Penggunaan Nama Allah

Disebabkan polemik tentang penggunaan nama “Allah” saya turunkan disini surat dari Persatuan Peguam Syarie kepada YAB Perdana Menteri untuk tatapan semua. Mungkin surat ini serba sedikit dapat membantu kita membuat pendirian berkenaan isu ini.

“Tarikh: 2 Januari 2008

Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA

Assalamualaikum wrmth wbrkth

YAB Datuk Seri ,

BANTAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN “ALLAH” OLEH PENGANUT AGAMA BUKAN ISLAM.

Kami menarik perhatian YAB terhadap perkara di atas, laporan akhbar
dalam
The Star bertarikh 31 Disember 2007 dan Permohonan Bagi Semakan
Kehakiman No R2-25-407-07 yang difailkan oleh Jerry W.A. Dusing @ Jerry
W.
Patel & Sidang Injil Borneo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan
Undangan
Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat
undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan
orang
Islam. Berikutan itu kesemua negeri-negeri di Malaysia kecuali Wilayah
Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telahpun menggubal dan
meluluskan undang-undang berkenaan. YAB sendiri telah menggesa
keempat-empat negeri tersebut di atas berbuat sedemikian dan ianya
telahpun dipersetujui oleh negeri-negeri berkenaan. Namun perkara
tersebut
masih lagi belum menjadi realiti . Tiada penjelasan langsung tentang
kelewatan ini.

Bagi negeri-negeri yang telahpun mempunyai undang-undang tersebut, telah
diperuntukkan adalah menjadi suatu kesalahan menggunakan istilah-istilah
tertentu (termasuk menggunakan perkataan ‘Allah’) bagi kegunaan agama
selain agama Islam.

Walaupun dari sudut penggunaan Bahasa Arab perkataan Allah itu merujuk
kepada Yang Maha Pencipta, tetapi apabila ia disekutukan dengan
perkara-perkara syirik, umat Islam di Malaysia tidak dapat menerimanya.
Apatah lagi, umat Melayu/Islam sudahpun berada dalam keadaan keliru
tentang
agama mereka atas pelbagai faktor, dan sekiranya perkara ini dibenarkan
maka
umat Melayu/Islam akan bertambah-tambah keliru.

Perkataan “Allah” adalah berasal dari bahasa Arab. Sekiranya pihak
Gereja
ingin mengajar kanak-kanak Kristian yang berbahasa Malaysia, kenapa
mereka
tidak menggunakan perkataan Bahasa Malaysia iaitu Tuhan. Kenapakah untuk
istilah ini diambil dalam Bahasa Arab. Sedangkan di Malaysia perkataan
itu
telah sebati bermaksud Allah azzajawalla. Lebih dahsyat lagi beberapa
perkataan lain juga seperti “Baitullah”, “Kaabah” dan “Solat” juga
hendak
digunakan bagi merujuk kepada agama Kristian.

Jelaslah maksud yang tersirat disebalik permohonan mereka ini adalah
untuk
mengelirukan umat Islam yang telah lama menjadi sasaran Kristianisasi
selama
ini. Situasi di Indonesia adalah contoh terbaik bagaimana umat Islam
begitu
mudah di Kristiankan kerana segala perkataan yang berunsur Islam itu
telah
diserapkan ke dalam agama Kristian.

PGSM juga ingin merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keputusan
Kerajaan memperbaharui permit Herald -The Catholic Weekly dalam seksyen
Bahasa Malaysia. Sekiranya tujuannya untuk menyebarkan agama Kristian
kepada
orang bukan Islam kenapakah tidak hanya dibenarkan dibuat di dalam
bahasa
ibunda masing-masing. Ini adalah kerana mengikut Perlembagaan orang
Melayu
adalah orang Islam.

PGSM menuntut agar Kerajaan bertegas melarang sebarang bentuk percubaan
menggugat aqidah orang Islam di Malaysia dan mempertahankan kedaulatan
Islam. Islam adalah jatidiri orang Melayu dan sama sekali tidak boleh
diasingkan dari kehidupan harian.

Oleh yang demikian sebarang keputusan hendaklah juga mengambil kira
kedudukan undang-undang, sensitiviti masyarakat arus perdana Islam dan
juga
apa yang telah sekian lama diamalkan.

Sekian. Wassalam.

“MELETAKKAN HAK KEPADA YANG BERHAK”

Yang benar,

Haji Zainul Rijal Abu Bakar, AMN”

Presiden

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

18 komen

  1. al Maidany berkata,

    Januari 3, 2008 pada 5:34 pm

    Assalamu’alaikum
    saya orang Indonesia. Salam kenal.

  2. jamizalzainol berkata,

    Januari 3, 2008 pada 9:39 pm

    Waalaikumsalam,

    Terima Kasih kerna sudi singgah, moga boleh kita berbicara soal besar lagi.

  3. Nasron al-Jauhari berkata,

    Januari 4, 2008 pada 7:07 pm

    Nak kata kerajaan bodoh, diorang tu sekolah tinggi2… entahlah… mungkin bangang kot?

  4. dhwan berkata,

    Januari 6, 2008 pada 11:00 pm

    Semoga perkataan ALLAH tidak digunakan dalam agama Kristian. mereka hendak mengelirukan umat Islam di Malaysia seperti mana yang berlaku di Indonesia. perkataan ALLAH tiada dalam bahasa Malaysia, ALLAH adalah perkataan Arab, perkataan Allam dalam bahasa Malaysia mengambil dari bahasa Arab yang merujuk kepada Agama Islam yang suci..umat Kristian di Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sewajarnya menggunakan perkataan Tuhan kerana ia adalah bahasa Malaysia.

