November 24, 2007 pada 5:50 pm (Politik)
Saya tidak dapat menahan keinginan saya untuk mencoret sedikit mengenai apa yang berlaku semasa Revolusi Perancis 1771-1780 memandangkan ianya mungkin agak relevan mutakhir ini kerana di Malaysia , masyarakat sudah mula menekspresikan diri mereka melalui demonstrasi-demonstrasi aman jalan raya. Yang terbaru selepas perhimpunan 100,000 rakyat anjuran BERSIH suatu kolisi NGO , esok beberapa NGO India “kemungkinan” mengadakan demonstarsi aman di hadapan Pesuruhjaya Tinngi Britain di Kuala LUmpur. Asbabnya ialah membantah dan tidak berstuju dengan penjajah British yang membawa komuniti India ke Malaysia dan dihimpit kemiskinan di sini. Saya katakan kemungkinan kerana beberapa tokoh utama demonstarsi tersebut telah pun ditahan oleh pihak bberkuasa seperti P. Uthayakumar.
Jika kita menghimbau Revolusi Perancis dahulu , rakyat bangkit kerana keadaan ekonomi pada masa itu yang begitu runcing, rakyat begitu seksa bagi mendapatkan sekeping roti dan barang-barang keperluan menjadi mahal. Dan paling ironis, Raja Perancis Louis dan Permaisurinya menghabiskan duit rakyat dan bersuka ria di Istana mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat. Paling kemuncak apabila Louis menganjurkan suatu majlis keraian di Versailles yang yang mewah, melibatkan khazanah wang rakyat dan berpoya di kalangan golongan bangsawan. Rakyat menjadi beitu marah sehinnga golongan wanita penjual ikan yang dikenali sebagai bertubuh sasa , mengetuai pemberontakan rakyat menuju ke Istana dan membunuh para pengawal Raja. Mereka berkumpul di hadapan Istana selama beberapa malam sambil membawa senjata dan parang menuntut Raja supaya mmpedulikan nasib rakyat. Akhirnya Raja terpaksa akur dan terpaksa memindahkan kerajaanny ake Paris bagi bersama rakyat.
Itu adalah antara petanda awal berlakunta Revolusi Perancis, pada masa itu kebencian rakyat begitu memuncak pada pemerintah kerana adanya individu seperti Marat yang pada masa kini speerti seorang Editor akhbar massa pada masa itu yang sentiasa mendedahkan salah laku pemimpin dan menuntut rakyat menggulingkan raja. Peranan Marat amat besar sebagai editor La ami du la pouple, iaitu sahabt rakyat yang meniup semangat revolusi. Robespiere tokoh revolusi Perancis bersama rakan-rakannya di dalam parti Jacobin terus merancang untuk menjadikan Perancis sebuah negara Republik. Beliau berpidato di dalam Convention bagi mendapat mandat Rakyat untuk menggulingkan pemerintahan beraja. Akhirnya dengan tagline kesaksamaan, hak rakyat dan pemyatuan maka Raja Louis digulingkan dan dipancung kepalanya dengan gulatin.
Selepas Raja Louis digulingkan, pemerintahan revolusi diteruskan dengan keganasan , semua yang menentang revolusi akan dibunuh, keamanan yang diharapkan akhirnya tidak kesapaian dan keganasan diteruskan sehingga Robespierre sendiri sudah tidak dapat mengawal keadaan konflik dan edan pada masa itu. Akhirnya keganasan itu hanya boleh ditamatkan dengan menamatkan riwayat individu yang mula mencetuskan segala keganasan iaitu Robesppiere sendiri. Beliau akhirnya dihukum bunuh dengan guolatin yang diciptanya sendiri bagi menghukum para penentang Revolusi.
Dalam kita ghairah menuntut itu dan ini terutama di Malaysia ini, diharapkan kita sentiasa beringat supaya sebarang perubahan atau reformasi yang paling penting adalah bagaiman kita mengisi pasca reformasi itu. Janganlah terlampau ghairah sehingga kita tidak merencana dan merancang bagaimana untuk mengawal pengikut dan suasana pasca reformasi. Jika tidak berhati-hati keadaan seperti semasa revolusi Perancis mungkin berulang disini, soalnya siapa akan menjadi Robespiere dan adakah beliau akan menerima nasib yang sama seperti Robespierre…
Tinggalkan Komen
November 18, 2007 pada 11:06 pm (Buku, Sukan, Umum)
Juara Lagu
Malam ini Juara Lagu kategori Balada telah dipertandingkan. 10 lagu telah dipertandingkan dan juri mungkin sukar untuk memilih lagu-lagu yang akan layak ke juara lagu nanti. Faizal Tahir dua buah lagunya termasuk MahaKarya Cinta berjaya ke pertandingan Akhir. Dari awal saya menjangka sekurang-kurangnya satu lagu Faizal Tahir akan berjaya. Jika tak silap saya Faizal Tahir dulu adalah penyanyi Mirwarna dengan lagi nasyidnya. Jika tak silap saya lagi kumpulan Mirwarna adalah terdiri pada asalnya daripada para pelajar Maahad Hamidiah Kajang yang berjinak-jinak dengan nasyid secara kecil kecilan di kanalangan pendengar sekolah menengah agama sehinggalah ke peringkat mainstream.
