Kedaulatan Negara

Saya sedang meneliti transkrip hujahan lisan kes Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura. Sebagai pengamal undang-undanh penting untuk saya meneliti sendiri hujahan kedua-dua buah negara bagi mendapat gambaran sebenar kes ini. Biasanya keputusan kes biasanya akan diketahui sepeas enam bulan perbicaraan tamat. Antara hujah menarik yang setakat ini saya dapati ialah hujahan Singapura berkenaan konsep kedaulatan atau “sovereignty”. Singapura berhujah kedaulatan bermaksud kekuasaan ke atas rakyat “subject” sesebuah negara dan bukanlah kekuasaan pada wilayah. Parafraf di bawah menerangkan dengan lebih lanjut hujahan mereka:What it means is that the only reliable way to determine whether a particular territory belonged to a ruler is to find out whether the inhabitants pledged allegiance to that ruler. In her Counter-Memorial, Singapore has referred to two such instances directly applicable to Johor. The first is a letter written to the Government of India by the Resident of Singapore, John Crawfurd, regarding the claim of the Temenggong, the local ruler of mainland Johor, to certain islands. Even though other rulers did not dispute the Temenggong’s claim, Crawfurd explained that the claim was “more satisfactorily ascertained by the voluntary and cheerful allegiance yielded to him by the inhabitants”73. In 1849, a British official called Thomson ⎯ the same Thomson who supervised the construction of Horsburgh lighthouse ⎯ undertook a survey of the east coast of Pahang, Johor and adjacent islands. He found that the ownership of some of these islands was uncertain, and that he was only able to determine whether they belonged to Pahang or Johor by asking the inhabitants whom they owed allegiance to.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes ini layarilah www.icj.org. Maka, anda semua dapat menilai sendiri kekuatan kes Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh.

Turki Negara Dua Wajah

Seperti yang dijanjikan saya igin membuat beberapa kesimpulan terhadap buku yang saya tatapi sekarang “Turki Negara Dua Wajah” karya Dr. Abdullah Azam. Buku ini jika diteliti tidaklah membahaskan sejarah Turki seperti yang saya sangkakan tetapi banyak tertumpu kepada perbincangan mengenai pengkhianatan Mustafa Kamal At tartuk terhadap dunia Islam.

Buku ini memberi contoh perkara-perkara yang dilakukan oleh beliau dalam membuang Islam dari hati-hati umat Islam Turki. Antaranya:

a) melarang poligami dan memutuskan persamaan antara pria dan wanita dalam semua hak dan kewajipannya, membangun sekolah kejuruan bagi pemuda dan pemudi, membangunkan sekolah yang mengajarkan tarian timur dan tarian barat, melarang hijab, mengeluarkan wanita dari rumah untuk memegang jabatan kerajaan, membangun teater dan mendorong rakyatnya untuk mengadakan pesta tarian;

b) Mengubah dua masjid agung iaitu Aya Sofiya dan Masjid Al-Fatih menjadi museum;

c) Membangun lading contoh untuk memelihara lembu dan babi. Adapun maksudnya menentang semua nilai Islam yang luhur.

d) Mendirikan patungnya di setiap tempat.

e) Memaksa kaum muslimin menyerukan azan dengan bahasa Turki dan memaksa mereka membaca Al-Quran dengan bahasa Turki bukan dengan bahasa Arab. Pernah suatu ketika dia mendengar azan subuh dari masjid berdekatan dengan istananya, maka dia memerintahkan supaya tempat azan tersebut dirobohkan;

f) Memasukkan calendar barat untuk menggantikan calendar hijriyah;

g) Menghapus sambutan hari raya adiladha dan aidilfitri;

h) Menetapkan hari Ahad sebagai hari cuti mingguan sebagai ganti hari Jumaat; dan

i) Melarang kaum muslimin Turki mengerjakan ibadah haji dan melarang kaum wanitanya memakai hijab.

