Selepas Martin Luther ada Obama

Sebelum ini saya tidak ambil pusing sangat dengan pemilihan presiden Amerika. Paling akhir yang saya ingat 3-4 tahun lepas semasa saya di New York ada menonton televisyen US yang secara ulang dan terus terusan menyiarkan debat dan pidato Kerry dan Bush. Itu dulu , kerana tidak ambil pusing sebab mereka pada mata saya kurang karisma.

Tetapi kali ini Obama agak sedikit berlainan macam ada aura, pidatonya tidaklah berapi tetapi memukau dengan cara, polisi dan bahasa yang digunakan. Go fo Change! Let’s unite ialah antara “buzz word” yang beliau warwarkan sepanjan kempen. Memang sesuai reformasi yang beliau nak lakukan sebab sebelum ini belum pernah orang kulit hitam menjadi Presiden. Orang kulit hitam di Amerika , wujud hasil daripada dunia barat terutama British dan Sepanyol yang menjajah New World ini dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk membuka  tanah. Maka perhambaan dijadikan cara untuk memanipulasi orang-orang tempatan seperti Indian dan Aztec untuk memenuhi keperluan nafsu serakah orang-orang eropah yang menjajah. Tidak cukup dengan itu mereka diambil secara pukal da n beramai-ramai dari Afrika dan di bawa ke Amerika sekarang untuk di perhambakan.

Teringat saya kepada Martin Luther King pemimpin agama karismatik kulit hitam yang juga pernah menyeru kepada perubahan di tanah amerika ini. Beliau menyeru kepda “social equality” Cara dan gaya Obama dan King saling tidak tumpah. Orang kulit hitam akhirnya perlu bersyukur dan perku sokong kuat OBama kerana selepas King akhirnya pemimpin karismatik yang ditunngu selama ini telah tiba, itulah Obama!

PTPTN Membebankan

Saya mengucapkan terima kasih kepada sdr anwar kerana sudi menyatakan pendirian BA terhadap isu PTPTN, beliau menyatakan seperti berikut:

Pertama, kita menjanjikan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke menengah.
Kedua peminjam lama PTPTN akan dikutip sebahagian pinjaman setelah sah bekerja tetap selama tiga bulan.
Wujud keperluan untuk memansuhkan kadar faedah 3%, dan digantikan dengan biasiswa pendidikan buat pelajar cemerlang dan pelajar miskin, manakala pinjaman tanpa faedah buat siswa berkemampuan.”

Wahai bekas pelajar dan pelajar sekelian apa kata anda di luar sana? Adakah anda bersetuju?