Agak menghairankan Faizal yang dulu berimej islami kerana lagu nasyidnya sudah beruba wajah kepada gaya sedikit rockers dan liberal fesyen. Teringat saya suatu waktu dahulu Yassin Sulaiman yang bermula dengan nasyid tiba-tiba sahaja membebaskan diri dengan kerangka nasyidnya dan mula berubah imej apabila ke perinngkat mainstream.
Jati Diri adalah nilai utama yang ingin saya ketengahkan disini. Mungkin dulu mereka berdua menyanyi nasyid kerana mereka masih remaja belia dan tertakluk kepada disiplin sekolah maka nasyid adalah pilihan mereka walaupun mungkin saya fikir itu bukan lah genre musik yang dekat di hati mereka tetapi lebih kepada batu loncatan semata-mata. Benarlah sangkaan saya bahawa mereka lebih terpikat dengan genre musik moden dan appealing kepada pendengar remaja dan muda untuk mereka lebih pergi jauh di dalam dunia glamor ini.
Pakaian dan imej islamik mereka dahulu tidak kekal lama memandangkan dunia sekarang ini bersikap pereneial dan berubah-ubah, tidak tetap dan tidak statik. Kebenaran itu adalah suatu yang subjektif. Rupa paras , imej luaran tidak menggambar hati. Puas aku termangu, mungkin ini yang dikatakan kebenaran yang perenial…
Tuhan Manusia
Tuhan Manusia lagi…maaf saya perlu repons disini kerana saudara Faisal di dalam blognya www.tehranifaisal.blogspot.com telah bersetuju untuk tidak bersetuju dengan saya bahawa karya terbaru beliau Tuhan Manusia adalah mirip gaya penyampaian Sophie’s World. Sebagai penjelasan sdr Faisal saya melihat Tuhan Manusia dari perspektif bahawa falsafah-falsafah berat disampaikan dalam bentuk naratif yang menarik untuk mengikat khalayak supaya lebinh mengulati idea-idea besar. Bagi saya Tuhan manusia adalah seperi Sophie’s World kerana berjaya membawa idea-idea HOCKS ini ke daerah massa. Maaf HOCKS ialah Higher Order Structure Knowledge.
Piala Sumbangsih
Saya menyokong Kedah dan masih berdebar-debar kerana perlawanan impasse dan di bawa ke sepakan penalti..sekarang in Sabri Abu mengambil tendangan ..ooh beliu gagal ! Giliran Perlis mengambil sepakan penalti masuk bermakna Perlis menang……ooooh bola diselamatkan …perlis gagal , peluang kembali kepada Kedah..ya allah please Kedah…….ya berjaya kedudukan terbuka semula selepas lima penyudah.
Sekarang sudden death tendangan kalah mati…Perlis mengambil tendangan…………ditampan penjaga gol Kedah…Yah ! Perlis tertekan, Shazwan Muda gagal…Sekarang giliran Kedah masuk kemenangan kepada negeri ku ye!
AKHIRNYA…alamak gagal lagi Kedah.. kembali terbuka luas (adakah mereka gugup!),kembali Perlis…Ridhuan Osman mengambil tendangan Berjaya dari Ridhuan..OH God tekanan kepada KEDAH…gagal aku bersedih Perlis menang..aku masuk tidur dengan perasaan keciwa.
4 komen
November 18, 2007 pada 4:33 pm (Buku)
Saya hampir menghabiskan buku karangan terbaru sdr. Faisal Tehrani Tuhan Manusia, yang membicarakan soal paling berat iaitu murtadnya umat Islam kerna terpikat dengan idea-idea pluralisme agama dan kebenaran yang perenial dan subjektif. Bagi saya karya beliau kali ini agak berlainan dan ditunggu-tunggu dalam erti kata buku ini bisa mengulas isu-isu yang menggugat umat Islam masa kini seperti Islam Liberal, Murtad, Kesamaan semua agama (transcendal unity of religion) dan Sekularisme dalam rangka falsafah yang mudah difahami bagi massa.
