Dialektika Faham Sufisme dan Falsafah #2

Amat-Amati:

“Oh Ya tentang Sufisme, Wahabi menganggap Sufisme sebagai is “..was a Persian import; belief in the intercession of saints and veneration of gravesites; Turkish import; and rationalism and philospophy a Greek import” page 46-47.

Saya kategori idea ini sebagai ekstrim kerana ianya terlampau detail dan mencelarukan perkara yang sepatutnya tidak dicelarukan. Perlepasan diri mereka dari dunia materi tidak cocok dengan tuntutan Islam yang syumul.”

MOHAMED IMRAN:

Terima kasih, Jamizal. Insya Allah, akan saya sampaikan salam pada teman-teman lain.Mengenai kutipan El Fadl, saya sudah ketemu di mukasurat 46-47. Ya, itulah kritik Fadl yang kuat – bukan terhadap Sufisme, tetapi terhadap puritanisme Wahhabi. Kalau dibaca dengan teliti, El Fadl menganggap sikap Wahhabi yang menolak Sufisme atas dasar ianya dianggap asing dari Islam, sebagai suatu kecenderungan ekstrim. Dalam erti kata lain, El Fadl mengkritik Wahhabisme, bukan Sufisme. Ini pendirian El Fadl yang konsisten di dalam kesemua tulisan-tulisannya – contohnya, The Place of Tolerance in Islam dan And God Knows His Soldiers.

Tetapi, ini tidak juga bermaksud Sufisme itu bebas masalah. Yang penting, kita faham mazhab-mazhab Sufi yang ada dan kecenderungan-kecenderungan mereka yang berbeda-beda. Saya kira, sifat toleran, inklusif dan aspek-aspek tazkiyatun nafs mereka itu bisa saja dipuji. Tetapi kecenderungan bebas dunia atau apa yang disebut sebagai “otherworldliness” memang bermasalah. Di dalam hal ini, ada tulisan-tulisan yang saya kira baik dan seimbang dalam menilai aspek-aspek Sufisme/spiritualitas. Sebagai contoh, tulisan Syed Naquib al-Attas (Some Aspects of Sufism in the Malay World) wajar diberi perhatian. Ianya suatu tulisan yang bermutu dalam menilai Sufisme dunia Melayu. Saya juga merekomendasikan tulisan klasik Muhammad ibn Miskawayh (Tahdhib al-Akhlaq) yang memberi penilaian seimbang akan aspek spiritual dan pertanggungjawaban kita di dalam masyarakat. Satu lagi tulisan klasik dunia Melayu yang penting dikaji semula ialah Taj-us-Salatin oleh al-Jauhari. Tulisan al-Jauhari ini berbeza corak Sufisme-nya daripada yang lain – contoh Hamzah Fansuri yang terlalu “otherworldly” dan kerapkala anti-budi (akal).

Kalau saudara berminat, tulisan Fazlur Rahman (Revival and Reform in Islam) juga bagus sebagai permulaan mengkaji perkembangan Sufisme – malah kritik terhadapnya. Juga buku oleh J. Spencer Tirmingham, The Sufi Orders in Islam.

Saya kira, Sufisme berkembang mengikut perubahan sosial. Oleh itu ada berberapa jalur yang harus diakui. Ada yang baik diterima-pakai, ada yang merosak. Terpulang pada setiap individu menilai mengikut pemahaman masing-masing.

~imran

Jangan Takut dengan Schuon.

Siapa Schuon? Pemuka Falsafah Perenialisme. Cuba kembali seperti golongan Sofis pra Socrates? Akan aku huraikan nanti…tunggu…

Buku Baru!

Sempena hari jadi yang ke-30, isteriku menghadiahkan ku sebuah buku baru yang dibelinya di kedai buku Times, Pavillion Kuala Lumpur. Sebelum ini aku sudah pun mempunyai beberapa buah buku falsafah yang lain seperti “magnum opus” Bertrand Russell yang cukup tebal. Bagi saya buku The Story of Philosophy karya Bryan Magee mungkin cukup cocok bagi para pembaca yang ingin tahu perkara asas tentang ahli-ahli falsafah tersohor barat.

Sudah tentu buku terbitan DK publishing ini lebih menarik sebagai pengantar kerana ianya bergambar dan mengupas perkara pokok know who and what dalam bidang falsafah barat.

Saya menyarankan buku ini dibaca oleh semua intelektual sebelum anda meneluku buku dengan tajuk History of Western Philosophy karya Bertrand Russel kerana saya jamin ada mungkin belum cukup stamina untuk menghadamnya. Maka buku ini boleh diibaratkan sebagai “salad” sebelum ada menjamah karya Russell yang ku anggap sebagai “main course”nya.

Jika belum kenyang cubalah “desert” karya Muhammad Hatta penulis indonesia yang menulis buku Alam Pikiran Yunani yang memberi pengantar falsafah Greek secara asasnya.

Dengan salad, main course dan desert di atas sudah cukup buat ada kenyang dan mengantuk di alam falsafah.

Selamat membaca!

p/s: oh ya harga salad ini ialah RM101.95 ada 10% diskaun jika anda ahli Times.