Saya senang jika wacana kita berkenaan sufisme berteraskan sumber “primary” seperti yang sdr sebutkan di atas. Cuma mungkin tersebut di dalam Bahasa Arab dan agak sukar untuk mendapatkan tarjamahannya di dalam Bahasa Inggeris atau Melayu.
Ya kembali kepada Schoun antara tulisannya yang awal ialah berkenaan mauduk “The Transcendent Unity of Religions”. Mungkin tajuk ini ialah tajuk yang paling sensitif terutama di Malaysia. Ini dibuktikan dengan pengharaman buku yang di edit oleh oleh sdr Mustakim “Islam dan Pluralisme”.
Menisbikan sesuatu perkara mungkin agak berbahaya terutama kepada anak muda yang tidak ada asas agama Islam yang kukuh. Penisbian ini membuatkan umat gawat dan keliru akan hakikat kebenaran.
Saya mula teringan perjuangan “the Three Gangs” iaitu Socrates, Plato dan Aristotle yang bersusah payah berdialektika dan membuktikan kepada raktat Athens (Greek) bahawa adanya kebenaran yang hakiki dan menolak fahaman Nisibi/perenial ini.
Misalnya Socrates bisa sahaja memberikan dalil bahawa untuk memesan kepada seorang tukang kursi untuk membuat sebuak kerusi tidak perlu kita katakan begini:
“Wahai tukang kerusi bolehkah saudara buatkan sebuah kerusi yang ada empat kaki dan satu penyandarnya…”
Nah, jelas sekali jika ini lah yang dilafazkan maka sudah tentu ianya janggal sekali. Cukuplah kita berbicara begini:
“Wahai tukang kerusi bolehkah saudara buatkan saya sebuah kerusi?”
Ya, lebih mudah begitu tukang kerusi sudah memahami kehenadak si pemesan kerana semua orang tahu bahawa kerusi itu sifatnya ada 4 kaki dan penyandarnya.
Inilah kaedah dialektika dan logika yang cuba diterapkan oleh Socrates kepada penduduk Athens, bahawa ada perkara yang dikatakan hakiki dan menolak falsafah perenial dan kenisbian.
Saya yakin kembalinya falsafah perenial ini membawa kita kezaman Greek dahulu di mana Socrates, Plato dan Aristotle sudah berjuang habis-habisan untuk menentangnya dan saudara juga tahu akibatnya Socrates diracun.
Maka kita mungkin boleh bersetuju perenialisme dan nisbi tidak dapat diterima di dalam kerangka Al-Quran dan Islam.
Jamizal
9.40 a.m.
PUTRAJAYA



Nampaknya sehingga post ini ditulis, boleh dikatakan semua calon telah ditentukan di parlimen atau adun mana mereka bertanding bagi pilihanraya 2008 kali ini. Baik parti kerajaan atau parti bukan kerajaan , halangan awal penetapan calon sudah selesai kecuali kedudukan calon BN di Perlis yang masih bergelut. Kem Shahidan dan Radzi Sheikh Ahmad masing-masing menunjuk taring untuk berkuasa di Perlis dan tidak mahu mengalah. Sehingga hari ini senarai calon BN Perlis masih belum diumumkan.
Siapa Schuon? Pemuka Falsafah Perenialisme. Cuba kembali seperti golongan Sofis pra Socrates? Akan aku huraikan nanti…tunggu…
Sempena hari jadi yang ke-30, isteriku menghadiahkan ku sebuah buku baru yang dibelinya di kedai buku Times, Pavillion Kuala Lumpur. Sebelum ini aku sudah pun mempunyai beberapa buah buku falsafah yang lain seperti “magnum opus” Bertrand Russell yang cukup tebal. Bagi saya buku The Story of Philosophy karya Bryan Magee mungkin cukup cocok bagi para pembaca yang ingin tahu perkara asas tentang ahli-ahli falsafah tersohor barat.



