Tertarik dengan blog rakan baru ku di alam maya sdr. Khairul Nizam Bakeri yang memaparkan sebuah artikel oleh Michael Backman yang begitu sinikal terhadap projek angkasawan penumpang angkasa Sdr Sheikh Muszaphar. Artikel tersebut boleh dilihat di heading di atas blog ini. Saya ingin dengar komen anda diluar sana…
Angkasawan?
Oktober 20, 2007 pada 7:01 pm (Umum)
Benazir vs Musharaf
Oktober 20, 2007 pada 12:31 pm (Politik)
Benazir & Musharaf
Kepulangan Benazir ke Pakistan hasil daripada kesapakatan politik dengan Musharaf diuji apabila letupan bom berhampiran dengan Muhammad Ali Jinnah Mouseleum telah mengorbankan 125 orang. Dipercayai serangan bom ini ditujukan kepada bekas presiden dalam buangan tersebut. Atas desakan amerika yang kiranya jengkel dengan Musharraf yang dilihat gagal mengikut telunjuk ‘uncle sam’ dalam memerangi keganasan di Pakistan, maka negara itu telah memperalatkan Benazir yang di dalam buangan untuk kembali ke Pakistan bagi menggugat kedudukan Musharaf. Walauapapun cubaan yang cuba dilakukan Amerika, bagi menggugat kedudukannya, Musharaf dilihat masih mampu bertahan. ‘Conciliation politic’ berjaya dirintis oleh Musharaf menyebabkan Benazir boneka Amerika akur dan menerima kesepakatan tersebut.
Mungkin serangan tersebut di dalangi oleh Musharaf sendiri yang jengkel dengan Benazir yang dibonekakan oleh Amerika. Kita tunggu dan lihat politik dalaman Pakistan yang semakin menarik. Apakah tindakan Amerika selepas ini…