Jika dilihat dari perkara-perkara yang diutarakan di atas , maka saya melihat At Tartuk cuba membawa suatu revolusi kebudayaan dan pemikiran untuk mencabut akar Islam itu dari rakyat Turki yang telah gemilang 600 tahun sebagai Empayar Islam. Teringat saya kepada revolusi kebudayaan Rusia yang dilakukan oleh Parti Bolshevik sehinga wujudnya pemikiran Komunisme.

Berkomuter ke Serendah

Hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kali saya , saya mencuba pengangkutan rakyat yang disediakan oleh kerajaan dari KL Sentral ke Serendah. Antara janji kerajaan hari itu semasa mengkaji semula harga subsidi minyak ialah memperbaiki pengangkutan awam untuk rakyat terbanyak bukan untuk rakyat elit. Saya alhamdulillah berkesempatan menggunakan salah satu kemudahan rakyat ini dari KL hinggalah ke Serendah. Jika dulu perkhidmatan komuter ini perhentian akhirnya adalah ke Rawang sahaja tetapi baru-baru ini oerkhidmatan dilanjutkan hingga ke Serendah. Mungkin sudah ramai rakyat yang bekerja di Kuala Lumpur yang kini menetap dari Rawang hingga ke Batang Kali , Serendah dan Rasa, memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat maka pinggiran KL seperi di Rawang dan Serendah adalah tempat ideal untuk menetap jika bekerja di KL. Harga rumah yang masih munasabah sudah tentu faktor utama ada daripada dahulu penduduk KL membeli sebuah teratak sederhana di Rawang atau Serendah dan sanggup berulang alik dari KL ke Serendah atau Rawang.

Nak tahu perasaan saya, amat memenatkan kerana kenderaan sentiasa padat dengan penumpang saya terpaksa berdiri hanpir tiga suku perjalanan dan yang paling terkejut terpaksa bertukar tren unuk ke serendah dan tunggu 15 minit lagi! sungguh memnatkan kesihan rakyat!

Mungkin duit sunbsidi minyak boleh digunakan untuk memperbaiki taraf kenderaan ini saya fikir…

Raja Nazrin, Sehati Berdansa dan Buku Baru

Raja Nazrin

Pandangan Raja Nazrin mengenai hak berhimpun dan bersuara di akhbar NST menarik untuk kita tatapi. Pandangan ini ialah kesinambungan daripada wawancara yang dilakukan oleh NST dengan Tun Musa Hitam mengenai mauduk yang sama. Secara kesimpulannya kedua-dua tokoh ini berpandangan seperti berikut:

1) Hak berhimpun dan ekspresi adalah hak yang dijamin di bawah perlembagaan dan di dalam negara yang demokratik seperti Malaysia;

2) Hak tersebut hendaklah di laksanakan dengan mengikut lunas undang-undang;

3) Tiada kebebasan mutlak (no absolute freedom);

4) Kerajaan bertanggungjawab mengimbangi di antara kebebasan individu dan keselamatan awam;

5) Kerajaan tidak boleh melarang sama sekali hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara; dan

6) Permit dan tempat yang sesuai untuk berhimpun perlu diberikan oleh pihak berkuasa.

Sehati Berdansa

Saya jarang menonton Tv tetapi semalam saya terpaut dengan rancangan sehati berdansa. Suatu rancangan realiti terbaru yang memaparkan pasanagan suami isteri menguji kehebatan mereka dalam seni tari. Semalam agak gawat apabila ramai peserta tidak memahami konsep tarial fokltroat suatu tarian inggeris yang perlu ditari bersama pasangan dengan rhythm slow,slow, quick, quick, quick. Paling tertarik apabila ada pasangan yang dikritik oleh juri kerana tidak membawa konsep tarian folktroat ala ballroom. Kareografer berkenaan membalas bahawa tarian kareografinya berdasarkan folktroat komersial, bijak sungguh bijak! Rancangan kali ini menarik kerana kehebatan terletak kepada kareografernnya untuk membuat kajian mendalam tentang tugasan yang diberikan. Bayangkan berdasarkan kepada persediaan, kajian dan pengalaman para kareografer ini kita dapat melihat bagaimana mereka menginterpretasikan sesuatu tugasan berdasarkan keilmuwan dan kajian mereka.