  5. Fauzan Ibrahim berkata,

    Januari 15, 2008 pada 9:30 pm

    Salam…

    Allah itu tuhan semua manusia, bagus juga jika Kristian dan agama lain gunakan perkataan Allah untuk terjemahkan agama mereka…sememangnya perkataan Allah itu bukan digunakan Islam sahaja…malahan kalimah Allah memang diguna oleh kaum yang tidak memeluk Islam sejak sekian lama.

    Contoh Abu Lahab pernah bersumpah dengan nama sebutan Allah, namun Allah disandarkan kepada Latta dan Uza. Sememangnya mereka ini semuanya beriman kepada Tuhan yang agung atau Allah namun peribadatan mereka salah.

    Kita tidak perlu melatah sebaliknya memahami keadaan ini.

    Bagaimana kita memandang hal ini dengan saksama tanpa menghukum. Di sini sebenarnya perlu penjelasan yang benar tanpa singgung mana-mana perasaan.

    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. [Ali Imran 3:164]

    Kita berbicara untuk mendamaikan dan menyatukan dua saudara yang berpisah. Biarlah nanti aqidah berbeza tadi bersatu bercantum oleh sebab kita mencerahkan dari membencikan…

  6. Nasron al-Jauhari berkata,

    Januari 18, 2008 pada 7:08 pm

    @ Fauzan Ibrahim

    Janganlah saudara sekadar memandang menggunakan logik bahasa. Mungkin pada saudara ia sekadar penggunaan istilah bahasa. Bukan masalah serius bukan?

    Saudara silap! Sila lihat kepada negara jiran kita Indonesia. Apa sudah jadi? Kerana sesuatu yang diawali dengan penggunaan istilah yang sama, yang kononnya supaya lebih akrab seperti bersaudara, maka banyak orang Islam di sana menjadi murtad atau akidahnya jadi tunggang langgang! Terutama sekali pada orang2 yang kurang pendidikan agamanya. Akidah mereka mudah disimpangkan dan membuatkan mereka jadi syirik seterusnya murtad tanpa sedar!

    Allah orang Islam dengan Allah orang Kristian bukanlah Allah yang sama! Sebab Allah kita tidak beranak dan tidak diberanak. Tidak beribu, tidak berbapa dan tidak berketurunan. Allah kita tidak tertakluk kepada sifat2 makhluk. Sedangkan Allah orang Kristian itu mempunyai anak, iaitu Jesus!

    Anda kata, “Allah itu tuhan semua manusia, bagus juga jika Kristian dan agama lain gunakan perkataan Allah untuk terjemahkan agama mereka…sememangnya perkataan Allah itu bukan digunakan Islam sahaja…malahan kalimah Allah memang diguna oleh kaum yang tidak memeluk Islam sejak sekian lama.”

    Habis tu lepas ni orang Buddha bolehlah panggil tuhan dia Allah? Lepas tu cakap kat anak2 kita yang kerja ngan dia, “apa pasat lu semayang tonggeng2? ikut wa semayang la, itu tuhan allah juga ma…” Awak nak sampai perkara ini terjadi ke?

    Surah al-Kafirun dan al-Ikhlas menjadi peringatan bagi kita.

    Alangkah bodoh, tolol dan zalimnya kita jika kekuasaan yang kita punya tidak dapat membela agama kita sendiri dalam hal ini! Bukannya angkat pedang atau berperang pun. Cuma halang mereka dari menggunakan perkataan Allah. Itu saja!

    Sekian. Wassalamualaikum.

  7. miss bond berkata,

    Januari 21, 2008 pada 12:33 pm

    kenapa agama kristian kerap kali di sakat?adakah sala penggunaan istilah ALLAH yang mana kristian merujuk kepada GOD dalam agama kristian..kristian tidak menggunakan nama ALLAH untuk merujuk kepada istilah yang lain..ianya juga sama erti dengan GOD!memang ALLAH islam dengan kristian tidak sama tp adakah salah penggunaan ALLAH dalam agama kristian ini? BAHASA TIDAK MELAMBANGKAN AGAMA!!tidak semestinya ALLAH itu dari bahasa arab maka ianya adalah agama islam..PERSOALAN NYA ADAKAH AGAMA ISLAM ITU HANYA DALAM BAHASA ARAB..TIDAKKAN..HANYA KERANA ISTILAH INI UMAT ISLAM KETAKUTAN…DATS ALL..

  8. lili berkata,

    Januari 21, 2008 pada 12:53 pm

    hi…

  9. lili berkata,

    Januari 21, 2008 pada 12:57 pm

    Selama 500 tahun sebelum munculnya Agama Islam, penganut Arab Kristian sudah menggunakan Allah sebagai terjemahan daripada El, Eloah atau Yahveh. Penggunaan Allah ini oleh Islam hanyalah bermula apabila lahirnya agama itu yang di bawa oleh Nabi Muhammad.

    Pada asalnya Allah adalah sebutan tradisi Arab bagi ketua Ilah-Ilah (dewa-dewa) iaitu DEWA AIR. DEWA AIR adalah di panggil orang arab sebagai ALLAH dan ia merupakan ketua segala DEWA. Macam ZEUS lah ceritanya dalam Yunani.

