MaleK Husin Menang RM2.5juta

Tiada apa yang lebih menggembirakan pagi ini apabila buat julung-julung kalinya mahkamah telah secara telus mempertikaikan keputusan kerajaan menahan sdr. Malek di bawah ISA. Menurut hakim Y.A Hishamuddin Yunus , polis telah berniat jahat dalam menahan beliau dan soalan-soalan yang dikemukakan semasa tahanan beliau adalah bersifat politik dan lebih berniat mencungkil maklumat-maklumat berkaitan politik. Saya arif sekali Y.A Hishamuddin mungkin tidak akan dinaikkan pangkat dalam perkhidmatannya tetapi keputusan beliau perlu dilihat dengan objektif sekali. Selepas kes Ezam, Y.A Hishamuddin sekali lagi dengan berani mengatakan ISA ialah undang-undang zalim dan menempelak sikap polis terhadap tahanan ISA. Walaubagaimanapun, saya masih menunggu keputusan bertulis pada kes ini dan ingin meneliti secara terperinci butiran penghakimannya sebelum membuat komen lanjut.Y.A Hismamudin telah membuat keputusan keputusan menahan Malek adalah salah dan beliau diberikan pampasan sebanyal RM2.5juta!

Paling ingin saya tunggu dan lihat ialah sikap Jab. Peguam Negara samaada mereka akan merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap kes ini sebelum sdr Malek dapat menikmati RM2.5juta tersebut.

Tahniah Y.A Hishamuddin!

Press Freedom:Malaysia di bawah Chad,Bhutan & Tonga

Mengejutkan, semasa kerajaan sedang intensif melaksanakan transparensi di dalam pentadbiran , kedudukan terbaru “press freedom index” menunjukkan Malaysia ditangga 124! di bawah Chad, Bhutan & Tonga. Sila rujuk www.rsf.org untuk maklumat lanjut.

Korupsi: “Pendatang Asing”

Melihat kepada paparan Buletin Utama malam ini cukup terserlah bahawa ada suatu yang tak kena dengan pengurusan pekerja asing ke negara ini. Para pekerja asing yang dibawa masuk ini tanpa janji bahawa pekerjaan menanti mereka. Apa sudah jadi dengan MoU yang ditandatangani kerajaan dengan negara-negara sumber seperti Indonesia dan Bangladesh supaya pengambilan mereka lebih terurus dan mengikut lunas undang-undang. Antara lain pekerja asing hendaklah menandatangani suatu perjanjian dengan majikan terlebih dahulu di negara sumber sebelum mereka di bawa masuk!

Cadangan SUHAKAM supaya agen dihapuskan amatlah disokong kerana agen-agen ini walaupun tidak kesemuanya telah menyalahgunakan lesen mereka untuk keuntungan segera. Pendedahan Presiden PIKAP agak telus kerna mendedahkan ada segelintir individu yang rapat dan hampir dengan adikuasa mampu mendapat kebenaran membawa masuk pekerja asing ini kerana kenalan. Mereka ini membawa masuk pekerja asing bagi keuntungan duit poket semata-mata tanpa mengambil kira kebajikan para pekerja tersebut. Janganlah memprejudiskan nasib pekerja ini untuk keuntungan walaupun ramai pihak sangat faham bahawa ada segelintir pihak menggunakan peluang membawa masuk pekerja asing ini sebagai sumber pendapatan pihak-pihak tertentu.

Diari Rafique

Bulan Ramadan tempoh hari saya cukup teruja dengan drama bersiri Diari Rafique. Paparan menarik kehidupan sosial sebuah keluarga dalam pelbagai rencam gelagat dan permasalahan dengan diselitkan unsur humor. Tahniah kepada para pelakon dan saudara Adam sebagai sutradara kerana mengisi masa-masa senggang sebelum saya dan isteri berbuka puasa.

Tahniah kepada pelakon utama budak Perancis (“bawang puteh”) yang blur.

Internet Kelajuan Tinggi

Hari ini bermulalah pengembaraan idea di siber ruang memandangkan aku sudah kepunya broadband kuasa tinggi. Setiap huraian diharap dapat membantu mengembalikan kegemilangan malaysia…