Walauapa pun pasangan Vee dan Shidi menjadi tumpuan saya go Vee!

Buku Baru

Saya sedang menghabiskan buku terbaru terbitan Alam Raya karya Dr Abdullah Azam Turki Negara Dua Wajah. Kulit muka berwarna merah menyala ini dengan harga RM15 adalah berbaloi jika kita ingin menyingkap kembali sejarah bagaimana Kamal At tartuk menukar wajah Turki dari Islam ke Sekularisme. kaedah yang digunakan ialah “kemalisme”. Jika ada kesempatan akan saya nukilkan sedikit beberapa coretan penting yang saya kutip dari buku ini. Ah! sebelum terlupa buku ini ada memaparkan beberapa gambar menarik mengenai Mustafa Kamal AtTartuk dari pelbagai perspektif.

Selamat Membaca! Buku ini sudah boleh didapati dari toko-toko buku utama. Saya dapat buku ini di MPH Putarajaya.

Selamat Eid Adha

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya eidul adha pada semua yang beragama Islam. Dan bagi mereka yang menyambut Hari Natal , Selamat Hari Natal. Moga Malaysia bertambah maju,makmur dan aman damai.

Pengorbanan Bapa segala anbiya’ Nabi Ibrahim a.s. adalah contoh pengorbanan takwa kepada Allah dan pengorbanan Habil , ,menuntut pengorbanan yang berkualiti bagi diterima oleh Allah.

Moga dengan hari baik ini kita memperbaharui tekad untuk meneruskan pengorbanan bagi menjadi diri kita insan yang lebih bertakwa dan melihat negara lebih maju jaya menepati konsep “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”.

Selamat menjamah daging korban :)

ISA: Apa Kata Anda

 

Mutakhir ini banyak pihak membicarakan penggunaan ISA keatas 5 orang pemimpin HINDRAF termasuk mereka yang menjadi pengamal undang. Perlu diingat di dunia ini hanya ada dua buah negara yang masih “menyimpan ISA” sebagai undang penahanan tanpa bicara iaitu Malaysia dan Singapura. India pada hemat saya juga mempunyai undang-undang mirip ISA tetapi sudah dihapuskan tidak silap saya 2 atau 3 tahun lepas.

Amerika yang kononnya di dakwa oleh Malaysia mempunyai undang-undang mirip ISA iaitu Patriot Act sebenarnya tidak benar! Walaupun Patriot Act ialah juga undang-undang penahanan tanpa bicara tetapi skop aplikasinya ialah pada “immigrants” orang luar dari Amerika. Ia bukan bertujuan untuk menahan “citizen” rakyat Amerika sendiri.

Perlu kita ada perspektif yang betul kerana ISA di Malaysia adalah skop dan applikasinya pada “any person” iaitu sesiapa sahaja yang dirasakan melakukan perkara-perkara yang “prejudicial to the security of the country”.

Memanglah saya tiada masalah untuk tidak menyokong kerajaan untuk menahan 5 pemimpin HINDRAF ini kerana pada hemat saya tindak tanduk mereka memanglah agak keterlaluan terutama apabila mengatakan Malaysia mengamalkan “ethnic cleansing” terhadap orang India di Malaysia. Sepatutnya kemarahan mereka ditujukan kepada Emperor orang INdia sendiri iatu Samy Vellu yang gagal menaiktarafkan kehidupan mereka. Minta Samy Vellu undur! JIka mereka menuntut Samy Vellu Undur! saya yakin Keraajan tidak meng ISAkan mereka malah akan tersensum sinis kerana Kerajaan boleh meminta Samy Vellu menyelesaikan perkara ini sendiri kerana isu ini melibatkan kaum-kaumnya.