    Setelah wujudnya Arab Kristian maka mereka menggunakan Allah dalam terjemahan bible arab utk Eloah, Elohim dari bahasa Ibrani ke bahasa Arab sebagai Allah. Allah bagi Arab Kristian bermakna Elohim iaitu merujuk kepada makna Elohim dari Bible Kristian/Jews.

    Kepercayaan orang Arab tentang ALLAH ITU ESA bermula apabila agama Kristian masuk dalam masyarakat Arab yang mana sebelum adanya Kristian Arab sebutan Allah bagi bangsa Arab ini ialah DEWA AIR. Pada hari ini Arab mempunyai kira-kira 25 juta penganut Kristian. Mereka menggunakan Allah sebagai terjemahan dari Bible sejaka zaman para rasul-rasul. Dari segi sejarah siapa yg layak pakai sebutan Allah?

    So kalau kita jujur dalam hal ini melalui sejarah tiada masalah kristian pakai Allah. malah andainya agama kristian main sombong2 Islam pula yang patutnya tak boleh pakai Allah sebagai Tuhannya kerana sudah di gunakan mereka sejak 500 tahun sebelumnya oleh Arab Kristian iaitu pada masa itu Muslim belum wujud lagi.

    Pada pendapat saya rakyat Muslim di negara ini perlu memahami sejarah yang lepas.

    Bagi negara-negara seperti di Arab Saudi isu-isu ini memang tak wujud sebab mereka tahu sejarahnya. Malah di Indonesia isu ini pun tak menjadi masalah baik dari pihak agama mahupun dari pihak politik kerajaan.

    Peranan kerajaan dalam menyampaikan maklumat juga amatlah penting bagi mendidik rakyat ini ttg sejarah lepas. Sejarah amatlah penting utk di pelajari agar tidak ah berlaku kes2 seperti ini pada zaman globalisasi ini. Sewajarnya perkara ini tak perlu lagi berlaku dalam dunia yg moden dan zaman maklumat ini kerana pada zaman ini maklumat amatlah mudah di capai.

    Memang hairan.. isu kecil seperti ini pun tak dapat di jelaskan kepada rakyat di negara kita….

    Siapa yg bertanggungjawab nak didik rakyat kalau bukan kerajaan? kalau kerajaan sendiri tak nak ajar rakyat2nya susahlah jadinya… semua boleh jadi salah dan kucar-kacirlah jadinya…pada hal benda ini sola remeh-temeh jer.. janji tau sejarahnya dah memadai utk memahaminya.

    BEFIKIR TERBUKA DAN MINDA TERBUKA adalah modal insan yang diharap2kan di negara ini.. bukan modal insan yg masih kabur-kabur…
    ——————————————————————————–

  10. tapayas berkata,

    Februari 12, 2008 pada 6:19 pm

    he…he..
    apa pun tolonglah wahai rakyat malaysia, bacalah kitab masing2 renungkan dan cari kebenaran. kuatkan diri dan iman masing2… hidup adalah anugerah. yang kau orang sibuk2 gaduh ni pasal apa? pasti pasal mau masuk syurga kan…kan…? anyway.. dengan iman pasti masuk syurga!

  11. alimdotcom berkata,

    Februari 20, 2008 pada 6:27 pm

    Ada baiknya kawan2 sekelian baca artike ni

  12. alimdotcom berkata,

    Februari 20, 2008 pada 6:28 pm

    Kemelut pemikiran agama
    Oleh: DR. SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS

    SEWAKTU sampai di pejabat sehari selepas Krismas, saya perhatikan ada satu
    halaman daripada akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 telah diletakkan
    di atas meja saya. Ternyata kemudian yang ia adalah satu makalah berjudul
    “Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan ‘Allah’. Saya mula membaca
    rencana tersebut, dan semakin jauh saya menekuninya semakin memuncak tekanan
    darah saya. Sesudah meneliti laporan tersebut dan memahami isi kandungannya,
    dari sedikit gusar saya jadi betul-betul berang.

    Joseph Masilamany mengemukakan pendapat bahawa “penggunaan perkataan ‘Allah’
    untuk merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah
    diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak negara dan bukan
    bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam”, ini
    tentunya menurut para pemimpin Kristian. Wartawan tersebut menemu ramah
    penyunting akhbar mingguan Katolik tempatan, Paderi Lawrence Andrews, dan
    agaknya turut berbicara dengan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja
    Malaysia, Rev. Herman Shastri. Paderi Lawrence dilaporkan mendakwa, “istilah
    ‘Allah’ yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak
    bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan. Kami
    mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai
    terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.”
    Beliau seterusnya mendakwa bahawa “mulai awal abad ke-19, para penganut
    Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan
    perkataan ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God.”
    Beliau turut menyatakan bahawa “para penganut Katolik Malta juga menggunakan
    perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat
    Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.”

    Menurut Rev. Herman Shastri, “para penganut Kristian yang tinggal di
    negara-negara majoriti Muslim menggunakan kalimat ‘Allah’ apabila merujuk
    kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa
    tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan
    terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci
    kami (huruf condong adalah penegasan saya). Pendapat yang serupa turut
    dinyatakan dalam satu laporan terbitan akhbar The Star pada 28 Disember
    2007.

