Saya menerima berita ini apabila melihat internet tengahari ini-(saya sekarang di Mauritania).Kita kehilangan seorang pejuang tulen, peguam handal yang sanggup mempertahankan kebenaran walaupun dengan percuma. Kes klasiknya apabila beliau bersama beberapa orang peguam lain membela Datuk Seri Anwar secara percuma semasa Anwar di landa pelbagai mehnah dan tribulasi.
Saya tidak dapat menziarahi allahyarham kerna tuntutan tugas di sini , saya iringi dengan al-fatihah dan doa mudah-mudahan Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas beliau dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang soleh.
Amin.