Dari dulu lagi saya tidak minta ISA ini dihapuskan kerana sebagai sebuah negara berbilang kaum , agama , bangsa keadaan di Malaysia sangat “fragile” dan rakyatnya rata-rata masih belum matang untuk berbicara tentang perkara-perkara sensitif dengan terbuka. Walaupn begitu masih ada beberapa peruntukan di dalam ISA yang boleh diperbaiki dalammemnuhi tuntutan hak asasi manusia.

Saya masih berpegang dengan prinsip ini bahawa ISA masih perlu dikekalkan dengan sedikit modifikasi.!

Ingin tahu tentang Patriot Act klik disini http://en.wikipedia.org/wiki/USA_PATRIOT_Act

Juga ada saya singkap juga apa kata Dr Rais Yatim tentang ISA yang saya kira cukup baik untuk ditatapi. Sila lihat artikel tersebut di heading atas sekali di bawah tajuk blog ini.

Tony Fernandis: Tabik!

Pagi tadi semasa sampai sahaja di pejabat , perkara pertama saya lakukan adalah membelek suratkhabar NSTP kerana ingin mengetahui tentang berita lanjut berkenaan demonstrasi di depan Parlimen semalam. Macam biasa demo-demo seperti ini akan berakhir dengan penangkapan dan sedikit pergelutan berlaku di luar pintu Parlimen. Sosek sosek mengatakan ada 6 orang berjaya loloskan diri juga di ruang lobi parlimen untuk sampaikan memorandum membantah pindaan perlembagaan persekutuan.

Walaupun begitu yang paling menarik hati saya ialah temuramah NST dengan CEO AirAsia iaitu Dato’ Tony Fernandis . Saya tidak mahu mengulas tentang apa yang beliau lakukan untuk mencapai kejayaannya sekarang tetapi pandangannya tentang apa erti “pendidikan” cukup menyentuh hati saya. Beliau menyebut seperti berikut:

“Education is also about sports,interaction, about learning how to work as a team, about leadership. And we do not put enough emphasis oon the sport…. Two is art, drama and music. That’s where you gain a sharing of culture and breaking down the invisible barriers”.

Nah ! inilah erti pendidikan yang beliau fahami , yang saya cukup bersetuju. Dari dulu lagi semenjak di universiti sentiasa saya war-warkan perlunya pendidikan itu dilihat secara lebih luas, luas dalam erti kata bukan sahaja kecemerlangan akademik tetapi dalam semua bidang manusiawi sastera, seni, budaya , interaksi , sifat kendiri dan sebagainya. Beberapa tokoh politik ketika dulu mempromosikan istilah “renaisance man” manusia sempurna dan insan serba boleh. Inilah sepatutnya menjadi dasar dan objektif pendidikan negara, bukan hanya tertumpu dan tertancap pada berapa banyak A’s anak-anak perlu dapat dalam peperiksaan.

Memanglah saya tidak rasa hairan mengapa Tony Fernandis sekarang sgt berjaya kerana pada asasnya beliau mempunyai perspektif yang betul dalam perniagaan, usaha dan paling penting beliau mengetahui apa ertiya pendidikan. Bukanlah seperti sesetengah pihak yang sanggup menukar nama kementerian tertentu dari pendidikan ke pelajaran. Harap mereka ini dapat menuntut dengan Tony.