    Apa yang mendukacitakan adalah cara dua wakil Kristian tadi menghujahkan
    dasar pendirian mereka, yang, pada hakikat sebenarnya, hampa dari
    pertimbangan yang bernas lagi benar.

    Biarlah saya tegaskan bahawa dakwaan yang mereka tidak berniat “menyinggung
    perasaan masyarakat Islam atau menimbulkan kebingungan” sarat dengan unsur
    perbantahan. Hakikatnya, perlakuan dan sikap mereka dalam mengemukakan hujah
    telah pun menggusarkan orang Islam. Mereka lupa, atau tidak memahami hakikat
    bahawa bahasa dan fikiran, yang satunya saling mencerminkan yang satu lagi;
    dalam perkataan lain, cara untuk mempengaruhi pemikiran adalah melalui
    bahasa, dan bahasa memberikan kesan terhadap cara seseorang berfikir. Kita
    telah diperingatkan akan dakwaan mereka, “Bible bahasa Melayu menggunakan
    ‘Allah’ untuk God dan ‘Tuhan’ untuk Lord.” Jelas bahawa makna-makna bagi
    istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah.
    Apakah mereka ingin menunjuk dan mengajar orang-orang Melayu mengenai
    peristilahan yang betul dalam bahasa Melayu? Bahasa Melayu memahami istilah
    ‘Tuhan’ untuk merujuk kepada God dan bukan istilah Lord. Orang-orang Melayu
    faham bahawa apabila istilah Arab ‘ilah’ digunakan, ia merujuk kepada
    istilah Inggeris ‘God’ dan istilah Melayu ‘Tuhan’; dan apabila istilah Arab
    ‘rabb’ digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord’. Justeru,
    apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya “tiada
    Tuhan melainkan Allah”, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai
    “there is no God except Allah”. Sekiranya istilah ‘God’ diterjemahkan
    sebagai ‘Allah’, maka terjemahan tersebut akan berbunyi “Tiada Allah
    melainkan Allah” (“There is no Allah but Allah”), yang merupakan satu
    percanggahan. Terjemahan yang sebegitu janggal bukan sahaja tidak menjernih
    dan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan perselisihan dan rasa
    bingung. Akan tetapi, Paderi Lawrence sememangnya sarat dengan percanggahan.
    Beliau menggunakan rangkai kata ‘bahasa Malaysia’ merujuk kepada bahasa yang
    digunakan dalam terbitan mingguan mereka untuk memenuhi keperluan “ramai
    penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia” di negara ini. Walau
    bagaimanapun, beliau kemudiannya berhujah dengan menggunakan peristilahan
    yang terdapat hanya dalam bahasa Melayu. Apabila seseorang itu merujuk
    kepada satu bahasa yang mencerminkan faham-faham maknawi ajaran-ajaran atau
    kelaziman aqidah yang tertentu – dalam hal ini bahasa Melayu – dia tidak
    seharusnya melalaikan pengertian penting bahasa tersebut bernisbah kepada
    bahasa-bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, jelas bahawa Paderi Lawrence
    bergantung kepada fakta yang Jemaah Menteri memutuskan bahawa bahasa Melayu
    tidak lagi dirujuk sebagai ‘bahasa Melayu’, tetapi sebagai ‘bahasa
    Malaysia’.
    Itu ketetapan siasah dan justeru itu mungkin hanya bersangkutan dengan medan
    siasah. Secara ringkasnya, bahasa Melayu khusus bernisbah kepada orang-
    orang Melayu. Ia adalah satu bahasa yang faham- faham utamanya yang
    berkenaan dengan hakikat insan dan nisbah antara yang kudus dengan yang
    nista (the Sacred and the profane) telah dilahirkan dari rahim agama Islam
    dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu sendiri terhasil dari agama Islam.
    Oleh itu, sekiranya peristilahan dari agama lain mengenai faham-faham utama
    diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ia wajiblah mencerminkan kelaziman
    Melayu, yang berpunca dari agama Islam.

