Disebabkan polemik tentang penggunaan nama “Allah” saya turunkan disini surat dari Persatuan Peguam Syarie kepada YAB Perdana Menteri untuk tatapan semua. Mungkin surat ini serba sedikit dapat membantu kita membuat pendirian berkenaan isu ini.
“Tarikh: 2 Januari 2008
Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA
Assalamualaikum wrmth wbrkth
YAB Datuk Seri ,
BANTAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN “ALLAH” OLEH PENGANUT AGAMA BUKAN ISLAM.
Kami menarik perhatian YAB terhadap perkara di atas, laporan akhbar
dalam
The Star bertarikh 31 Disember 2007 dan Permohonan Bagi Semakan
Kehakiman No R2-25-407-07 yang difailkan oleh Jerry W.A. Dusing @ Jerry
W.
Patel & Sidang Injil Borneo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan
Undangan
Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat
undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan
orang
Islam. Berikutan itu kesemua negeri-negeri di Malaysia kecuali Wilayah
Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telahpun menggubal dan
meluluskan undang-undang berkenaan. YAB sendiri telah menggesa
keempat-empat negeri tersebut di atas berbuat sedemikian dan ianya
telahpun dipersetujui oleh negeri-negeri berkenaan. Namun perkara
tersebut
masih lagi belum menjadi realiti . Tiada penjelasan langsung tentang
kelewatan ini.
Bagi negeri-negeri yang telahpun mempunyai undang-undang tersebut, telah
diperuntukkan adalah menjadi suatu kesalahan menggunakan istilah-istilah
tertentu (termasuk menggunakan perkataan ‘Allah’) bagi kegunaan agama
selain agama Islam.
Walaupun dari sudut penggunaan Bahasa Arab perkataan Allah itu merujuk
kepada Yang Maha Pencipta, tetapi apabila ia disekutukan dengan
perkara-perkara syirik, umat Islam di Malaysia tidak dapat menerimanya.
Apatah lagi, umat Melayu/Islam sudahpun berada dalam keadaan keliru
tentang
agama mereka atas pelbagai faktor, dan sekiranya perkara ini dibenarkan
maka
umat Melayu/Islam akan bertambah-tambah keliru.
Perkataan “Allah” adalah berasal dari bahasa Arab. Sekiranya pihak
Gereja
ingin mengajar kanak-kanak Kristian yang berbahasa Malaysia, kenapa
mereka
tidak menggunakan perkataan Bahasa Malaysia iaitu Tuhan. Kenapakah untuk
istilah ini diambil dalam Bahasa Arab. Sedangkan di Malaysia perkataan
itu
telah sebati bermaksud Allah azzajawalla. Lebih dahsyat lagi beberapa
perkataan lain juga seperti “Baitullah”, “Kaabah” dan “Solat” juga
hendak
digunakan bagi merujuk kepada agama Kristian.
Jelaslah maksud yang tersirat disebalik permohonan mereka ini adalah
untuk
mengelirukan umat Islam yang telah lama menjadi sasaran Kristianisasi
selama
ini. Situasi di Indonesia adalah contoh terbaik bagaimana umat Islam
begitu
mudah di Kristiankan kerana segala perkataan yang berunsur Islam itu
telah
diserapkan ke dalam agama Kristian.
PGSM juga ingin merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keputusan
Kerajaan memperbaharui permit Herald -The Catholic Weekly dalam seksyen
Bahasa Malaysia. Sekiranya tujuannya untuk menyebarkan agama Kristian
kepada
orang bukan Islam kenapakah tidak hanya dibenarkan dibuat di dalam
bahasa
ibunda masing-masing. Ini adalah kerana mengikut Perlembagaan orang
Melayu
adalah orang Islam.
PGSM menuntut agar Kerajaan bertegas melarang sebarang bentuk percubaan
menggugat aqidah orang Islam di Malaysia dan mempertahankan kedaulatan
Islam. Islam adalah jatidiri orang Melayu dan sama sekali tidak boleh
diasingkan dari kehidupan harian.
Oleh yang demikian sebarang keputusan hendaklah juga mengambil kira
kedudukan undang-undang, sensitiviti masyarakat arus perdana Islam dan
juga
apa yang telah sekian lama diamalkan.
Sekian. Wassalam.
“MELETAKKAN HAK KEPADA YANG BERHAK”
Yang benar,
Haji Zainul Rijal Abu Bakar, AMN”
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