Pangkor Yang Permai

Selepas lama tidak bercuti bersama isteri saya mengambil  kesempatan cuti hujung minggu untuk bercuti di Pulau Pangkor. Paling akhir saya berada disini ialah pada tahun 1995 , itupun hanya sebentar mandi mandi di pantai bogak dan terus pulang. Perjalanan dari Putrajaya ke Pelabuhan Lumut mengambil masa 4 jam, ada dua cara untuk sampai kesini sama ada melalui jalan lama melalui Tanjung Kawang, Sabak Bernam dan Lumut, atau jika letih dan ingin mengelakkan lori bolehlah ikut lebuk raya PLUS masuk ke outlet Bidor menghala ke Teluk Intan, terus ke Setiawan dan Lumut.

Semalam saya bertolak agal lewat maklumlah habis tugas lebih kurang pukul 6 petang . 9 malam selepas habis sahaja Buletin Utama terus sahaja saya memulakan langkah, sedikit mengantuk tetapi isteri membekalkan air minuman dan sedikit makanan untuk dijamah sambil memandu. Sepanjang perjalanan kami berborak banyak tentang hari-hari kami nanti di Lumut dan di Pangkor. Untuk pengetahuan cuti kami ini ialah cuti sambil berkerja juga kerna program ini ialah Family Day sebuah agensi kerajaan yang isteriku adalah salah seorang pegawai disitu.

 Jalan ke Lumut melalui Bidor dan Setiawan agak baik, lurus tetapi agak kurang rata, acapkali saya terpaksa menekan brek dan mengambil selekoh agak perlahan kerana lubang di jalan akibat tar yang kurang kualitinya. Kelihatan sebaris lori-lori balak susr masuk dari jalan-jalan denai masuk ke jalan utama sepanjang kami di teluk intan dan setiawan.

Agak memnatkan tapi seronok kerana memandu di tengah malam udaranya nyaman dan sejuk 24 degree celcius. Setelah 4 jam memandu kami tiba di Hotel Orient Star di pekan Lumut. Hotelnya sederhana , tetapi saya rasa paling baik di sini. Jam menunjukkan pukul 1.05 pagi aku bingkas mengambil barang-barang dan beg untuk check in. Masuk ke bilik 249 buka tv sebentar lilhat ada drama tv1 mata mula kuyu dan terus terlelap dengan nyenyaknya mengenangkan hari-hari indah esok…

Bonaparte Dari General ke Emperor

Saya baru sahaja menghabiskan masa sepanjang minggu menonton miniseries berkaitan sejarah Napoleon. Ceritanya menarik walaupun fokus jalan ceritanya tertumpu kepada kehidupan dan kegemilangan beliau selepas beliau dilantik menjadi jeneral. Tiada sentuhan kepada kehidupan awal beliau terutama semasa beliau di Corsica. Apa yang menarik di dalam miniseries ini apabila beliau telah berbincang dengan menteri luarnya Talleyrand tentang gelaran yang perlu dipakai selepas beliau deberi mandat untuk memimpin empayar Perancis. Talleyrand yang agak tempang memberikan cadangan supaya beliau menggunakan gelaran Emperor , dan hormati sebagai “Sire”. Walaupun padamulanya beliau agak keberatan , tetapi Talleyrand yang licik mengatakan sebagai negara Republik seperti Rome maka pemimpin utama Perancis perlu juga menggunakan gelaran tertentu bagi melambangkan kehebatan dan kekuasaannya. Jika Senat menlantik Caesar maka Dewan Perhimpunan melantik Emperor. Maka bermulalah saat dan ketika Napoleon menggunakan gelaran Emperor. Maka bermulalah magis dalam kehidupanyya dari satu ke satu penaklukan dan dari satu gundik ke gundik yang lain.

Peranan menteri sangat penting dalam mempengaruhi pemimpin nombor wahidnya, maka saya fikir Perdana Menteri Pak Lah dalam menangani isu HIndraf perlu sahaja mengarahkan Samy Vellu untuk menyelesaikan isu di kalangan kaum India. Minta sahaja laporan untuk dibentangkan di kabinet, jika gagal perlu sahaja beliau angkat kaki. Jangan pula PM terlibat kerana beliau harus terus menerus neutral.