    Paderi Lawrence juga mendakwa, “Kami mengikut Bible,” mengenai penggunaan
    istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada istilah ‘God’. Apakah itu benar? Apakah
    beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan
    atau versi Bible mana yang beliau rujuk? Terdahulu kita telah memetik
    laporan media bahawa Paderi Lawrence mendakwa, “semenjak awal abad ke-19,
    para penganut agama Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam
    bahasa Melayu dan ‘Allah’ digunakan merujuk kepada God, dan para penganut
    Katolik Malta juga menggunakan istilah ‘Allah’ untuk merujuk God dan
    demikian juga para penganut Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.”
    Jelas di sini bahawa, sumber rujukannya bukanlah Bible seperti yang
    didakwanya, tetapi masyarakat Katolik abad ke-19 Malaya, Malta, Indonesia,
    Pakistan dan Asia Barat. Dengan demikian, Paderi tersebut mengandaikan
    masyarakat itu satu kejadian hidup (being) yang pasti boleh berfikir dan
    bertindak berdasarkan akal fikiran. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya,
    masyarakat bukanlah kejadian hidup dan justeru itu tidak mempunyai kebolehan
    berfikir dan bertindak secara aqliah. Sekiranya sesuatu itu tidak boleh
    berfikir secara aqliah, bagaimana ia boleh dikutip sebagai sumber rujukan
    yang sah, apatah lagi dalam hal-ehwal nisbah hubungan antara yang kudus dan
    yang nista? Tambahan pula dan lebih penting, perkataan ‘Allah’ adalah nama
    khas (proper name), sedangkan kalimat ‘Tuhan’ (‘God’) adalah istilah umum
    yang merujuk kepada objek tumpuan kemuliaan teragung yang tiada nama,
    Pencipta Yang Maha Esa dan Pemerintah alam semesta. Berdasarkan kepada
    hakikat bahawa perkataan ‘Allah’ adalah nama khas, ia bukanlah istilah yang
    mencerminkan bahasa kebangsaan. Justeru, hujah Paderi Lawrence yang mendakwa
    Bible Melayu menggunakan istilah itu, seolah-olah penggunaan istilah itu
    dalam bahasa Melayu mencerminkan bahasa kebangsaan, adalah karut
    semata-mata. Tambahan pula, walaupun seseorang itu mungkin mengakui bahawa
    benar orang-orang Kristian Arab di Asia Barat menggunakan istilah ‘Allah’,
    mereka tidak menggunakannya merujuk kepada istilah ‘God’ yang tercermin
    dalam Bible atau terjemahan-terjemah an Bible dalam bahasa Arab. Kalaupun
    mereka ada menggunakan istilah ‘Allah’ dalam pertuturan, itu adalah kerana
    mereka menuruti kelaziman orang Arab sejauh mana yang berkenaan dengan
    kebudayaannya, bukan untuk membayangkan sehimpun kepercayaan i’tiqad yang
    tertentu. Pernahkah Paderi Lawrence atau Rev. Herman Shastri membaca
    terjemahan Bible dalam bahasa Arab? Apakah mereka memahami bahasa Arab?
    Dari segi falsafah maknawi, tidak terdapat tasawur kefahaman mengenai
    ‘Allah’ dalam agama Kristian, dan dalam sebarang agama yang lain pun begitu juga;
    oleh kerana itu agama-agama tersebut tidak berhak untuk menggunakan istilah
    ‘Allah’. Apabila Perdana Menteri memberikan kebenaran kepada dialog
    ‘antara-agama’ , pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju yang dialog
    tersebut tidak akan bertentang hujah mengenai akidah, berdasarkan kepada
    hakikat bahawa pelbagai ajaran agama telah pun “bersetuju untuk tidak
    bersetuju” dalam perkara-perkara berkisar akidah. Secara amnya semua
    kalangan yang terbabit telah pun bersetuju dengan ketetapan tersebut. Walau
    bagaimanapun, sekarang, tampaknya Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri
    tidak berpuas hati sekadar berbahas mengenai perkara-perkara akhlakiah,
    justeru kita terpaksa menangkis hal-ehwal berkaitan i’tiqad yang ditimbulkan
    tadi.

    Tidak ada disebut mengenai nama khas Tuhan dalam Bible. Jika ada yang
    mendakwa nama Tuhan adalah Jesus, maka kenapa istilah ‘Tuhan’ (‘God’)
    diterjemah dengan menggunakan kalimat ‘Allah’ dan bukan ‘Jesus’? Oleh kerana
    nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan
    mengenai siapa yang disembah. Apakah nama khas Tuhan dalam agama Kristian?
    Sesungguhnyalah kita boleh menghujahkan bahawa ketiadaan nama khas-Nya
    bercanggah dengan sifat Tuhan Yang Maha Mengetahui. Tidakkah Tuhan mencipta
    manusia supaya dia mengenal dan menyembah-Nya? Tetapi siapakah yang disembah
    oleh manusia sekiranya dia tidak kenal siapa Tuhan? Oleh kerana kita telah
    berhujah bahawa kalimat ‘Allah’ adalah nama khas dan pengertian sedemikian
    tidak ada dalam agama Kristian atau apa-apa juga agama lain, kita bolehlah
    dengan ini menyimpulkan bahawa sumber rujukan sebenar Paderi Lawrence dan
    Rev. Herman Shastri bukanlah Bible atau perkumpulan masyarakat Katolik abad
    ke-19 di Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan, dan di Asia Barat, tetapi
    sumber asal mereka adalah al-Quran. Oleh itu, marilah kita meneliti apa yang
    dinyatakan dalam al-Quran mengenai siapa Tuhan. Untuk tujuan ini, kita rujuk
    kepada surah al-Quran yang ke-112 dan pengenalan tafsirnya. Pengantar
    huraian surah tersebut berbunyi,

    Peliharalah iman agar sentiasa murni dan tiada cemar.
    Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal
    Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua
    perkara, kepada-Nya kembali semua benda; Dia tidak beranak, berbapa atau
    berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The
    Meaning of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation. )

    Jelas bahawa bahagian akhir penerangan tafsir menyanggah pemerian Tuhan
    Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible. Sekiranya pembaca meneliti surah itu, ia
    berbunyi,
    Katakanlah: Dia adalah Allah, Yang Maha Esa. Allah, Yang Maha Kekal Abadi
    tiada berkesudahan. Tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan. Dan
    bagi-Nya tiada suatu pun tara.