Namun demikian, pembaca perlu sedikit sebanyak mempunyai asas kepada pokok perbincangan dan minat kepada falsafah yang mendalam bagi betul betul menghayati mesej yang cuba disampaikan oleh penulis. Taqi serang remaja Muslim yang tiba-tiba sahaja mengkaji ilmu perbandingan agama lantaran abangnya yang murtad angkara Prof Aris yang mewar-warkan idea-idea indah yang terkeluar dari landasan pemikiran dan falsafah Islam. Keadaan menjadi genting apabila anaknya Prof. Aris , Zehra juga turut terperangkap dengan pemikiran liberal ayahnya dan turut sama berdebat dengan Taqi tentang-tentang isu liberalisme, sekularisme dan murtad secara dialektis.
Buku ini mengingatkan saya kepada buku yang saya amat gemari Sophie’s World karya Josteein Gardner yang mana selepas membaca buku itu saya sangat tertarik untuk memahami falsafah barat. Sesungguhnya cara lontaran idea dan gaya penyampaian Faisal Tehrani dalam Tuhan Manusia miggir cara dan kaedah yang digunakan oleh Jostein Gardneer dalam Sophie’s World.
Akhir kalam, saya menyarankan muda mudi luar sana untuk membaca buku ini untuk dijadikan teladan bagi menghadapi idea-idea yang terkeluar dari landasan Islam. Buku ini boleh digunakan untuk menjadi hujah kepada masyarakat Melayu Islam yang tiba-tiba sahaja terpikat dengan pengaruh Islam LIberal untuk memahamai kembali asas-asas pemikiran mereka yang sesat.
Tinggalkan Komen
November 13, 2007 pada 3:52 pm (Umum)
Sudah terlalu lama saya ingin menyinggung serba sedikit mengenai wacana Islam Liberal ini. Saya terpanggil mencoretkan sedikit buah fikit saya mengenai pekara ini setelah beberapa ornag kenalan terutama dari Singapura mecadangkan saya untuk memberi buah fikir akan hal ini. Bagi saya Islam Liberal ini adalah berpunca dari satu faham pereneliasime yang mengatakan semua agama itu sama. Walaupun orang yg berfahaman Islam Liberal ini mungkin tidak secara terus terang mengakui mereka mempunyai faham sedemikian tetapi kebanyakkannya bersetuju bahawa semua agama itu adalah sama dan sesiapa yang berbuat kebaikan tanpa mengira agama layak dibalas syurga dan kebaikan di akhirat nanti.
Faham ini berteraskan falsafah Rene Descartes yang mengutarakan konsep “I think therefore I am” yang bermaksud kebenaran itu adakah bergantung kepada apa yang saya fikirkan.Kebenaran itu adalah hak mutlak seseorang individu dan dia berhak menentukan suatu perkara itu benar atau tidak. Dalam kata lain , kebenaran itu bersifat nisbi dan subjektif tidak ada satu “benchmark”yang boleh digariskan untuk menentukan sesuatu itu benar atau tidak.
Bagi golongan faham Islam Liberal ini mereka ialah golongan atas pagar yang masih mengakui Islam dan syariatnya tetapi berada di dalam keadaan dilema kerana turut juga tertarik dan terpikat untuk mengatakan bahawa setiap kebenaran itu bersifat subjektif dan seseorang individu berhak untuk menentukan kebenarannya sendiri berdasarkan pengetahuan dan pemikirannya.
Saya menganggap orang faham Islam Liberal terperangkan di antara penganut Islam dan syariatnya yang benar patuh dan faham falsafah “I think therefore I am” yang cukup menarik dan “appealling” untuk dimanisfestasikan dalam keadaan zaman yang edan dan mencabar terhadap Islam.
Faham seperti ini bukan sahaja berlaku sekarang tetapi sudah diperdebatkan sejak dulu lagi semenjak dari Zaman Greek di mana golongan Sofis yang hartawan dan berpengaruh sentiasa mempengaruhi masyarakat Greek dgn pidati mereka yang berapi tentang tiadanya ultimate truth ata kebenaran yang hakiki. Kebenaran adalah bersifat subjektif dan bergantung kepada individu untuk menafsirkannya. Maka untuk menentang pemikiran itu maka timbullah tiga ahli falsafah agung Greek (the three gangs) Socrates, Plato dan Arsitotle yang menempelak pemikiran tersebut dan berhujah secara dialektika dan penulisan yang megatakan ada kebenaran yanghakiki (ultimate truth). Socrates misalnya sanggup mati untuk berjuang bagi menmepelak pemikiran songsang seperti ini.
Di zaman edan ini kita perlu Socrates baru untuk menempelak pemikiran faham liberal ini. Jika tidak pun saya harap umat Islam perlu sedar bahaya pemikiran ini dan sentiasa berhati-hati dengan daya penarik yang ada dalam faham ini.
