Tak pernah sebelum ini peserta-peserta akan dibawa ke kem bina semangat sebelum terjun ke “gelanggang” dengan alasan untuk bina semangat katanya. Buat pertama kali juga kita tidak lagi melihat kelibat Aznil Nawawi sebagai pengacara. Diari AF dan konsert akan di pandu oleh dua artis berlainan iaitu kak Mah dan AC Mizal. Pengkritik tetap pun dua juga Ogy dan Ning Baizura. Sengaja mereka memilih Ogy kerana komen gempak dan kadang-kala tak kena tempat. Mungkin pengkritik seperti Adlin Aman Ramlie lebih sesuai kerana kritikan “intelektualnya” dan “dual meaning”.

Jika dilihat dari aspek pelajarnya ada pelbagai rencam ,gaya dan umur. Paling senior seorang nenek berusia 44 tahun dan paling muda mungkin belasan tahun. Saya tidak tahu trend pengundi kali ini tetapi tipikal pengundi AF akan mengundi seperti corak berikut:

 a) Faizal dan Saida akan sentiasa mendapat undi tertinggi -faizal akan di ketengahkan sebagai perawak “Mawi” individu islamik, lembut dan bersopan. Saida akan dimomokkan sebagai peserta ala “marsha” akan dianggap queen di dalam akademi kali ini ditambah pula dengan glamornya sebagai kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza.

b) Rina mungkin keluar awal- biasalah orang melayu kita mungkin tidak dapat menerima seorang nenek di dalam AF 6 ini walaupun beliau berbakat.

c) ya siapa bakal jadi klon Dafi dan Adam kali ini- ya saya rasa Nubhan!tak percaya tengok trend pengundi nanti.

d) dan Nadia mirip Amelia showmanship gempak dan berdedikasi sebagai pelajar. Ingat Amelia AF4, pelajar dari Langkawi…kali ini kita ada klonnya Nadia, saya fikir beliau mampu ke akhir dengan showmanshipnya yang menggila dan kemampuan membawa lagu-lagu inggeris dengan lenggok yang betul.

 Banyak lagi trend-trend pengundi yang saya amat-amati kali ini , kalau tak percaya kita lihat konsert pertama mereka  pada malam ini dan lihat corak pengundian. Dengan melihat corak pengundian ada sudah tentu dapat meneka “logos” dan perspektif rakyat Malaysia (Melayu ,Islam) pada gaya, personaliti, nilai, moral, agama dan sosial. Percayalah AF banyak keistimewaannya.

Nik Aziz Kata Kerajaan Sekular Akan Lenyap

Agak tertarik melihat komentar Datuk Nik Aziz Nik Mat di tv semalam. Tidak semena-mena dengan sinis dan bersahaja beliau mengatakan kerajaan BN sekular memang akan lenyap. Walaupun kenyataannya itu mungkin agak keterlaluan tapi dengan episod-episod baru yang melanda kerajaan BN akhir-akhir ini kenyataan itu mungkin ada benarnya. Perletakan jawatan Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Khir Toyo menambah parah UMNO apabila dua hulubalang telah meninggalkan “medan perang” belum sempat panglima utama merawat kembali pasukannya.

Alasan Datuk Radzi bahawa beliau tidak dapat bekerja dengan efisien tanpa jawatan dalam kabinet bolehlah dianggap sebagai alasan “merajuk” dan kecewa dengan pemimpin nombor wahid sekarang. Di katakan kabinet yang dinamik itu sebenarnya masih dipengaruhi oleh “menantu”.

Datuk Seri Khir Toyo yang belum lagi menjadi ketua pembangkang sudah pun mengalah dan meletak jawatan pengerusi BN Selangor atas rasa tanggungjawab. Bila masa pula pemimpin UMNO selalu rasa tanggungjawab atas kelemahan mereka?

Jika trend ini diambil kira maka pemimpin-pemimpin UMNO di Perak dan Kedah juga harus mengambil sikap yang sama dengan meletak jawatan.

Berbalik kepada Nik Aziz sejarah politik negara sentiasa merekodkan persaingan di antara PAS dan UMNO dua buah parti politik terbesar orang Melayu. PAS berjuang menegakkan sebuah negara Islam manakala UMNO adalah parti bersifat nasionalis dan kemelayuan.