    Dari awal-awal lagi nama Tuhan dinyatakan, Allah. Ini diikuti dengan
    pemerian bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa yang kepada-Nya pengabdian
    wajib diserahkan, maha suci lagi maha murni yang nyata tiada taranya dengan
    khalayak makhluk-Nya; sebarang benda yang lain semuanya hanya bayangan pucat
    bernisbah kepada-Nya. Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak
    atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman
    kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada
    tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning
    of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714).
    Ayat “tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan” menyangkal
    kefahaman agama Kristian mengenai Tuhan, “Bapa”, “Anak”, dan seterusnya
    (rujuk catatan no. 6299 dari sumber yang sama). Bahagian terakhir surah
    tersebut, Dan bagi-Nya tiada suatu pun tara memberi amaran “jangan
    menganggapi Tuhan dalam sifat rupa bentuk manusia (anthropomorphism) , iaitu
    kecenderungan untuk menganggapi Allah menurut rupa dan bentuk serta sifat
    kita sendiri, satu kecenderungan licik yang menyusup dalam setiap zaman dan
    di kalangan semua bangsa (lihat catatan no. 6300 sumber di atas). Nyata
    bahawa ‘Tuhan’ Islam bukanlah ‘Tuhan’ Kristian. Saya nyatakan kepada para
    pembaca, bahawa pandangan Paderi Lawrence dan Rev. Herman Shastri tidak
    mencerminkan sebahagian besar penganut Katolik, gereja, atau Paus.
    Sesungguhnya niat serta tujuan mereka bukan sahaja untuk menyerang dan
    menimbulkan kekalutan di kalangan orang-orang Islam, tetapi juga para
    penganut Katolik. Kaedah mereka adalah melalui bahasa; akan tetapi, oleh
    kerana kita menghujahkan hakikat bahawa bahasa dan fikiran adalah saling
    mencerminkan satu sama lain, sebarang istilah dari satu tradisi pemikiran,
    apabila diterjemahkan perlulah membayangkan tradisi pemikiran yang asal,
    jika tidak maka makna sebenar peristilahan yang diterjemahkan akan menjadi
    kacau-bilau. Dalam hal ini, mereka menghujahkan bahawa menurut tradisi
    pemikiran Katolik istilah ‘God’ diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai
    ‘Allah’, satu kalimat yang mencerminkan tradisi pemikiran Islam. Dan justeru
    itu, makna sebenar istilah asal ‘God’, seperti tergambar dalam tradisi
    pemikiran Katolik, dengan sengaja sedang dikelirukan.

    Tadi telah kita sebut bahawa, dalam kenyataan yang dilaporkan akhbar The
    Star (28 Disember 2007), Paderi Lawrence menegaskan, “kami telah mengambil
    keputusan supaya kedudukan kami dari segi undang-undang mengenai penggunaan
    perkataan tersebut diselesaikan melalui ketetapan mahkamah.” Apakah mahkamah
    memiliki kuasa ke atas tradisi pemikiran agama? Apakah beliau berpendapat
    mahkamah memiliki kuasa membuat ketetapan mengenai siapa Tuhan? Apakah
    beliau menyangka mahkamah memiliki kuasa ke atas sekian banyak generasi
    ilmuwan dan sarjana terpelajar yang pandai lagi berkeahlian mengenai aqa’id?
    Eloklah saya mengingatkan beliau, dalam surat peringatan dari pejabat
    Timbalan Perdana Menteri bertarikh 16 Mei 1986 berkenaan empat peristilahan
    Islam yang tidak boleh digunakan dalam Bible, dalam apa-apa jua keadaan
    iaitu: ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’, dan ‘Solat’. Difahamkan keputusan
    Kabinet itu masih mengikat; dalam hal ini, sebarang tindakan yang
    dikemukakan oleh pihak Paderi Lawrence ke mahkamah bukan sangat untuk
    mencabar kedudukan undang-undang berkenaan penggunaan oleh gereja Katolik
    akan kalimat ‘Allah’ untuk menterjemahkan istilah ‘Tuhan’ (‘God’) dalam
    Bible. Tetapi lebih dahsyat, ia satu cabaran yang menentang keputusan jemaah
    Menteri. Malaysia memiliki jemaah Menteri dan Parlimen perwakilan rakyat
    adalah bertonggakkan Rukunegara. Tiang seri pertama Rukunegara dalam bahasa
    Inggerisnya, “Belief in God” yang merupakan terjemahan cermat lagi tepat
    daripada bahasa Melayu “Kepercayaan kepada Tuhan”. Terjemahan Inggerisnya
    tidak berbunyi “Belief in Allah” kerana, barangkali kalau begitu Rukunegara
    akan dituduh sebagai memaktubkan Malaysia negara Islam atau Islamic State.
    Anda tidak memiliki hak atau keizinan untuk menterjemahkan peristilahan yang
    terdapat dalam satu tradisi pemikiran akidah agama dengan menggunakan
    ungkapan-ungkapan tradisi pemikiran akidah agama yang lain, khususnya
    ungkapan-ungkapan yang merujuk kepada siapa itu Tuhan yang tidak ada faham
    tasdiqnya dalam tradisi anda. Perlihatkan rasa hormat kepada istilah-istilah
    penting dan erti-erti maknawi yang mencerminkan agama Islam dalam bahasa
    Melayu, persis sikap orang Islam yang menghormati istilah dan faham dasar
    anda. Kami tidak merujuk tempat pemujaan anda selaku masjid, tetapi sebagai
    gereja, kuil, candi dan seterusnya. Kami tidak menganggap pemimpin
    sembahyang berkumpulan anda sebagai imam, melainkan selaku paderi, sami dan
    seterusnya. Kami tidak merujuk kepada tumpuan sembahan anda sebagai Allah
    tetapi sebagai Tuhan. Kami tidak menafikan hak mana-mana golongan penganut
    agama lain menterjemahkan buku suci masing-masing dalam bahasa Melayu; cuma,
    seandainya ada yang hendak berbuat demikian, maka golongan tersebut mestilah
    memiliki ilmu dan keahlian mengenai bahasa Melayu, cukup berdaya cipta lagi
    kreatif untuk menggunakan peristilahan yang benar-benar mencerminkan tradisi
    pemikiran akidah agama masing-masing. Sementara itu, adalah wajar bagi
    Paderi Lawrence Andrews dan Rev. Herman Shastri bersikap lebih teliti,
    waspada dan berhati-hati.