4 komen
November 5, 2007 pada 10:59 pm (Buku)



Hari ini saya telah membeli 6 buah buku sekali gus karya Sdr. Faisal Tehrani di Kinokuniya KLCC. Sempat berborak dengan Sdr. Zoy tentang kelebihan Sdr Faisal dan nampaknya beliau mengagumi Faisal sebagai penulis berjiwa Islam yang prolifik dan mampu membawa isu-isu berat dengan mudah, mungkin secara naratif penceritaan yang bersahaja. Buku-buku Faisal yang berjaya duduk di para buku kali ini ialah:
(a) Nama Beta Sultan Alauddin- RM 13.50
-Mengisahkan ketokohan Sultan Alaudin dalam Kesultanan Melayu Melaka melalui Naratif bersahaja.
(b) Tuhan Manusia- RM21.90
-Menyingkap konflikseorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya.
(c) Detektif Indigo -RM16.00

-Kisah fiksyen kanak-kanak cerdik.
(d) Advencer Si Peniup Ney – RM19.00
-Menyingkap falsafah Epicurusian budaya Hedonisme.
(e) 1511H [KOMBAT] – RM24.00

- Sebuah Fiksyen peperangan masa hadapan.
(f) Surat-Surat Perempuan Johor – RM18.50
Sekali -sekala perlu juga aku membaca karya naratif seperti di atas untuk memperkukuhkan gaya bahasa saya dan cuba amat-amati bahasa yang baik. Buku-buku ini akan cuba saya hadamkan di hujung minggu nanti.
6 komen
November 4, 2007 pada 9:02 am (travelogue)
Makan Pagi di Warung Inggeris (Cardiff)
Hotel Tavelodge tempat Kami Tinggal
Beberapa hari meluangkan masa di Cardif, kami adik beradik rasa bercadang untuk mengambil peluang sdh berada di Cardiff utk ke Spain. Memandangkan adik yang akan pulang ke Malaysia selepas mendapat segulung ijazah, inilah peluang yang dinantikan sekali seumur hidup untuk benar-benar berjalan dan ronda-ronda 360 darjah ke seluruh eropah. Kota London sudah tidak asing bagi ku kerana sudah dua tiga kali aku ke sini kerana urusan rasmi dulu atau sewaktu menghantar adik semasa dia mula mendaftar diri di university Cardiff. Maka kami merancang alangkah baiknya untuk cuba melihat-lihat negara lain selain daripada negara bekas kolonial negara kita ini.
Maka setelah berkira-kira dan berfikir dan tempat yang berbaloi untuk pergi dengan masa dan budget yang terhad (ingat pusing-pusing disini bukan murah di London RM7 = 1 pound ketika itu) maka kami memilih Madrid. Ya Madrid! Espana! Sepanyol! bolehlah tukaran wang di sana mengikut Euro , tukaran ke ringgit Malaysia agak baik berbanding di London. Adik yang ketika itu terkasima dengan cadangan kami, lantas terus ke menghubungi easy jet untuk membuat tempahan penerbangan terus dari Bristol ke Madrid. Ya untuk pengetahuan, lapangan terbang terdekat dari Cardiff ialah di Bristol . Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit menggunakan jalan darat. Kami merancag menggunakan perkhidmatan teksi saja ke sana.
Esoknya setelah tiga tiket diperolehi dari Easy Jet maka kami bersiap sedia mengemas barang dari hotel di Cardiff. Ya lupa nak beritahu bahawa rombongan kami terdiri daripada 4 orang . Adik aku yang memang di Cardiff, Adik aku yang datang ke sini juga untuk libor yang kini bertugas di Port Dickson, my uncle seorang usahawan di Kedah (kadang-kadang merangkap financier kami sepanjang perjalanan he he)
Pagi ini kami bangun awal dan segera bingkas bangun mengisi perut di sebuah warung Inggeris di seberang jalan hotel kami tinggal. Biasalah kami memesan makanan Inggeris bersama omellete. Kena betul-betul isi perut kerana dijangka hari ini kami akan banyak berjalan dan berlari. Berjalan mengejar teksi dan berlari menaiki kapal terbang. Berselera kami makan , maklumlah hari ini sajalah kami benar-benar berbelanja untuk makanan kerana beberapa hari sebelum ini kami hanya memasak Brahim, Maggi dan beberapa makanan segera yang lain kerana berjimat kononnya. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi disini. Biasalah di sini 9.00 pagi menurut adik aku masih terlalu awal kebanyakan penduduk masih lagi tidur. Pukul 9.30 a.m sebelum kami meninggalkan Cardif ke Madrid…adik aku mengambil peluang mengajak kami mengambil peluang terakhirnya pusing-pusing di sekitar Cardiff. Ya kami nak melawat Cardiff Stadium dan beberapa Garrison , kota purba di Cardif….
3 komen