Terima kasih atas cadangan deretan mauduk yang membicarakan sufisme secara mendalam. Sufisme mula diketengahkan apabila al-Hallaj melafazkan perkataan ana Al-Haq di hadapan pemerintah Abbasiyah. Akibatnya beliau dihukum mati. Saya kira lafaz ini membuktikan bahawa faham “ontological monism” atau lebih dikenali sebgai wehadatul wujud mula meresap masuk dalam fahaman umat Islam.
Agama lain juga turut tidak terkecuali mempunyai fahaman begini seperti Nirvana dan Atma yang mengutarakan konsep kesatuan “Unity” dengan pencipta. Bermula dengan Al-Halaj maka beberapa cendekiawan Muslim terpukau dengan faham ini dan Sufisme mula merebak dengan beberapa aliran faham yang rencam dan pelbagai.
Untuk mencapai kesatuan dengan Pencipta ini ialah objektif utama para penganut bagi mencapai kebahagiaan abadi dan “”ultimate Truth”. Maka golongan sufisme mengutarakan pelbagai jalan dan “salik” dan tarekat bagi mencapai kebahagiaan abadi tersebut.
BUat masa ini saya lebih mula mendalami faham sufisme dengan menelusuri kembali pemikiran Ibn Arabi, kemudian Ar-Rumi dan menyinggug sedikit Syed Hussain Nasr dalam sebuah karya Frithjof Schuon pemikir falsafah Perancis abad ke-20 yang mengutarakan pemikiran falsafah perenialisme.
Saya baru menghadam setengah idea beliau dalam bukunya Sufism:Veil and Quintessence dan setakat ini saya kira beliau hanya pengkaji Sufisme bukan pengamalnya. Lontaran idea beliau belum kukuh dan ada seikit kekeliruan yang jika saya huraikan mungkin tidak cukup untuk saya coretkan disini.
Mungkin saudara boleh mengulas lanjut akan konsep wehdatul wujud ini vdar aspek bagaimana faham ini timbul dan adakah ianya terpahat di Al-Quran?



mra7 berkata,
Mac 1, 2008 pada 11:54 pm
Assalamu’alaikum,
Mungkin saudara Jamizal dan Imran boleh mengundang Sdr.Mohd.Nasir Mohd Tap untuk bicara Sufisme dan Falsafah ini. Dikalangan generasi muda, saya rasa beliau antara yang figura yang resourceful.Sdr.Jamizal pasti masih ingat beliau sewaktu di UIA dahulu..kini beliau merupakan pensyarah di Kolej Dar al Hikmah, Sg.Ramal Dalam. Beliau ada menulis satu kertas kerja yang menarik berkaitan Syekh Sirhindi dan lain-lain tulisan. Tak silap saya email beliau ialah kumandede@gmail.com. Moga bermanfaat.
Sahabat lama,
Canterbury, Kent.
jamizalzainol berkata,
Mac 2, 2008 pada 3:19 pm
mra7,
Terima kasih atas maklumat. Ya Sdr. Mohd Nasir ialah sahabat yang cukup sentimental dalam gerakan mahasiswa semasa kami di UIA. Saya masih teringat bagaimana kami bersengkang mata menyusun dan membahagi kerusi bagi pilihanraya kampus tahun 2001. Tahun itulah buat pertama kalinya PKPIM dan WUFI bergabung tenaga mengharungi pilihanraya secara bersama. Insyallah, saya akan menghubungi beliau untuk berguru dengan lebih lanjut berkenaan hal ini. Madah ini sentiasa menjadi pegangan saya dalam tuntunan ilmu:
“Berburu ke padang datar,
Mendapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
saya berkata,
Mei 11, 2009 pada 3:07 am
saya kira anda berdua tidak memahami perkaitan antara sufism dan falsafah dengan baik mahapun sejarah serta milah-milahnya. Anda berdua hanya mempunyai tidak sampai 1/15 daripada kedua-dua ilmu tersebut. Saudara berdua hanya pandai menggunakan istilah-istilah sufism dan falsafah sahaja serta mengetahui nama-nama tokoh-tokoh sufism dan falsafah sahaja tanpa mengetahui dengan jujur dan sebenar idea-idea yang dibawa oleh mereka. Saya fikir anda berdua tenggelam dalam satu perbincangan yang berpura-pura ilmiah sahaja yang pada hakikatnya anda berdua langsung gagal memahami isi-isi sufism dan falsafah. Saya fikir lebih baik anda berdua mula mengambil kursus falsafah secara formal atau jika sudah saya fikir universiti yang menganugerahkan anda berdua ijazah dalam falsafah itu seharusnya ditutup bagi mengelakkan lebih banyak manusia lain yang menjadi keliru dengan ilmu-ilmunya.