    - DR. SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam
    Malaysia (IKIM).

  13. EIRA berkata,

    Januari 25, 2009 pada 4:41 pm

    kita tidak seharusnya menghalang perkataan Allah digunakan oleh orang bukan beragama islam,kerna kita semua mempunyai pegangan agama masing-masing..tidak seharusnya ini terjadi

  14. Lyn berkata,

    Januari 28, 2009 pada 2:49 pm

    Salam sejahtera. Isu ini sangat sensitif. Namun saya setuju dengan miss bond dan tapayas. Walau apa pun agama kita, saya rasa penggunaan nama ‘Allah’ ini bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan.

    Anda semua mahukah keamanan negara kita tergugat hanya kerana perkara ini? Para penganut agama Kristian tidak pernah mempersoalkan apa pun keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu Islam. Di negara yang sedang berperang, kesengsaraan dan penindasan terhadap orang bukan Islam pun banyak juga tetapi tidak pernah ditonjolkan. Kami hanya mampu mendoakan saja setiap kali kami bersembahyang agar mereka selamat. Tidak berani untuk berbuat lebih2, takut kena tangkap pula.

    Secara peribadi bagi saya, tidak usahlah bimbang dengan penggunaan nama ‘Allah’ ini. Kalau merujuk kepada kes Kristianisasi di Indonesia, jangan salahkan Agama Kristian pula. Memeluk sesuatu agama adalah apabila seseorang individu itu mengalami kesaksian secara peribadi. Bukan atas paksaan orang lain. Sama kes dengan orang Kristian memeluk agama Islam kerana merasakan agama Islam memberinya ketenangan seperti kes kawan saya sendiri.

    Marilah kita menguatkan pengetahuan kita tentang agama kita masing2 dan kuatkan iman percaya kita kepada agama yang kita anuti. Maka dengan itu, betapa hebat pun agama lain menginjil kita, kita tidak akan goyah. Tak kiralah kita Islam atau Kristian.

    Ingatlah, selalu kuatkan IMAN percaya kita kepada agama yang kita anuti. Bukannya mahu mempersoalkan dorang salah, kita benar.

  15. Mohd Zarul berkata,

    Februari 28, 2009 pada 4:51 pm

    Bagi pendapat saye sume nie mmg x masuk akal…istilah ALLAH mmg adalah Yang Satu..semua ni mmg bertujuan untuk mengelirukan umat Melayu Islam. Sepatutnyer penterjemahan bible or lain2 dalam Bahasa Melayu mmg tak sepatutnya berlaku. Ini pula nak menggunakan nama ALLAH. Sedarlah sikit kami sendiri tak pernah nak memanggil Imam kami sami ke..paderi ke..kenapa mesti kamu nak mengganggu tradisi agama Islam kami yang mana ALLAH mmg adalah Tuhan Yang Satu!

    Semua ni mmg menjurus kepada kejatuhan Islam di Tanah Melayu. Dan ingat Bahasa Melayu will always be Bahasa Melayu dan jangan ingat ianya Bahasa Malaysia yang menjadi hak milik semua. Bahasa Melayu tetap milik MELAYU jadi nak selitkan apa2 pun mesti dikaji dari effectnye ke atas kaum Melayu. Bagi kaum lain yang menumpang di Tanah Melayu sepatutnyer bersyukur sbb dibagikan keadilan…Jangan nak mengambil alih Agama Islam pula.

    Anyways kenapa baru sekarang kamu semua nak buat mcm nie? Branie mencabar Islam sampai mcm nie? Kenapa waktu kepimpinan Ayahnda Tun kamu semua x branie?..sbb takut kene tangkap kan? Tapi bila Ayahnda Tun turun..semua mahu naik kepala…

    Sentiasa ingat kamu semua menumpang di Tanah Melayu milik Melayu dan kedaulatan kaum Melayu mesti dihormati.

    Jangan ingat kami Melayu akan berdiam diri bila bangsa Melayu dan Islam dicabar.

