Back to Putrajaya

I am back to Putrajaya a lovely administrative city of the Federal Government of Malaysia. It is a quite reminiscence for me since i have left this place. I will be living here and stay here as a “hermit” contemplating the outside world, which is tiny, powerless and helpless.

For my preparation as a “hermit” who subsribes to asceticsm i have to prepare myself and my family to stay here peacefully. To this end, mental and physical preparation is vital including to equip my new “pondok” with necessary stuffs, appliances and equipments that will suit me as a “hermit” who subscribes to asceticsm way of life. (even to the extent to do some window shoppings in IKEA he he he). May Allah give me strength to pursue my ambition to help my ummah through writing if i persistent and istiqamah enough or at the very least i disgust any wrongdoings and mischief deeds done by “sang adikuasa “.

Wacana Bersama Lee Kuan Yew (LKY)

https://www.alumni.nus.edu.sg/alumNET/alumnus/article.jsp?issue=oct2005&id=eminent1 

Sengaja saya masukkan temuramah bersama LKY untuk tatapan teman-teman,rakyat Malaysia dan diri saya sebagai ingatan bahawa LKY mungkin adalah pemimpin yang kontroversi terutama sikapnya Ultranya dalam isu melibatkan hubungan Malaysia-Singapura. Saya sebelum ini beranggapan LKY bersifat terlalu kecinaan dan perkauman tetapi butiran pemikiran beliau dalam temuramah ini membuktikan bahawa beliau bersifat objektif dan memahami isu-isu yang berada dihadapannya. Tidak hairanlah Singapura berada seperti sekarang kerana mempunyai pemimpin seperti LKY. Beliau memahami situasi Singapura yang kurang hasil bumi , ditengah-tengah nusantara melayu tetapi perlu berdikari dan maju. Pemahaman beliau dalam politik antarabangsa mengkagumkan walaupun sudah berusia lebih 80 tahun.
Sila lihat tajuk diatas blog ini untuk membaca secara terperinci wacana tersebut.

Masjid Cordoba

Sebagai tanda ingatan lawatan saya ke Spain tahun lepas. Saya dedikasikan gambar Minaret Masjid Besar Cordoba sempena Hari Raya Eidulfitri 1428 Hijrah.

MaleK Husin Menang RM2.5juta

Tiada apa yang lebih menggembirakan pagi ini apabila buat julung-julung kalinya mahkamah telah secara telus mempertikaikan keputusan kerajaan menahan sdr. Malek di bawah ISA. Menurut hakim Y.A Hishamuddin Yunus , polis telah berniat jahat dalam menahan beliau dan soalan-soalan yang dikemukakan semasa tahanan beliau adalah bersifat politik dan lebih berniat mencungkil maklumat-maklumat berkaitan politik. Saya arif sekali Y.A Hishamuddin mungkin tidak akan dinaikkan pangkat dalam perkhidmatannya tetapi keputusan beliau perlu dilihat dengan objektif sekali. Selepas kes Ezam, Y.A Hishamuddin sekali lagi dengan berani mengatakan ISA ialah undang-undang zalim dan menempelak sikap polis terhadap tahanan ISA. Walaubagaimanapun, saya masih menunggu keputusan bertulis pada kes ini dan ingin meneliti secara terperinci butiran penghakimannya sebelum membuat komen lanjut.Y.A Hismamudin telah membuat keputusan keputusan menahan Malek adalah salah dan beliau diberikan pampasan sebanyal RM2.5juta!

Paling ingin saya tunggu dan lihat ialah sikap Jab. Peguam Negara samaada mereka akan merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap kes ini sebelum sdr Malek dapat menikmati RM2.5juta tersebut.

Tahniah Y.A Hishamuddin!

Press Freedom:Malaysia di bawah Chad,Bhutan & Tonga

Mengejutkan, semasa kerajaan sedang intensif melaksanakan transparensi di dalam pentadbiran , kedudukan terbaru “press freedom index” menunjukkan Malaysia ditangga 124! di bawah Chad, Bhutan & Tonga. Sila rujuk www.rsf.org untuk maklumat lanjut.

Korupsi: “Pendatang Asing”

Melihat kepada paparan Buletin Utama malam ini cukup terserlah bahawa ada suatu yang tak kena dengan pengurusan pekerja asing ke negara ini. Para pekerja asing yang dibawa masuk ini tanpa janji bahawa pekerjaan menanti mereka. Apa sudah jadi dengan MoU yang ditandatangani kerajaan dengan negara-negara sumber seperti Indonesia dan Bangladesh supaya pengambilan mereka lebih terurus dan mengikut lunas undang-undang. Antara lain pekerja asing hendaklah menandatangani suatu perjanjian dengan majikan terlebih dahulu di negara sumber sebelum mereka di bawa masuk!

Cadangan SUHAKAM supaya agen dihapuskan amatlah disokong kerana agen-agen ini walaupun tidak kesemuanya telah menyalahgunakan lesen mereka untuk keuntungan segera. Pendedahan Presiden PIKAP agak telus kerna mendedahkan ada segelintir individu yang rapat dan hampir dengan adikuasa mampu mendapat kebenaran membawa masuk pekerja asing ini kerana kenalan. Mereka ini membawa masuk pekerja asing bagi keuntungan duit poket semata-mata tanpa mengambil kira kebajikan para pekerja tersebut. Janganlah memprejudiskan nasib pekerja ini untuk keuntungan walaupun ramai pihak sangat faham bahawa ada segelintir pihak menggunakan peluang membawa masuk pekerja asing ini sebagai sumber pendapatan pihak-pihak tertentu.

Diari Rafique

Bulan Ramadan tempoh hari saya cukup teruja dengan drama bersiri Diari Rafique. Paparan menarik kehidupan sosial sebuah keluarga dalam pelbagai rencam gelagat dan permasalahan dengan diselitkan unsur humor. Tahniah kepada para pelakon dan saudara Adam sebagai sutradara kerana mengisi masa-masa senggang sebelum saya dan isteri berbuka puasa.

Tahniah kepada pelakon utama budak Perancis (“bawang puteh”) yang blur.

Internet Kelajuan Tinggi

Hari ini bermulalah pengembaraan idea di siber ruang memandangkan aku sudah kepunya broadband kuasa tinggi. Setiap huraian diharap dapat membantu mengembalikan kegemilangan malaysia…

Newer entries »