UMNO dianggap sekular oleh PAS kerana PAS beranggapan hanya partinya yang membawa ISLAM manakala parti yang lain daripada PAS dianggap sebagai sekular. UMNO mungkin sekular kerana tidak menobatkan secara terang perjuangannya terhadap ISLAM berbanding PAS, tetapi beberapa polisi-polisi kerajaan seperti Islam Hadhari dan penerapan nilai-nilai Islam mungkin boleh dianggap sebagai polisi parti yang membawa Islam ke dalam gelanggang masyarakat dengan “bil-hikmah”.

Walauapa pun tidak ada pihak yang sekular disini, masing-masing ada pendekatan sendiri dalam dakwah dan pembawaan masing-masing. Tsunami politik baru-baru ini ialah tunjuk rasa rakyat yang meluat dengan pemerintah yang sudah tidak menghormati rakyat dan berada begitu selesa sehingga mengecilkan pendirian rakyat terbanyak. Hasilnya BN kehilangan banyak undi dan 5 buah negeri.

Dakwat Kekal dibatal

Pukul 6.30 petang tadi saya terdengar radio 93.9 “sebenar dan semasa” mengumumkan bahawa SPR melalui Pengerusinya Tan Sri Rashid mengumumkan penarikan balik penggunaan dakwat kekal “indelible ink” bagi memastikan integriti pilihanraya kali ini. Alasan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a) atas alasan undang-undang;dan

b) atas alasan ketenteraman awam.

 abdul rashid abdul rahman and spr and general election 130208Ironis kerana asbab-asbab di atas tidak difikir dan dibincangkan sebelum SPR membuat pengumuman penggunaan dakwat kekal. SPR hanya sedar hal ini pada pukul 6.30 petang tadi selepas mesyuarat Suruhanjaya sebentar tadi.

Alasan undang-undang mungkin ada benarnya kerana penggunaan dakwat kekal tidak lagi diwartakan dan dipinda undang-undang pilihanraya untuk mewajibkan semua pengundi ditandakan dengan dakwat khas ini selepas mengundi.

Walaubagaimanapun, hal ini sudah di atasi dengan memberikan pilihan kepada pengundi yang keberatan untuk mengisi Borang B.

Alasan seterusnya ialah alasan ketenteraman awam, saya fikir penarikan balik saat akhir ini mungkin membawa kepada pergolakan dan pergaduhan di antara penyokong pembangkang dan kerajaan.Masing-masing akan tuduh menuduh antara satu sama lain dan jangan terkejut jika demo BERSIH kembali…fikir-fikirkanlah.

Pilihanraya di Terengganu dan Falsafah pilih PM di Malaysia

Masih lagi mengenai politik, dan kehangatannya semakin dirasai , lagi lima hari 10 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar akan mengundi pimpinan peringkat negeri dan parlimen di kawasan masing-masing. Agak berlainan sedikit politik di Malaysia, di mana Perdana Menteri tidak dipilih secara terus oleh rakyat. Rakyat hanya mempunyai hak untuk memilih pemimpin parti di peringkat negeri dan parlimen. Parti yang mempunyai kerusi tertinggi di Parlimen mempunyai hak untuk memilih pemimpin partinya menjadi Perdana Menteri.

Secara tradisi dan atas semangat perkongsian kuasa biasanya pengerusi Barisan Nasional yang memenangi pilihanraya akan dilantik menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi Barisan Nasional secara tradisinya dilantik daripada presiden UMNO dan presiden UMNO dipilih oleh 222 delegasi UMNO setiap dua tahun sekali.Secara jelas yang memilih perdana menteri ialah 222 individu berkuasa yang terdiri daripada ketua-ketua puak dan bahagian UMNO diseluruh malaysia.

Saya baru pulang membuat tinjauan di Terengganu dan merasakan Barisan Nasional akan terus berkuasa di sana, walaubagaimanapun beberapa buah DUN dan PARLIMEN saya yakin akan dikuasai parti bukan kerajaan. DUN Ru Rendang akan kekal milik PAS dan Parlimen Dungun mungkin jatuh ketangan PKR.

Bukannya apa, tetapi faktor perpecahan dalam UMNO sendiri mungkin menjadi faktor kekalahan BN disitu. Beberapa tokoh UMNO termasuk Dato’ Rahman Bakar yang menjadi giant killer kerna menewaskan Hadi Awang telah digugurkan oleh Idris Jusoh…

Parti  bukan kerajaan mengatakan plihanraya kali ini adalah waktu terbaik untuk perubahan…sama-samalah kita saksikan samada impian itu suatu utopia atau suatu kenyataan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.