    Terima Kasih

  16. emily berkata,

    Mac 1, 2009 pada 1:20 pm

    “The difference between genius and stupidity is that genius has its limits.”
    kebodohan membuatkan anda tidak mau faham tentang agama orang lain lantas membuat kenyataan yang salah. kenyataan yang salah akan menimbulkan syakwasangka. apabila syawasangka timbul, pergaduhan akan senang terjadi.fikir-fikirkan lah. jangan sesedap mulut megeluarkan kenyataan bodoh. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

  17. andy berkata,

    Mac 5, 2009 pada 4:05 pm

    Penggunaan Nama Allah

    1. Org yang cakap nama Allah itu utk agama islam saja … tidak masuk akal. Sejarah tak tahu…cakap ini ayat allah kami punya…. baik jumpa Yg Mulia Nik Aziz PAS …sekolah tinggi pengetahuan agama rendah…ni la malaysia ..yang haram pun jadi halal….pelik tapi benar ini org pun ada cth. saya wartakan pengguna ayat saya . sebab saya saya punya org lain tak bole cakap diri dia saya. hehehehheeh…contohnya laaaa

    2. Allah adalah raja segala raja dan pencipta segala langit dan bumi sehingga ianya sempurna dan kita semua gunakan dan tinggal di atas ciptaannya sehingga sekarang.

    3. persoalannya boleh kah allah itu menjadi bayi dan dilahirkan dan menjadi seperti manusia sekarang dan memberitakan firman-firmannya kepada masyarakat yang telah diciptakan. dan bayi yang lahir dinamakan yesus.@ Esa…. jawapannya sudah pasti boleh kerana ini kan perkara kecil baginya sedangkan laut boleh terbelah 2 dan banyak lagi.ciptanya..la baca la sendiri… dan saya percaya apa saja yang dilakukannya pasti boleh….inilah persoalan yg agama islam tidak percaya yang yesus itu adalah tuhan @ allah…..tak masuk akal ker … dia kan pencipta segalanya. fikir2kan renungkan agama sendiri

    kesimpulan…
    pendapat saya.
    agama islam mungkin boleh digambarkan sebagai suatu peraturan atau hukum2 bagi org melayu bagi malaysia yang harus diikuti dan ditaati.

    agama kristian digambarkan sebagai suatu pegangan hidup melalui iman seseorang. kerana dengan imannya kehidupan diselamatkan kerana percaya bahawa allah itu adalah tuhan @ yesus sebagai juruselamat manusia.

    Fikir2kan ….. kebenaran hanya 1 sebelum agama islam wujud agama kristian sudah wujud lebih awal 500 tahun dahulu sebelum kelahiran nabi muhammad…

    ” Selama 500 tahun sebelum munculnya Agama Islam, penganut Arab Kristian sudah menggunakan Allah sebagai terjemahan daripada El, Eloah atau Yahveh. Penggunaan Allah ini oleh Islam hanyalah bermula apabila lahirnya agama itu yang di bawa oleh Nabi Muhammad.”

    akhir sekali…

    kepercayaan kepada ajaran nabi muhamad utk percaya kepada allah- agama islam

    kepercayaan kepada ajaran allah iaitu yesus @ tuhan @ allah sendiri yang turun ke bumi menjadi anak manusia( yang dilahirkan oleh ibu mariam yang mana ibu mariam mengandung secara roh tanpa hubungan sex kandungan ajaib )untuk menyampaikan firman allah sendiri kepada manusia
    - agama kristian

    so… siapa yang hebat ???? fikirkan sendiri agama masing-masing….you fikir la sendiri….nabel.

  18. juhile berkata,

    April 3, 2009 pada 4:55 pm

    asslamualaikum
    di sini ada empat perkara yang saya ingin suarakan;
    1. pasti ada yang menganggap saya ni beragama keristian kerana nama saya seperti nama kristian -penjelasan: nama seperti abdullah, ramli dsb itu nama arab dan bukan nama melayu. setiap suku kaum/bangsa tidak semestinya menggunakan nama arab untuk menjadi muslim kerana arab yang bernama tareq aziz (ex-vice president of iraq) itu beragam kristian, dan dia tidak menggunakan nama eropah seperti matheww dsb.
    2. larangan penggunaan nama Allah kepada agama lain- jawapan saya: jangan salahkan penganut/atau agama lain jika berlakunya syirik atau kekeliruan dikalangan umat islam malaysia hari ini. jangan pandai-pandai membuat sesuatu yang nabi dan khalifah2 terdahulu tidak pernah buat. kerana umat islam khususnya melayu/kerajaan tidak banyak atau mempergiatkan lagi kegiatan dakwah. fikirkan setakat mana usaha kerajaan untuk mengatasi kerosakan akhlak umat islam khususnya melayu. banteras rasuah terutamanya rasuah umno.
    3. salah satu tanda kiamat adalah apabila agama diuruskan atau ditadbir oleh orang yang bukan sepatutnya. buktinya? UMNO mengharamkan penggunaan allah kepada agama lain, tetapi rasuah dibiarkan, mat rempit dan bermacam-macam gejala sosial tidak ada kesudahannya. tapi tentang ayat unutuk tuhan orang lain, bising pulak, dasar jahil.
    4. pengertian bagi kita ialah Allah azzawajalla. S.W.T atau yang Esa, atau Allah yang maha satu yang hanya mengucapkan Kun Fa’Ya Kun untuk mencipta segala sesuatu. manakala pengertian bagi agama lain tuhan bapak, tuhan suka beranak atau segala tuhan2 tah tuhan apa, suka diorang la (yang semestinya tiada kaitan dengan islam pun).
    5. saya bukannya anti kerajaan atau anti pembangkang, saya hanya pemerhati yang sudah meluat melihat politik malaysia. pembangkang dan kerajaan sama sahaja hipokrit. yang ikhlas seperti sesetengah ahli PKR dan UMNO pulak disingkirkan.


Kirim Komen