Bulan Ramadan tempoh hari saya cukup teruja dengan drama bersiri Diari Rafique. Paparan menarik kehidupan sosial sebuah keluarga dalam pelbagai rencam gelagat dan permasalahan dengan diselitkan unsur humor. Tahniah kepada para pelakon dan saudara Adam sebagai sutradara kerana mengisi masa-masa senggang sebelum saya dan isteri berbuka puasa.
Tahniah kepada pelakon utama budak Perancis (“bawang puteh”) yang blur.

